BAB 46

Drama Series 23843

Rumah Sewa Syifaa
Petang yang mendamaikan.
Bunyi notifikasi telefon mengejutkan Syifaa yang baru sampai dari sekolah. Dia yang baru saja melabuhkan duduk di atas sofa sambil memeluk patung koala sebesar pemeluk kanak kanak terkebil-kebil memandang telefon di tangan. Hati takut hendak menatal layar skrin. Namun, dalam resah, hati tetap mahu tahu. Siapa yang hantar pesanan?

Terus tangan menatal layar skrin.
Dan mukanya terus bertukar riak. Si ‘kucing’ muncul semula setelah dua hari ditinggalkan selepas pertemuan di lapangan terbang. Mati-mati Syifaa ingatkan lelaki itu tidak akan menghubunginya. Apatah lagi dia sudah tenang ke sekolah. Tak berserabut hendak memikirkan karenag lelaki it. Alih-alih petang ini muncul balik.
Temankan saya makan malam.
Pukul lapan saya datang ambil.

Buntang mata Syifaa menilik ayat yang tertera. Ulang baca dua tiga kali. Biar betul.
Awak main-main?
Syifaa tak fikir panjang. Terus balas pesanan.
Saya tak main-main.
Jom. Makan.
Saya lapar.

Syifaa menggeleng lucu. Tak tahu kenapa. Mudah benar mulutnya terherot lucu. Random betul lelaki itu. Hanya kenal nama tapi dah berani ajak keluar makan. Memang taklah Syifaa nak ikut. Lalu dibiarkan saja pesanan tak berjawab.

Farah yang baru turun dari atas hendak ke dapur memandang sepintas lalu. Gadis itu muncul dengan membawa mug air kosong. Duduk di hadapan Syifaa lalu teguk air seraya memandang pelik ke arah Syifaa yang nampak resah.

“Apahal dengan kau ni. Muka tu dah macam nampak hantu,” tegur Farah lantas mengejutkan Syifaa. Pantas dibetulkan duduknya. Tetapi riak muka yang gelisah itu dapat dibaca Farah.

“Aku tengok kau sehari dua ni nampak pelik. Aku perasan sejak balik dari airport hari tu. Apa… kau rindu mamat tu, ek?” duga Farah hendak menguji dan pantas Syifaa naikkan tangan.

Pap!
Ditamparnya paha Farah dan gadis itu mengadu sakit.

“Apahal kau nak bedal aku macam budak sekolah ni. Kau dah tak betul ke apa?” bebel Farah geram seraya menggosok pahanya kasar. Syifaa balas dengan menjeling geram.

“Kau tu… tuduh aku macam-macam. Mana ada aku rindu,” ujar Syifaa lantas beri jelingan geram. Farah pula mencebik.

“Tak rindu konon. Habis tu yang kau peluk patung koala tu buat apa. Jual mahal, gitu,” sindir Farah seraya meletakkan mug ke atas kopi. Bangkit hendak menghidupkan tv alih-alih Syifaa memukul badannya dengan patung di tangan.

“Apahal pulak nak marah aku,” bebel Farah dan picingkan mata. “Kalau dah marah macam ni, memang betullah kau rindu,” sakat Farah tak mahu kalah. Syifaa mendengus geram lantas menghempaskan patung ke atas sofa. Lagak Syifaa sekaran sudah macam anak merajuk dengan ayah.

Farah buat muka. Sudah boleh membaca sikap Syifaa. “Tak payah nak sorok sangatlah,” usik Farah lagi dan tak disangka-sangka telefon Syifaa berbunyi. Kali ini Farah tak bagi peluang. Dirampasnya cepat. Hendak balas dendam sebab tubuhnya dipukul. Syifaa tak sempat mengambilnya dan Farah dengan senang hati membuka pesanan.
I’m waiting.

“Weh, dia nak apa?” soal Farah tak tahu. Tetapi tangan sudah skrol mesej sebelumnya. “Lah, pergi jelah. Dia ajak makan kut,” omel Farah seraya menyuruh. “Kau nak pergi kan. Kau rindu dia. Jomlah. Aku nak join jugak. Jimat duit aku hari ni.”

Pantas Syifaa mengetap bibirnya geram. Ada-ada saja onar Farah.
“Jangan nak gatal sangat ya. Dia bukan suami aku. Dia pun bukan abang kau. Jangan tunjuk murah sangat,” marah Syifaa lantas tarik telefon di tanagn Farah dan tanpa berfikir panjang terus membalas pesanan. Tak sedar Farah membaca dari belakang.
Maaf Encik Hadi.
Saya baru sampai kat rumah.
Nak rehat.
Mungkin lain kali.

Terus Syifaa letak kembali telefon ke atas sofa namun suara Farah yang meletus keluar membuat jantungnya berhenti seketika.
“Kau bagi harapan kat dia. Kau cakap jangan jual murah tapi kau boleh balas macam tu.”

Syifaa tersentak. Pantas ambil semula telefon dan baca balik.
“Alamak!”
Terus dilekapkan tangan ke pipi dengan penuh penyesalan. Tetapi Farah ketawa mengekek.

“Kau dah terlepas cakap. Aku tak nak tolong.” usik Farah lalu bergerak ke dapur hendak basuh mug yang diguna. Syifaa di luar pula resah tak sudah. Mundar-mandir sambil hati berharap lelaki itu tidak akan menuntut.
Okay. I keep your word.

Dan Syifaa telan liurnya takut apabila janjianya akan dipegang lelaki itu.
And it’s okay.
I’ll wait for the ‘next time.’

Dan Syifaa genggam tangannya tak percaya. Salah tulisa. Padan muka. Tetapi hati berharap lelaki itu tidak akan menghubunginya lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience