BAB 45

Drama Series 23843

Imbas kembali

Kalau bukan kerana orang tuanya membangkitkan perihal bapa saudaranya yang sudah meninggal tentu dia tidak akan ingat kisah lalu.

Bayangan Juwieta yang manja menggamit hatinya kembali ke masa lalu.

“Wieta… jangan usik abang.” Mukhreez mengarah dengan suara sedikit keras. Namun Juwieta tersengih-sengih tak sudah. Tarik bunga lalang di belakang lantas selitkan ke telinga Mukhreez. Pantas Mukhreez menepis geram kerana berasa cukup geli.

“Wieta….”
Mukhreez jegilkan mata. “Abang nak siapkan lukisan ni dulu.” Marah Mukhreez. Tak mampu hendak fokus apabila Juwieta tak berhenti mengacau. Bila dia kembali melukis gadis itu muncungkan mulut seraya menepuk-nepuk paha. Seperti membuang bendasing yang melekat di seluar jeans yang membalut tubuh itu.

“Wieta… abang nak….” Tak habis ayat Mukhreez apabila Juwieta mula pandang ke arah lain. Gadis itu memeluk tubuh seraya membelakanginya.

“Okay. Okay. Sorry.” Akhirnya Mukhreez jatuhkan tangan. Pensel diletakkan ke atas bangku.

“Tadi bukan main lagi ajak Wieta datang sini. Ingatkan nak sembang-sembang dengan Wieta. Tak pun nak makan aiskrim ke. Nak jalan-jalan tepi tasek ke. Tapi tak ada pun. Dia datang nak melukis rupanya. Kalau macam tu baik Wieta duduk dalam asrama je. Baca buku.” Suara rajuk Juwieta akhirnya membuat Mukhreez diterpa rasa bersalah.

“Abang minta maaf. Abang ajak jumpa sebab abang nak dekat dengan Wieta. Abang nak lepas rindu.”

“Lepas rindu apa kalau asyik melukis je,” omel Juwieta tak puas hati. “Abang tahu tak? Wieta bukan main excited lagi semalam bila abang call cakap nak jumpa petang ni. Wieta ni rela postpone dulu nak siapkan assignment semata-mata nak jumpa abang. Walaupun penat sebab baru habis kuliah Wieta terus ikut abang datang sini. Tak sangka pula abang nak melukis je. Membazir tenaga tau. Masa pun terbuang macam tu je. Dahlah Wieta tengah penat,” omel Juwieta geram dan bikin hati Mukhreez berbunga ria.

Suka melihat rajuk gadis itu. Sudah lama tak dapat memujuk. Hari ini dia tahu bagaimana hendak memujuk Juwieta.
“Okay. Wieta teruskan merajuk. Abang nak pergi sana kejap.” Mukhreez tunjuk mini runcit di seberang jalan lalu tinggalkan Juwieta yang terkial-kial memandang.

Akhirnya muncung Juwieta pun kendur. Senyuman disungging lebar apabila melihat lelaki itu berlari-lari anak masuk ke dalam kedai. Begitulah Mukhreez. Bila dah sedar buat salah terus cari cara hendak memujuk. Kerana sikap begitulah dia jatuh sayang. Tetapi….

Setitik dua air jernih mengalir ke pipi lalu diseka pedih.
Dia tak mampu menggembirakan lelaki itu lagi. Dia tak pantas mencintai. Jika tidak mereka berdua akan dirundung duka tak berkesudahan.

Pantas mata beralih melihat buku lukisan di atas bangku. Kelopak matanya semakin memberat. Air jernih di dalam tak mahu berhenti. Terus saja gugur apabila tangan menyelak setiap helaian buku lukisan. Gambar yang terlakar di atas kanvas putih itu adalah wajahnya. Hanya satu sahaja helaian yang terlukis wajah Mukhreez. Lelaki itu yang tersenyum manis membuat kolam mata Juwieta semakin memenuh.

Hati terluka pedih. Tatap lukisan begitu lama bersama tekad. Dia perlu melukakan sekarang agar masa hadapan lelaki itu tidak akan rosak kerana dirinya. Lantas lukisan itu ditarik dan dengan pantas disimpan ke dalam beg sandang.
“Nah, aiskrim!"
Tak semena-mena Mukhreez muncul lantas menghulurkan aiskrim paddle pop kepadanya. Dada berdebar-debar. Bimbang Mukhreez menyedari apa yang telah dilakukan. Maniskan roman muka. Terima aiskrim lantas mula menikmati dengan teruja. Mata pandang ke arah tasek. Sedangkan Mukhreez duduk lalu tilik wajah di sebelah.

Juwieta terpisat-pisat tak faham.
“Kenapa tak makan?” tanya Juwieta seperti baru mengenali lelaki itu. Melihat tidak ada sebatang aiskrim pun di tangan lelaki itu hati pun berlayar hampa.

Mukhreez tak suka yang manis-manis. Makanan manis yang lelaki itu makan hanyalah puding karamel dan agar-agar santan berlapis. Itupun yang mummy lelaki itu masakkan. Orang lain buat, belum tentu lagi lelaki itu akan dijamah.
“Wieta. Minggu depan abang akan ke Australia semula.” Akhirnya Mukhreez menyatakan tujuan asal pertemuan ini. Sudah sebulan lebih tidak berjumpa jadi dia mahu gadis itu tahu dari mulutnya sendiri. Tambahan pula pemergiannya kali ini cukup lama.

Tak lama terdengar keluhan kecil dari mulut Juwieta.
“Macam dulu. Seminggu je kan?” teka Juwieta namun Mukhreez menggeleng lemah.

“Dalam tiga bulan.”
Mukhreez menjawab juga.

Pantas mata Juwieta terbeliak. Pandang lelaki itu tak percaya. Tak sedar aiskrim yang mencair menitik jatuh ke atas pahanya.
“Erk, lama betul. Kenapa?” soal Juwieta hairan. Malah terbit debar dalam dada. Apa yang akan jadi selepas ini? Andainya lelaki itu pulang dan terus mencarinya tetapi dia tiada lagi di sini.

“Mesti Wieta akan rindu dekat abang kan?” sengaja menyakat kerana mahu mengabadikan momen indah ini bersama sebelum terbang jauh.

“Jangan nak perasan ya. Tak ada maknanya,” balas Juwieta kemudian jelirkan lidah.

“Hah, buatlah macam budak-budak lagi. Abang kerat lidah tu baru tahu.”

Dan… Juwieta terkekeh-kekeh ketawa. Mukhreez memang benci betul dengan perempuan yang berlagak macam anak kecil. Lelaki itu menyayangi diri Juwieta kerana gadis itu matang. Hanya sesekali terbit perangai cantik dan itu pantas menenangkan hati Mukhreez.

“Lama betul kat sana. Nanti abang tak adalah masa majlis apresiasi Wieta nanti kan?”

Mukhreez mengangguk hiba. Majlis itu akhir bulan nanti dan dia tak akan balik semata-mata hendak menghadiri majlis gadis itu. Dia perlu menjaga restoran pak sunya dengan baik. Habis kerjanya nanti dia tak akan bertangguh untuk pulang.

“Sorry sayang. Hope sayang tak disappointed.”

Juwieta menggeleng pedih. Sehabis baik menzahirkan muka manis. Tetapi hati di dalam terlalu robek. Apatah lagi, Mukhreez sudah mula memanggilnya sayang. Hendak membuat hatinya terseksa.

“Ikutkan hati, abang tak nak pergi. Tapi itulah. Kasihan pak su. Dia minta tolong abang jaga kedai dia . Tak tahu kenapa dia nak stay kat sini lama macam tu. Bila abang tanya dia cakap nak selesaikan urusan. Urusan apa abang tak tahu,” cerita Mukhreez dan semua ayat yang terluah dari bibir lelaki itu sudah diketahui Juwieta.

Dia sudah maklum. Sengaja buat tak tahu kerana dalam tangannya ada rahsia yang perlu dia simpan sebaiknya. Dalam rasa sedih lelaki itu akan pergi lama tak lama nanti ada rasa gembira yang tak terkata. Tetapi dia tak boleh berkongsi lagi.

“Selagi boleh tolong pak su tu, abang tolonglah. Mana tahu ajal kita cepat sampai.”

Terus Mukhreez pandang Juwieta. Hati berdetak pelik.

“Jangan cakap macam tu. Abang sentiasa doakan semua orang yang abang sayang akan hidup sampai ke tua. Terutama sayang yang ada kat sebelah ni. Abang nak kita menua berdua.”

Juwieta menekur ke bawah lantas memandang lantai tanah dengan rasa sebak. Sesekali aiskrim di bawa ke mulut. Tak lama habiskan.

“Dah lewat ni. Jomlah hantar Wieta balik,” ajak Juwieta lantas bangkit dan Mukhreez tak berlengah. Terus masuk ke dalam kereta.

Saat memandu Juwieta memandang muka Mukhreez begitu lama.
“Kenapa pandang abang macam tu?” soal Mukhreez hairan sambil tangan mengemudi stereng.

“Abang kan nak duduk lama kat Sydney. Biarlah Wieta pandang abang puas-puas.” Tak disangka-sangka Mukhreez pula yang menjelirkan lidah.

“Amboi. Balas balik, ek. Tadi bukan main lagi cakap nak kerat lidah Wieta lah. Dia tak apa pula,” omel Juwieta tak puas hati dan Mukhreez hamburkan gelak besar. Lalu hati Juwieta semakin rasa bersalah. Cukup bersalah hendak melukakan hati lelaki itu. Tetapi dia terpaksa.

“Abang… andainya suatu masa nanti Wieta tak ada lagi kat depan abang… abang terus senyum dan gelak macam ni, boleh?”
Terus gelak Mukhreez mati tiba-tiba mendengar permintaan Juwieta yang tak masuk akal.

“Jangan cakap macam tu. Abang tak izinkan Wieta pergi jauh dari abang. Sampai bila-bila Wieta tetap akan ada dekat dengan abang.”

Dan… serta-merta kolam mata Juwieta bergenang kembali. Pantas dia memalingkan muka lalu menyapu setitik dua air jernih yang mengalir lesu. Ibarat memahami hatinya yang terpaksa melukakan.

“Please Wieta. Janji dengan abang. Jangan tinggalkan abang. Abang memang tak boleh hidup tanpa Wieta,” pesan Mukhreez sebaik sahaja kereta yang dipandu sudah tiba di depan pintu pagar maktab.

Juwieta tidak menjawab sebaliknya diam sahaja. Pandang ke luar kereta. Lama berkeadaan begitu. Apabila merasakan sudah sampai masanya untuk keluar Juwieta pun berpaling. Tak sangka Mukhreez merenungnya dalam-dalam. Kali ini lelaki itu menatap matanya sehinggakan debar di dalam dada hampir pecah.

“Jom kahwin. Taklah abang akan rindu gila dekat Wieta.”
Tak semena-mena lelaki itu mengajak dan Juwieta menggeleng cepat seraya tunjuk muka buruk. Malah sempat menjeling geram.

“Please, sayang!” rayu Mukhreez seraya tunjuk muka sedih. Namun Juwieta buat tak endah. Malah siap mengetap bibirnya geram.

“Dah, tak payah nak banyak songeh.” Marah Juwieta lantas segera keluar dari perut kereta dan Mukhreez pula menurunkan cermin kereta.

“Abang ajak kahwin je kut. Kenapa nak marah pula.” Muka Mukhreez sudah seperti ayam berak kapur dan Juwieta tergelak kecil.
“Tak nak. Abang kahwin je lah dengan orang kat Sydney sana tu.” Juwieta sengaja hendak menyakat dan bagi Mukhreez itu adalah cabaran.

“Jangan sampai abang betul-betul kahwin dengan minah salleh kat sana baru Wieta menyesal tak sudah.”

Tetapi Juwieta hanya mencebik dan buat muka tak kisah.
“Okay. Tak apa. Tunggu abang bawak balik yang macam Angelina Jolie baru tahu.”

Lalu Juwieta hamburkan gelak besar.
“Terserah. Wieta tak kisah pun,” balas Juwieta selamba dan buat Mukhreez makin geram.

“Okay abang tak bawak balik.”
Dan gelak Juwieta terhenti juga apabila menyedari kesetiaan lelaki itu. Dia cukup sedar. Ke mana pun Mukhreez pergi, lelaki itu tak pernah memikirkan perempuan lain. Dalam kepala lelaki itu hanya ada nama Aziana Juwieta. Juwieta amat bertuah tetapi tuah yang muncul tak mampu dipegang selamanya.

“Abang baliklah. Dah nak maghrib ni. Nanti abang call je Wieta kalau nak cakap apa-apa,” suruh Juwieta kerana tidak mahu memandang muka itu lama-lama.

Mukhreez tidak membantah lantas mengundurkan kereta. Sebelum kereta mula bergerak Juwieta pantas mendekati.
“Wieta doakan semoga perjalanan abang akan selamat. Semoga abang juga selamat kembali ke Malaysia. Take care. Jangan rindukan Wieta. Jangan ingat dekat wieta. Jangan bawa balik apa-apa pun dekat wieta,” pesan Juwieta dan dibalas senyuman hairan Mukhreez.

Hairan dengan pesanan yang tak pernah Mukhreez dengar sebelum ini. Namun diabaikan perasaan pelik di dalam dada. Lambaikan tangan dan terus bergerak meninggalkan Juwieta.

Di belakang… Juwieta menyapu air mata yang melelah turun.

‘Maafkan Wieta, Abang Reez. Apabila abang balik nanti Wieta dah tak ada kat sini. Tetapi Wieta doakan abang akan sentiasa sihat dan suatu hari nanti abang akan jumpa dengan gadis yang selayaknya untuk abang.’

Dengan pedih, hati menitipkan harapan. Tangan pula tarik keluar lukisan yang diambil sebentar tadi. Tenung lukisan itu sekali lagi dan airmata pun lencun di pipi untuk kesekian kali.
Maafkan Witea!

***

Aiza pandang abangnya yang termenung jauh di atas gazebo. Wajah itu nampak muram. Hati mahu memujuk tetapi takut sikap baran lelaki itu akan keluar pula. Aiza sudah maklum. Dia tahu siapa yang abangnya ingat. Kerana itu dia takut. Mukhreez pantang mendengar nama. Aziana Juwieta. Jika ada yang menyebut nama gadis itu, pasti lelaki itu akan bertukar menjadi raksasa.

Aiza menghembus nafasnya.

Kelihatan tangan Mukhreez menatal layar skrin. Aiza tidak tahu gambar siapa yang lelaki itu tengok. Tetapi hati amat berharap bukan gambar gadis yang telah melukakan hati abangnya. Dengan doa yang tak putus-putus dalam hati, Aiza heret kaki mendekati abangnya.

“Jauhnya menung. Teringat Miss Tweety ke?” sengaja Aiza memancing dan pancingnya mengena. Mendengar nama itu terus saja bibir Mukhreez terukir senyum indah. Pantas telefon di tangan ditunjukkan.

Aiza mengangguk. Di layar skrin ada gambar Cikgu Syifaa dalam pelbagai sudut tapi satu pun tak jadi.
“Kalau abang long ajak tweety makan malam rasa-rasa dia setuju tak?” tanya Mukhreez melarikan ingatan sendiri pada Juwieta.

Muka Aiza terus berkerut mencari jawapan.
“Tak tahulah abang long. Rasa macam tak terima kut. Tapi kan….” Pantas Aiza dekatkan bibir ke telinga Mukhreez.

“Jangan buat hal dik. Jadi ke plan adik ni?”

Aiza mengangguk.
“Adik yakin. Jadi sangat.”
Dan… hati Mukhreez teruja. Rasa rindu di dalam dada perlu diubati. Dia perlu ikut rancangan adiknya

Okay. GH bagi bab Imbas kembali. Bila dah baca readers mgkin dapat tangkap kan masalah yang akan terjadi. Hehehe.

Share this novel

Nani Silong
2025-06-24 09:20:47 

GH tlg la update ye.. Muahhh2

Nani Silong
2025-06-21 05:10:11 

Bab yg seterusnya.. Mendebarkan..

ida
2025-06-19 23:32:36 

Tak dapat Gh. Tak paham.Clear kan lagi.


NovelPlus Premium

The best ads free experience