BAB 39

Drama Series 23843

Di tepi jalan di luar bangunan

Puan Sri Raihanah mencari-cari kunci kereta di dalam handbag namun tidak dijumpai. Puas wanita itu menggeledah beg sendiri tetap juga tak ditemui. Lalu tubuh tua itu tunduk ke bawah mencari-cari di atas lantai kaki lima bangunan. Tak nampak juga di mata. Kemudian melangkah dua tiga tapak cuba mencari di muka pintu butik namun tak juga di temui.

Puan Sri Raihanah diam sekejap. Merenung jauh ke depan. Berfikir jauh di mana dia simpan kunci keretanya

Sebelum masuk ke dalam butik hendak membelikan pakaian seperti yang diminta Aiza dia ke mesin ATM lebih dahulu. Namun rasanya dia tidak membawa keluar kunci kereta. Tetapi dia tidak pasti pula. Lantas dia pusingkan badan dan melangkah untuk ke bangunan bank sekali lagi. Kerana bank terletak di seberang jalan lalu dia perlu melintas sekali lagi. Rasa kecewa pula kerana perlu ulang balik ke sana. Biasanya Pak Aziz yang ada untuk menolong membawanya ke mana-mana sahaja dia mahu pergi. Tetapi orang tua itu membawa sang suami ke Kelantan atas urusan pembahagian harta pusaka adiknya. Lalu dia perlu memandu sendiri untuk menyelesaikan urusannya.

Lagilah kepalanya rasa berat. Sekejap lagi dia perlu mengambil Aiza di kelas tuisyen. Mukhreez pula masih di luar negara. Tak dapat hendak menolongnya. Nampaknya jika kunci tidak dijumpai terpaksalah dia meminta tolong Zuhdi untuk mengambil Aiza.

Asyik memikirkan tentang urusan hari ini sehingga dia tidak sedar kakinya betul-betul berada di tengah jalan.

“Puan, hati-hati!”
Seseorang menarik tangannya dan terus membawanya melintas jalan. Dada Puan Seri Raihanah hampir meletup apabila menyedari dirinya yang lalai. Nasibnya baik kerana telah diselamatkan oleh seorang gadis.

“Terima kasih. Auntie nak ke bank tapi tulah….”

“Tak apa puan.”
Syifaa membalas mesra.
“Kebetulan tertengok jadi takkan saya nak biarkan.” Syifaa berbahasa. Memang telah tertulis dia akan membantu wanita itu dan Puan Sri Raihanah menarik nafas lega kerana seorang gadis yang baik menjadi pelindungnya.

“Terima kasih….” ucap Puan Sri Raihanah sambil mata menilik wajah ayu itu.

“Syifaa. Panggil Syifaa,” beritahu Syifaa apabila menyedari wanita itu menunggu dirinya memperkenalkan diri. Pandang wanita itu yang tak berkelip melihatnya. Segan sungguh dengan cara wanita itu. Nasib baik yang memandang itu adalah wanita yang sudah berumur. Kalaulah lelaki silap haribulan dia larikan diri. Tak pun dia bagi penampar sulong.

“Puan nak ke mana sebenarnya?” tanya Syifaa mahu menolong.

Puan Sri Raihanah tersedar. Asyik merenung si gadis sehingga terlupa tujuan asalnya.

“Nak pergi kat mesin ATM tu. Nak cari kunci kereta. Entah kat manalah auntie tertinggal.” Terdengar suara hampa wanita itu dan Syifaa pun berasa simpati. Apatah lagi wajah itu nampak pucat.

“Kalau macam tu marilah. Saya tolong cari,” ajak Syifaa dan tak berlengah terus beriringan dengan wanita itu masuk ke dalam.

“Cari apa?” tanya pengawal keselamatan berbangsa India apabila melihat mereka berdua kalut mencari sesuatu.

“Saya cari kunci kereta saya. Sarung warna hitam. Tak tahu tertinggal kat mana.” Suara Puan Sri Raihanah mengundang simpati Syifaa. Kasihan pula dengan wanita itu. Kalau tak jumpa juga dia rela hati akan menghantar wanita itu pulang.

“Mercedes?” tanya pengawal tersebut dan Puan Sri Raihanah mengangguk laju.

“Saya dah hantar ke kaunter bantuan. Nanti saya pergi ambil,” ujar sang pengawal lantas berlalu ke dalam bank. Tak lama keluar semula dengan kunci di tangan. Pantas Puan Sri Raihanah menarik nafas lega apabila kunci bertukar tangan. Nasibnya cukup baik.

“Kalau tak jumpa juga tak tahulah macam mana. Kena balik dengan teksi. Lepas tu kena datang semula dengan kunci pendua,” omel Puan Sri Raihanah dengan muka yang sudah berseri.

Syifaa berikan senyum senang dengan tuah wanita itu.

“Syifaa nak cucuk duit ke?” soal Puan Sri Raihanah apabila gadis itu tidak berganjak dari mesin ATM. Kebetulan pula tidak ada orang lain di dalam.

“Haah auntie,” jawab Syifaa mesra lantas mula menaikkan jari ke papan nombor. Puan Sri Raihanah tersenyum ria kerana panggilan yang keluar dari mulut gadis itu sudah berubah. Dia tak mahu mengganggu lantas segera keluar.

Tak lama kemudian Syifaa pun keluar dari bilik berdinding kaca itu. Melihat wanita yang nampak elegan itu belum bergerak hati dipagut hairan.

“Syifaa sibuk ke?” Puan Sri Raihanah bertanya dan Syifaa tersentak. Pantas menggeleng.

“Jomlah auntie belanja.” pelawa wanita itu namun Syifaa menolak mesra.

“Maaf auntie. Mungkin lain kali. Saya puasa.”

“Betul ke?” soal Puan Sri Raihanah kesal.

Dan… Syifaa mengangguk dengan rasa bersalaj. Memang dia berpuasa. Puasa qada. Hajat hati dia nak habiskan sampai hujung minggu ini. Hendak mengejar masa. Takut uzurnya tiba-tiba datang awal pula.

“Terima kasih auntie. Kalau saya puasa sunat boleh je saya batalkan tapi itulah puasa qada.”

Puan Sri Raihanah faham lantas keluarkan not seratus.
“Harap Syifaa sudi terima.”

Terkejut Syifaa dengan kebaikan wanita itu tetapi dia tidak mengharapkan balasan.
“Eh, jangan macam ni auntie. Saya ikhlas tolong tadi.” Syifaa menolak segan. Wajahnya membahang merah kerana wanita itu begitu baik hati dan Puan Sri Raihanah pula menghela nafas kesal. Kesal kerana sang gadis tidak mahu menerima pemberiannya.

“Kalau macam tu Syifaa bagi nombor telefon.” pinta Puan Sri Raihanah lembut.

Tidak perlu menjual mahal kerana baginya wanita itu seperti emaknya. Lembut saja tutur kata itu dan air muka wanita itu nampak baik. Nombor telefon disebut dan wanita itu menyimpan dengan ria.

“Kalau aunite ajak keluar harap Syifaa tak menolak,” pesan Puan Sri Raihanah sangat berharap. Lantas Syifaa mengangguk.

“Insyaallah. Kalau saya lapang.”
Dan masing-masing tersenyum panjang. Puan Sri Raihanah menilik wajah itu lama sehingga Syifaa rasa pelik.

“Auntie nak ke kereta ke?” soal Syifaa cuba mematahkan panahan mata wanita itu.
“Haah. Dah lewat sangat ni.” Pantas Puan Sri Raihahah memandang jam di tangan. “Jumpa lagi Syifaa,” ucap wanita itu dengan senyuman.

Syifaa mengangguk mesra lalu menghantar wanita itu yang sudah melintas untuk mendapatkan kereta di seberang jalan. Dia pula pusingkan badan lalu melangkah ke arah kedai yang menjual tudung. Sudah lama mengidam hendak membeli selendang. Lalu dengan hati girang mula melangkah pergi.

***

Di ruang tamu

“Peliklah mummy ni. Kenapa termenung pulak.” Aiza menyapa sebaik sahaja keluar dari bilik. Usai solat isyak dia hendak ke dapur. Mahu membasahkan tekaknya yang kering. Alih-alih tertengok orang tuanya yang termenung panjang.

“Rindu daddy ke?” sakat Aiza lantas labuhkan punggung di sebelah. Puan Sri Raihanah menoleh sekejap.

“Tak rindu pun sebab dah tahu sangat. Bila daddy balik kampung dia banyak tempat yang dia nak singgah. Sedara mara dia tu kan ramai kat sana.”

Aiza gelak kecil.
“Lain kali mummy kena ikut juga. Barulah daddy tak cari yang lain.”

Pap!
Satu tamparan hinggap di paha si anak.
“Adik kecik lagi. Jangan nak cakap pasal benda macam tu.” Pesanan wanita itu disambut dengan tawa kecil. Namun terhenti apabila emaknya itu kembali termenung.

“Teringat abang long lah tu?” teka Aiza dan Puan sri Raihanah mengangguk.

“Mummy rasa dah tiba masanya abang long kahwin.”

Tersentak Aiza sebaik ayat itu keluar dari mulut wanita itu.
“Erk… kenapa pula tiba-tiba je mummy cakap pasal ni?”
Puan Sri Raihanah senyum penuh makna.
“Tahun depan abang long dah masuk 30 tahun. Nak tunggu sampai bila. Tunggu sampai beruban ke baru nak kahwin. Tak bolehlah macam tu. dah tua baru ada anak lagi sakit.”

Aiza kerutkan dahi. Abang long punya pasal dia pula yang nak kena hadap mendengar rungutan emaknya.

“Mummy nak kenalkan abang long dengan sedara mummy. Dia balik dari Sydney nanti mummy heret abang long adik nanti.”

Aiza telan air liurnya tak faham. Kenapa tiba-tiba sahaja wanita itu membangkitkan soal nikah kahwin. Hati Aiza resah.
“Mummy janganlah macam tu. Kena tanya abang long dulu sepatah. Mana tahu dia dah ada calon.”

Pantas Puan Sri Raihanah buat muka.
“Tak ada maknanya. Dah lama mummy tunggu abang long tunjuk calon pada mummy. Tak pernah nak bawa pun. Baik mummy tunjuk calon mummy. Mummy ada ramai. Tunggu abang long je pilih.”

Erk, alamak!
Aiza ketap bibirnya dalam-dalam.
Sedang dalam rancangan membantu abangnya memikat Cikgu Syifaa alih-alih emaknya masuk line pula. Tambah masalah. Terus kepala Aiza berpusing pening. Lalu dia mengharapkan abangnya menghubungi si emak yang tak sabar hendak menantu dan doanya dimakbulkan Tuhan.

Mukhreez menghubungi tiba-tiba.
“Anak soleh mummy. Macam tahu-tahu kita tengah bincang pasal dia.” Panjang sungguh senyum Puan Sri Raihanah sebaik mendengar suara dari corong sana. Aiza di sebelah pula hanya mampu berdoa semoga si pemanggil tidak akan melukakan hati ibu kesayangan mereka.

***

Di Sydney
Banglo Pak Su

Nasib baik dia menghubungi hendak bertanya khabar. Jika dia senyap sahaja tentu mummy sudah siap menetapkan tarikh hendak pergi melihat calon isteri. Aduhai, mummy! Kenapa nak serabutkan kepala. Sudah banyak kali dia berpesan. Kalau sudah ada calon nanti dia sendiri yang akan memperkenalkan. Tetapi wanita itu nampaknya tak sabar sungguh.

Nafas dihela berat.
Pandang telefon di atas meja. Teringatkan perbualan dengan emaknya pantas saja calon yang sedang diusahakan melintas di depan mata. Wajah Cikgu Syifaa yang cantik membuat bibirnya terlorek senyum panjang. Jam sudah menunjukkan angka satu pagi. Dia tahu tentu orang di sana sudah pejamkan mata. Tetapi dia cukup rindu. Matanya pula masih segar-bugar gara-gara meneliti kewangan restoran pak su.

Dia sungguh rindu, lalu….
- Are you still up sweetie?
Mata pandang layar skrin. Berdebar-debar menunggu balasan. Seminit menunggu terasa seperti setahun. Tetapi debaran itu menggunung apabila melihat orang di sana ‘typing’.

- Tengah tanda kertas budak-budak.

Yes!
Mukhreez bersorak gembira. Tak sangka cikgu yang dirindui sudah ringan tangan membalas pesanannya. Hati melonjak suka. Nampaknya tak lama lagi usahanya akan berhasil.
- Ada apa-apa yang penting ke, encik?
- Setahu saya kat sana dah satu pagi.

Langsung bibir Mukhreez tak putus dengan senyuman. Malah tak menyangka gadis itu celik masa.

- Please. Just call me Hadi. Encik is too formal
- And nothing to say.
Mukhree nampak perkataan ‘typing’ pada layar perbualan. Bermakna gadis itu masih sudi membalas pesanannya.

- Baik.
- Tapi… itupun kalau encik setuju untuk tidak membahasakan saya sweetie.

Mukhreez gelak kecil.
Memang. Memang dia tidak berhajat hendak menggunakan panggilan itu selamanya.

- Okay. I promise.
Dia bersetuju atau dengan lebih tepat lagi dia hanya mengambil hati supaya gadis itu terus sudi membalas pesanannya. Tiada lagi typing’. Lalu kepala beranggapan gadis itu masih dengan tugasnya.

- Allright. I'll let you finish your task.
- But don’t get up until morning, darl.
- Good night.
Dan pesanan Mukhreez tidak berbalas. Namun hatinya tersenyum puas. Pasti gadis itu sudah terlena.

***

Di dalam bilik

Syifaa mengetap bibirnya geram.
Dari balasan pesanan dia mula menyimpan maklumat. Lelaki itu jenis yang tak makan saman. Bukan main lagi berjanji tak akan memanggilnya sweetie. Eh, tak pasal-pasal panggil darling pula.

‘Siap kalau jumpa nanti. Dia tak kisah. Kenal atau tidak. Itu tak menjadi halangan. Dia akan basuh cukup-cukup.’ batinnya bergumam marah.

Sekali lagi bibir diketap geram. Pesanan dibiarkan tak berbalas.
Padan muka!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience