MAURA HANYA duduk termenung sahaja di satu sudut. Sugul sungguh wajah nya.
Setelah di pisah kan dari ruangan yang menempatkan Raymie dan Raymen tadi, dia masih lagi mengelamun.
Kata - kata yang di ucapkan oleh Josan tadi masih lagi melekat di kepalanya.
Dadanya terasa sendat seketika...
Perbuatan nya pada Raymie di masa lalu kembali menghantui dirinya...
Kenapa kenangan itu muncul balik dalam ingatan nya...
Pipinya yang kering tadi kembali di basahi air mata...
MANAKALA DI RUANGAN yang menempatkan kedua - dua beradik itu kelihatan sunyi sepi.
Kelihatan kedua -duanya terpunduk lemah.
Raymen sudah mula mahu terlelap.
"Aymen! Kau okay tak ni!" Sayup - sayup suara raymie memanggil dirinya.
"Bang... Aku rasa aku dah tak boleh tahan ni... Aku rasa macam nak terlelap..." Adu Raymen dengan nada lemah.
"Men... Kau kena tahan dulu Men... Jangan tidur Men... Jangan tidur!!" Ujar Raymie dengan rasa gelisah...
Dia berusaha untuk melepaskan tali yang mengikat tangan nya di belakang.
Mendesis kesakitan dia bila kedua - dua tangan nya bergesel dengan tali yang mengikat ketat itu.
Dumm!!!
Pintu ruangan yang menempatkan mereka dua beradik di rempuh oleh sesuatu dari luar.
Seketika kemudian, muncul Mawi bersama geng nya di balik pintu.
"Apsal kau lambat sangat, bangang! Kau tau tak yang kitorang hampir mati dekat sini!" Marah Raymie sebaik sahaja melihat kelibat Mawi.
"Woi! Kau tau tak punyalah payah aku nak cari tempat ni... Sekurang nya kau bersyukur tau aku dengan diorang dah jumpa kau dan adik kau... Ni tak... Dia bangangkan kita pulak!" Berapi Mawi memuntahkan amarahnya pada Raymie.
Ooo... Rupanya si Raymie ni dah pasang alat penjejak sebab tu Mawi and the geng dapat jejak diorang.
Tali yang mengikat tangan Raymie di buka.
Sebaik sahaja tali di buka, dia meluru ke arah tubuh adiknya yang sudah terkulai lemah.
"Men... Paramedik dah nak sampai... Aku tinggalkan kau dengan diorang... Aku pergi dulu..."Sebaik sahaja berbisik di telinga adiknya, dia terus bangun dan melangkah pergi dari situ.
" Eh, kau nak pergi mana? " Tahan Mawi sebaik sahaja melihat Raymie sudah meluru ke arah pintu.
" Aku nak cari Maura!"
" Cari Maura? Kitorang ada kan... Kitorang boleh cari... Kau stay sini aje dengan adik kau..." Ujar Mawi sambil mengerling ke arah Raymen yaang diberi bantuan kecemasan oleh pihak paramedik.
"Aku tak boleh stay sini... Aku nak cari bini aku!" Tegas Raymie.
Dia ingin berlalu tetapi Mawi tetap menghadang Tubuhnya.
"Kau boleh tak jangan halang aku, Mawi... Aku nak cari bini aku lah!" Berapi Raymie melontar kan suaranya bila Mawi sengaja menahan Tubuhnya.
"Tuan..."
Panggilan dari anak buah Mawi mematikan pertelingkahan kedua - dua sahabat ini.
"Kami dah cari serata tempat... Kami tak jumpa Cik Maura dan Josan... Yang kami dapat... Seorang lelaki ni..." Salah satu anak buah Mawi masuk bersama seorang lelaki yang tangan yang bergari.
Bergegas Raymie mendekati lelaki itu.
Mendengus keras Raymie bila lelaki itu bukan Dante atau Josan!
" Diorang mana? " Tanpa tertangguh, kolar baju lelaki tu dicekau kasar.
Lelaki itu hanya mendiamkan diri sahaja. Langsung tidak pertanyaan Raymie.
"Jawablah bila orang tanya!" Jerkah Raymie.
Mendidih darah nya bila melihat kebisuan lelaki itu. Lebih - lebih lagi melihat senyuman sinis yang bergayut di bibir lelaki itu.
Pantas Raymie mahu melayang penumbuk ke arah muka lelaki itu sebelum dapat di halang oleh Mawi.
"Enough, Mie! Aku tahu kau tengah marah sekarang... Tapi bukan dengan cara macam ni..." Halang Mawi dengan suara yang sudah naik seoktaf.
Tangan Raymie masih lagi berada dalam keadaan tadi sebelum tangannya di jatuh ke bawah bersama dengusan memberat di dada.
Wajahnya yang serabai diraup kasar!
Mawi mengarahkan anak buahnya untuk membawa lelaki itu keluar dari ruangan itu. Mereka mengangguk pantas sebelum membawa lelaki itu keluar dari situ.
Dia kembali menoleh ke arah Raymie sebelum bahu lelaki itu di tepuk perlahan.
"Kau jangan risau, Mie... Kitorang akan cari isteri kau sampai dapat!" Pujuk Mawi.
Raymie hanya mendiamkan diri sahaja.
Nafasnya di hela panjang sebelum wajahnya dan rambutnya di raup untuk kedua kalinya.
Ya Tuhan...
Di manakah Maura sekarang?
Moga Maura dapat di temui dengan selamat
Share this novel