BAB 5 - RUMAH NENEK -

Drama Completed 30112

"KAMU TAK TIDUR LAGI ARA?" SOALAN DARI WANITA SEPARUH ABAD ITU MENGEJUTKAN DIRINYA YANG SEDANG MENGELAMUN.

"Belum lagi nek... Ara belum mengantuk..." Jawab Maura dengan lembut.

Puan Maylam atau mesra dipanggil Nek Lam menghampiri tubuh cucunya lalu dia duduk disebelah cucunya.

"Dah besar rupanya cucu nenek ni... Dah jadi anak dara pun..." Rambut ikal milik Maura diusap lembut. Maura hanya tersenyum lalu tubuh gempal neneknya dipeluk erat.

"Nek... Boleh tak Ara duduk dengan nenek dekat sini... Ara malas lah nak duduk rumah tu..." Adu Maura.

Hatinya merasa tenang bila dia berada di rumah papan milik neneknya ini.

"Hish... Mana boleh macam tu... Tu rumah Ara... Nak tak nak... Ara kena duduk sana jugak..." Cantas Nek Lam.

Bukan Nek Lam tak tahu dengan perangai anak tunggalnya itu. Degil dan keras kepala.

Disebabkan itu jugalah Nek Lam pindah keluar dari rumah anaknya itu kerana tidak tahan dengan sikap anaknya yang lebih pentingkan orang luar dari darah daging sendiri.

Maura hanya mencebik sahaja. Tubuh Nek Lam masih dipeluk lagi.

"Ara malas lah nak hadap muka perempuan tu hari - hari... Ara dah tak tahan dengan perangai diorang tu... Lebih - lebih anak lelaki dia tu..."

Belum sempat Maura menghabiskan ayatnya, Nek Lam pantas mencelah.

"Apa lagi budak tu nak dari Ara? Dia buat apa dekat Ara tadi?"

"Takde apa - apa lah nek... Ara cuma jatuh aje tadi..." Dalih Maura.

Dia tidak mahu neneknya risau akan dirinya. Dia tidak mahu darah tinggi neneknya naik semula.

"Betul ni?" Tanya Nek Lam ragu.

"Ye nek... Alah... Tak payah lah nenek risau sangat... Cucu nenek ni kan kuat..." Cepat - cepat Maura mengalih topik.

Malas mahu membahas cerita petang tadi.

Di eratkan lagi pelukan di tubuh Nek Lam.

"Yelah..." Jawab Nek Lam perlahan. Dia malas mahu bertanya lebih - lebih. Dia sudah masak dengan sikap gadis ini.

Walaupun di mata orang lain kelakuannya agak kasar, tidak mendengar kata dan nakal, tapi orang tidak tahu jauh di sudut hati, gadis ini mendambakan belaian kasih sayang.

Telinga tuanya sudah lali dengan cacian dan makian orang sekeliling berkenaan sikap cucunya itu.

Hanya dia saja yang tahu kenapa Maura berkelakuan seperti itu.

"Ara dengar ye cakap nenek... Walau apa pun terjadi, jangan sesekali tinggalkan rumah papa Ara..." Lembut Nek Lam memujuk.

Memujuk Maura mesti kena pada tempatnya. Kadang kala sikap keras kepala gadis ini akan terkeluar juga.

"Yelah... Ara akan ikut cakap nenek... Tapi nenek jangan tak bagi Ara singgah sini jenguk nenek pulak nanti..."

Dalam mengikut kata neneknya, sempat lagi dia memberi peringatan pada neneknya.

"Ye... Ara boleh datang sini bila - bila masa aje..
Nenek tak halang pun... Janji Ara ikut cakap nenek..."

Risau betul Maura kalau Nek Lam tak bagi dia singgah rumah papan ini lagi.

Yelah... Mana tak risaunya. Hanya Nek Lam saja tempat dia mengaduh nasib sekarang selain dari rakan karibnya, Raymen.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience