MATAHARI TERIK DI ATAS KEPALANYA tidak mematahkan semangat Maura yang sedang membersihkan kebun sayur itu.
Hanya dia seorang sahaja melakukan kerja pembersihan ini. Pekerja - pekerja yang lain hanya duduk memerhati sahaja walaupun ada dikalangan mereka mahu menolong. Tetapi pantas ditegah oleh Maura.
Dia tidak mahu gara - gara mahu menolong dirinya nanti, mereka semua akan di pecat oleh Raymie. Sebelum dikerah membuat kerja ini, Raymie sudah memberi amaran kepada para pekerjanya untuk tidak membantu Maura. Jika mereka ingkar arahan, mereka semua akan dipecat.
Dia kelelahan tetapi diteruskan juga memandangkan kawasan yang dibersihkan itu sudah hampir siap.
MENGINJAK WAKTU MALAM, barulah Maura balik ke rumah yang di khaskan untuk pekerja. Dia mendiami rumah pekerja itu seorang diri kerana jarak antara rumahnya dengan rumah pekerja yang lain agak jauh. Dia sendiri tidak mahu tinggal di rumah agam itu kerana dia tahu dia tidak layak untuk mendiami rumah itu bersama penghuni yang lain.
Selesai membersihkan diri, dia duduk mencangkung sambil menyalakan unggun api di luar dapur. Dia belum sempat untuk membeli dapur gas lagi. Hanya dapur kayu inilah yang digunakan untuk memasak sejak mendiami rumah pekerja ini 2 hari lalu.
Tak pelah... Demi sebuah kemaafan... Dia turuti juga...
Tanpa dia sedari, seseorang sedang memerhatikan dirinya dari luar rumah. Dan orang itu adalah Raymie. Entah apa yang lelaki itu perhatikan sebelum berlalu pergi meninggalkan kawasan rumah Maura.
"APA YANG KAMU dah buat dekat Maura ni hah Mie?" Bergema suara Tuan Mirul Rozai di serata ruang tamu itu.
Matanya mencerlung tajam ke arah anaknya ynag sedang enak bersandar di sofa. Puan Ida hanya mendiamkan diri sahaja manakala Raymie pula hanya membuat muka tidak bersalah.
"Abah tanya ni? Apa yang kamu dah buat dekat Maura sampai kamu sanggup suruh dia kerja dekat kebun sayur tu?" Melengking suara Tuan Mirul Rozai bila pertanyaan nya tadi langsung tak dihiraukan oleh anaknya.
Raymie mendengus lalu dengan rasa malasnya dia bangun dari tempat duduknya dan mara ke arah bapanya.
"Perempuan tu yang mengadu dekat abah ke?" Bersahaja Raymie bertanya. Ini yang malas ni. Sikit - sikit mengadu... Sikit - sikit mengadu...
"Takde siapa yang mengadu dekat abah... Abah yang tengok sendiri dia kerja dekat kebun tu tadi..." Tingkah Tuan Mirul Rozai.
"Kamu tak kesian ke dekat Maura tu Raymie? Dengan berpanas macam tu..." Keluh Tuan Mirul Rozai kesal. Kesal dengan perangai anaknya yang sudah berubah laku.
"Kesian??"
Soal Raymie bersama senyuman sinisnya.
"Buat apa Mie nak kesian dekat dia bah... Biarlah dia nak kerja dekat kebun sayur tu... Itu yang dia nak kan selama ni..."
"Raymie!!! "
Aduh! Boleh pekak telinga dengar suara petir Tuan Mirul Rozai ni.
"Abah tak payahlah nak tengking - tengking Mie macam tu... Mie bukan budak kecil lagi... Dan lagi satu Mie nak tanya abah... Perlu ke bawak balik perempuan tu dalam hidup Mie lagi... Abah dah lupa ke apa yang perempuan tu dah buat dekat Mie enam tahun lepas? "
" Mie... Jangan ungkit lagi perkara tu... "
" Tak... Mie akan ungkit sampai bila - bila benda ni... Disebabkan dia... Mie hampir mati..." Ujar Raymie dengan suara bergetar menahan marah. Seboleh - boleh nya dia tidak mahu kurang ajar dengan bapanya tetapi bila nama Maura di ungkit, dia sudah tak boleh bertahan.
" Mie... Sudahlah..."
Puan Ida bersuara cuba untuk meredakan situasi tegang antara anak dan suaminya. Dia tidak mahu kerana isu ini, hubungan Raymie dengan bapanya sudah sedikit renggang bertambah menjadi renggang lagi.
" Tak Ma... Mie belum habis lagi..." Pujukan mamanya langsung tidak dapat meredakan ketegangan yang dialami.
"So abah... Opps... Tuan Mirul Rozai... Bagitau dekat perempuan yang Tuan bawak balik tempoh hari untuk terima hakikat yang dia telah menempah maut bila dia datang semula dalam hidup Mie... Harap Tuan tolong sampaikan..." Nah! Cara panggilannya pada bapanya pun sudah berubah.
Dia terus berlalu pergi ke luar rumah tanpa menghiraukan pandangan terkedu kedua - dua orang tuanya dengan cara panggilannya tadi. Tapi dia sudah tidak kisah dengan semua itu.
Ya Tuhan... Apa dah jadi dengan Raymie ni? Keras betul hatinya.
Share this novel