"AYMEN... TAK SARAPAN SEKALI KE?" SAPA PUAN IDA PADA ANAK BONGSUNYA SETELAH MELIHAT KELIBAT RAYMEN MENURUNI ANAK TANGGA.
"Takpe mama... Aymen tak lapar... Aymen pergi dulu..." Jawab Raymen pantas.
Tanpa mempedulikan empat pasang mata yang sedang memandang dirinya, dia bergegas menuju ke arah pintu.
"Hish budak ni... Ajak sarapan sekali pun payah..." Rungut Puan Ida. Anaknya yang seorang ni memang payah untuk di ajak makan bersama.
"Apa kena dengan anak awak tu Ida? Muka serabut aje dari tadi..." Tegur Tuan Mirul Rozai. Air kopi yang berada di dalam cawan dihirup perlahan.
"Entahlah... Dari semalam lagi tengok muka dia serabut... Mungkin stress agaknya sebab exam STPM dah tak lama kan?"
Tertawa sinis Tuan Mirul Rozai bila telinganya mendengar ayat yang keluar dari mulut isterinya.
"Serius ke pasal stress nak exam STPM aje? Saya tengok perangai dia tu makin hari makin degil... Langsung tak dapat dikawal..." Ujar Tuan Mirul Rozai lagi.
Anak bongsunya ini berlainan benar perangainya dengan anaknya yang sulung.
Sudah berbuih mulutnya menasihati tetapi anak bongsunya itu tetap dengan kedegilannya.
Sering kali darahnya menyirap naik bila teringat akan perangai anak bongsunya. Sehinggakan satu tahap, ingin sahaja dia naik tangan terhadap anak bongsunya itu.
Berkerut dahi Puan Ida bila mendengar ayat sinis dari mulut suaminya itu.
"Apa pulak abang cakap macam tu... Kan STPM dah dekat... Mestilah dia stress sikit..." Laju saja Puan Ida membela anak bongsunya.
Menggeleng kepala Tuan Mirul Rozai dengan tingkah isterinya yang selalu sahaja mahu menangkan anak kedua mereka itu.
"Suka hati awaklah..." Itu sahaja yang mampu diucapkan sekarang. Malas nak masuk campur. Kalau masuk campur karang, melarat pulak jadinya.
"Anak awak yang sulung tu tak turun sarapan sekali ke?" Pantas Tuan Mirul Rozai mengubah topik perbualan.
Kalau cerita pasal si Raymen tu karang, sampai tahun depan pun takkan habis. Buat menghabis air liur aje adalah!
"Dia dah awal - awal lagi keluar... Katanya ada program dekat sekolah..." Jawab Puan Ida.
Tuan Mirul Rozai hanya mendiamkan diri sahaja. Dia kembali menghadap mee goreng yang berada di pinggan.
Nak buat macam mana lagi. Dah itu keputusan anak sulungnya. Jadi dia sebagai orang tua harus akur juga.
Takpe lah...
Biarlah si Raymie mencari pengalaman kerja daripada duduk rumah goyang kaki.
LOCENG DIBUNYI MENANDAKAN SESI PERSEKOLAHAN TELAH TAMAT.
Raymie sudah bersiap mahu pulang ke rumah. Kertas yang berselerak di atas meja disusun rapi. Beg sandang diambil lalu disangkut pada bahu. Telefon pintar dimasukkan ke dalam poket seluar. Sapaan dari rakan guru yang lain disambut ramah.
Dia bertembung dengan adiknya ketika mahu keluar dari pagar sekolah.
"Aymen... Nak balik dengan abang tak?" Tanya Raymie pada adiknya. Sudah lama tak bersua muka dengan adiknya ini walaupun satu sekolah.
Tidak ramai disekolah ini tahu yang Raymen adalah adiknya. Ini kerana dia dulu menyambung pelajaran di MRSM di utara tanah air. Bukan disekolah ini. Hanya adiknya sahaja yang menyambung pelajaran di daerah mereka ini.
Raymen hanya buat tak tahu sahaja dengan pertanyaan abangnya. Selamba sahaja dia melintas di hadapan abangnya.
"Weh... Abang tanya ni..."
Pantas dia melangkah mengekori langkah adiknya yang sudah ke depan.
Lengan adiknya dicapai tetapi sepantas itu juga Raymen menepis.
"Kau ni dah kenapa kurang ajar sangat dengan aku?" Tanya Raymie dengan nada agak keras.
Bahasa pun dah berubah ke kau aku.
Berang sungguh Raymie saat ini dengan tingkah adiknya. Langsung tak dapat dikawal tingkahnya.
Orang tanya betul - betul! Dia boleh buat bodoh pulak! Kurang ajar pulak tu!
"Aku boleh balik sendirilah... So, tak payah kau nak jadi driver tak berbayar..."
Tanpa mendengar balasan dari abangnya, Raymen terus berlalu menuju ke arah motosikal rakannya yang sedang menunggu dirinya.
Terkedu Raymie dengan balasan adiknya. Wah! Berkau aku pulak! Langsung tak hormat dia sebagai abang!
Hatinya kembali panas.
Perangai Raymen dirasakan semakin hari semakin teruk. Langsung tak mahu mendengar nasihat.
Nasihat dia pun tak laku. Apatah lagi nasihat abah dan mamanya.
Dia hanya mampu memandang sahaja kelibat Raymen yang sedang membonceng motosikal rakannya yang sudah semakin jauh.
Raymen... Raymen...
Bilalah kau nak berubah...
"LEPASKAN AKULAH... KORANG NAK APA LAGI NI..." MARAH MAURA BILA SEKUMPULAN LELAKI SUDAH MENGEPUNG DIRINYA.
"Hish... Apa pegang - pegang orang ni..." Tangan salah satu dari mereka yang mula memegang bahunya ditepis kasar.
"Kau kena ikut kitorang... Abang kau suruh kitorang ambik kau... Dia nak jumpa kau..." Salah seorang dari mereka memberitahu.
"Hei... Dia bukan abang akulah... Dia tu cuma pelesit yang duduk menumpang dekat rumah aku aje..." Hamun Maura.
Kan dah agak! Kalau ada sekumpulan lelaki kepung dia macam ni, tak lain tak bukan. Mesti kerja si Dante, abang tirinya.
Maura tidak tahu apa lagi yang dimahukan oleh abang tirinya itu.
Sejak kemunculan lelaki dalam hidupnya, hidup Maura tidak pernah aman. Si ibu tidak habis - habis mahu melagakan dia dengan papanya. Si anak pula, pantang ada peluang mesti akan ganggu dirinya.
"Kau jangan banyak cakap... Ikut kitorang sekarang..." Lengan Maura ditarik kasar. Tubuh Maura diheret menuju ke arah van putih yang sudah sedia menunggu mereka.
" Sakitlah... Aku tak nak... Tak reti bahasa ke?" Tangan lelaki yang memegang lengannya dipukul laju.
Gila ke apa nak ikut! Menempah maut jawabnya. Ibarat masuk ke dalam sarang buaya.
Bila tubuhnya semakin dekat di heret ke arah van, lengan lelaki yang memegang tubuhnya digigit kuat secara tiba - tiba.
" Arghh... Sakitlah..." Pekik lelaki itu lelaki
itu terkejut. Tangannya automatik naik dan pipi mulus Maura menjadi sasaran nya.
"Aduh!" Mengaduh Maura bila tapak tangan lelaki itu mengenai pipinya. Dia tidak bersedia dengan tamparan lelaki itu lalu terus jatuh tersungkur di atas jalan tar. Tapak tangan dan lututnya bergesel dengan jalan tar.
Belum sempat bahu Maura disentuh, tiba - tiba satu suara menyergah mereka dari belakang.
"Hoi! Korang buat apa ni?"
Kumpulan lelaki itu pantas menoleh ke belakang untuk melihat siapa gerangan yang menyergah mereka tadi.
Figura seorang lelaki bertubuh tinggi lampai menapak laju ke arah mereka.
"Korang buat apa dekat dia ni?" Tanya lelaki itu sebaik sahaja sampai di hadapan kumpulan lelaki itu.
"Kau jangan masuk campur boleh tak... Ini urusan aku dengan budak ni..." Jawab salah seorang dari mereka. Mungkin dia adalah ketua dari kumpulan itu.
"Aku bukan nak masuk campur... Tapi masalahnya kau dah berkasar dengan dia tadi..."
Bukan dia tak nampak apa yang berlaku tadi.
Dia memandang ke arah Maura yang membatukan diri sejak tadi. Dia perasan tapak tangan dan lutut gadis itu melecet luka.
"Baik kau blah sebelum penumbuk ni hinggap dekat muka kau..."
"Kalau aku tak nak..." Sengaja dia mencabar. Kedua - dua belah tangannya di seluk kedalam poket seluar.
Dia tersenyum sinis. Ingat dia takut ke. Dia ni kan bekas MMA fighter.
Patutlah sado. Bekas MMA fighter rupanya.
"Kau nak sangatkan... Nah!"
Satu tumbukan diunjukkan ke arah lelaki tinggi lampai itu tetapi dengan mudah dia mengelak. Tumbukan tersasar ke arah lain.
Pergelangan tangan si ketua dicapai lalu dipulas kebelakang. Terpekik si ketua bila tangannya dipulas kuat ke belakang.
Tergamam semua disitu bila si ketua telah di tawan dengan mudah. Lebih - lebih lagi Maura.
Matanya dari tadi tidak berkedip langsung. Rasa kagum menjengah di ruang hatinya.
"Tadi berlagak sangat... Baru kena sikit dah terpekik..." Ejek lelaki itu lalu tubuh si ketua ditolak kasar menjauhi dirinya.
"Korang jangan kacau dia lagi... Kalau sekali lagi korang kacau dia... Korang tahu akibatnya..." Satu persatu wajah dalam kumpulan lelaki itu di pandang tajam.
Terus kesemuanya menelan air liur. Nampaknya mereka bukan berhadapan dengan sebarangan orang. Apatah lagi si ketua. Dahinya berkerut menahan kesakitan di lengannya. Lengannya di urut perlahan.
"Dah... Blah dari sini... Atau korang nak aku..."
"Baik... Kitorang blah..." Bergegas kesemuanya berlari dari situ.
Hati mereka tak keruan saat ini. Nampaknya mereka sekali lagi terpaksa berhadapan dengan bos mereka Dante Kang, abang tiri Maura akibat kegagalan mereka kali ini.
"Mari saya tolong..." Ujar lelaki itu setelah memastikan kelibat kumpulan itu sudah menghilang.
Tubuh Maura di papah menuju ke arah keretanya.
MEREKA SEKARANG BERADA DI DALAM KERETA.
"Oh... Lupa saya nak perkenalkan diri... Saya Raymie..." Raymie memulakan salam perkenalan setelah agak lama mendiamkan diri tadi.
Salam dihulur ke arah Maura.
Maura menyambut huluran salam lelaki itu.
"Maura..."
'Maura?' Detik hati Raymie.
Macam pernah dia dengar nama itu tetapi dekat mana ya?
"Maura? Cantik nama..." Puji Raymie.
Tersipu wajah Maura bila dipuji sebegitu.
"Ni saya nak hantar Cik Maura kemana ni?" Tanya Raymie setelah mengundur keluar keretanya dari hadapan klinik yang mereka berdua datang tadi.
Syukur luka di tapak tangan dan lutut Maura di serius. Cuma di beri ubat tahan sakit, Iodin dan antibiotik sahaja.
"Tak payah panggil saya Cik.. Panggil Maura pun dah cukup..." Naik segan Maura bila lelaki itu membahasakan dirinya dengan panggilan cik.
Dahlah urusan bayaran di klinik tadi pun Raymie yang tolong bayarkan.
"Ok..." Ringkas Raymie menjawab.
"Ni nak hantar ke mana ni?" Soal Raymie berbalik ke topik asal.
"Hantar ke stesen bas depan tu aje..." Beritahu Maura.
"Hah? Stesen bas depan tu... Awak biar betul..." Dahi Raymie mula berkerut tanda tidak mengerti dengan permintaan gadis ini.
"Ya... Betul... Hantar saya dekat situ aje..." Ujar Maura dengan yakin.
"Okay..." Balas Raymie. Dah begitu jawapannya, dia ikutkan aje...
Maura tersenyum manis mendengar jawapan Raymie...
Sebenarnya... Dia mahu pulang ke rumah neneknya... Tetapi dengan keadaan dia yang macam ni... Dah tentu orang tua itu akan risau nanti... Jadi... Lebih baik dia lepak dulu dekat mana - mana sementara masa ada lagi...
Dia malas mahu balik ke rumah banglo papanya. Pasti orang tua itu tidak akan menyebelahi dirinya nanti walaupun dia menceritakan hal sebenar. Orang tua itu lebih mementingkan Madam Rosy dan Dante dari dirinya, anak kandungnya sendiri.
Share this novel