BAB 36 - HATI TERGURIS -

Drama Completed 30238

PINTU BILIK YANG terkatup langsung tidak menyedarkan Maura yang sedang mengelamun menghadap jendela.

Mengeluh nipis Raymie melihat keadaan Maura itu yang masih lagi begitu sejak dari kelmarin.

Makanan dan minuman hanya sedikit sahaja singgah di tekaknya dan selebih nya di biarkan begitu sahaja. Puas Ida, Tuan Mirul rozai serta Raymen memujuk nya untuk mengisi perut dengan lebih banyak tetapi gadis itu hanya mendiamkan diri sahaja. Makanan dan minuman ynag terhidang hanya di pandang sepi sahaja.

Sekarang giliran Raymie pula untuk memujuk Maura makan. Mana tahu dengan pujukan Raymie dia mahu makan pula.

Raymie menatang dulang berisi makanan dan minuman yang disediakan oleh mamanya sebelum dia naik ke bilik tadi. Berkali - kali mamanya berpesan supaya dia melayan Maura dengan baik dan jangan mengguris hati gadis itu sedikit pun. Dan yang paling penting, jangan sesekali memaksa gadis itu mengikut kehendaknya.

Raymie hanya mengangguk hendak tak hendak sahaja dengan arahan mamanya.

Dan sekarang, dia berada di hadapan gadis ini.

"Maura..." Panggil Raymie.

Maura hanya menyepi. Matanya fokus pada luar jendela.

"Maura..." Raymie memanggil lagi.

Maura langsung tidak memberi respon. Malah dia masih lagi dengan menungannya.

Melihat tiada reaksi dari gadis itu, tanpa banyak pilihan dia terus mendekati Maura. Dulang yang berisi makanan dan minuman tadi diletakkan pada meja kecil yang berdekatan dengan tubuh Maura.

Tubuh Maura ditarik kasar menghadap dirinya.

Tersentak Maura dengan perlakuan kasar Raymie ini.

"Eh! Kenapa awak buat saya macam ni... Lepaskan sayalah..." Bentak Maura. Tangannya sibuk menepis tangan Raymie yang berlabuh di bahunya.

Raymie hanya buat bodoh sahaja dengan bentakan gadis itu. Meja kecil yang terdapat dulang tadi di tarik kasar ke arah mereka berdua. Nasib baik segala makanan dan minuman di dalam dulang tersebut tidak tumpah.

Tubuh Maura yang dilihat mahu bangun dari situ di paut kasar.

"Duduk!"

Terhenyak kembali tubuh Maura di kerusi yang duduki nya tadi.

"Apa ni!!"

Hampir melantun suara Maura bila kerusi yang di duduki di tarik kasar menghadap Raymie dengan jarak dekat. Hampir berlaga lututnya dengan lutut lelaki ini.

"Diam!!"

Pinggan berisi nasi dengan pelbagai lauk di capai. Digaul semuanya menggunakan sudu. Selesai digaul, susu berisi makanan itu disua ke arah mulut Maura.

Maura terus menarik mukanya ke arah lain bila Raymie menyua sudu ke arahnya.

Raymie mengeluh kasar. Rahang Maura cuba untuk dicapai tetapi pantas di larikan oleh gadis itu.

Pinggan berisi makanan letak kasar ke atas dulang kembali.

"Kenapa kau tak nak makan hah Maura?" Soal Raymie keras.

Maura hanya mendiamkan diri sahaja. Tubuhnya di paling ke kanan. Muka nya langsung tidak mahu memandang wajah Raymie yang sudah mula merah padam.

"Hei! Aku tanya kau ni!" Bahu si gadis di tarik kasar.

"Saya cakap saya tak nak, saya tak nak lah... Jangan paksa boleh tak..." Rengus Maura. Dia sudah berpeluk tubuh.

Mahu meletup hati nya mendengar jawapan Maura ini. Api kemarahan semakin melahap hatinya saat ini.

"Eh... Kau jangan buat keras kepala boleh tak... Kau tau tak... Semua orang dekat dalam rumah ni susah hati tengok kau macam ni... Kau tau yang kau tu dah menyusahkan semua orang!" Meledak suara Raymie memenuhi ruang bilik itu.

Terkemam bibir Maura mendengar ayat pedas yang keluar dari mulut Raymie ini.

" Sekarang... Terpulang dekat kau... Sama ada kau nak makan atau tak... Aku dah malas nak layan perangai keras kepala kau ni... " Usai berkata, Raymie terus keluar dari bilik tersebut. Berdentum pintu bilik ditutup dari luar.

Terhinggut bahu Maura mendengar bunyi dentuman itu.

Tanpa sedar, setitis demi setitis air mata Maura jatuh menimpa wajah comelnya. Dari kecil menjadi semakin besar pula esak tangisnya.

Kata - kata yang yang diucap oleh Raymie tadi benar - benar mengguris hatinya. Tambahan lagi dia dalam keadaan yang kurang sihat ini.

Dari tahu kemunculan dia dalam keluarga ini bukan di alu kan. Dia tahu juga, Puan Ida sudah pun memaafkan dirinya sejak dari hari dia menyelamatkan wanita itu dari pada perompak.

Tapi sekarang...

Raymie...

Adakah lelaki itu masih memusuhi dirinya lagi?

Layanan dan ambil berat lelaki itu selama ini bukan bermakna lelaki itu sudah memaafkan apa yang terjadi enam tahun dulu.

Masih ada rasa kebencian lelaki itu pada dirinya.

Takpelah Maura...

Sikit lagi... Bila dia dah maafkan kau nanti...

Minta dia lepaskan kau dengan cara baik...

Dengan ini... Kau boleh pergi dengan tenteram...

Tanpa ada ikatan antara kau dengan dia...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience