BAB 25 - PERANGKAP -

Drama Completed 30112

"KAU BALIK SINI... Kau stay lama ke atau sekejap aje?" Soal Raymie yang tiba - tiba muncul di balik pintu bilik adiknya.

Raymen yang sedang mengemas pakaiannya terhenti seketika bila mendengar soalan dingin dari mulut abangnya.

"Ikut keadaan... Kalau aku nak stay lama dekat sini... Aku stay lah..." Mudah sahaja jawapan Raymen. Raymie yang tidak berpuas hati dengan jawapan adiknya pantas mendekati adiknya sedang khusyuk melipat pakaian di atas katil.

"Aku rasa baik kau blah dari rumah ni..." Halau Raymie selamba.

Berkerut dahi Raymen mendengar bicara abangnya yang selamba sahaja menghalau dirinya dari rumah ini.

"Apsal pulak nak aku blah cepat dari rumah ni?" Soal Raymen kembali.

"Aku suruh kau blah... Kau blah ajelah... Banyak cekadak pulak..." Rengus Raymie.

Raymen meletakkan kembali bajunya baru hendak dilipat di atas katil semula. Dia berdiri lalu menghadap abangnya yang sedang berdiri tegak dihadapannya.

"Yang kau beria sangat suruh aku blah cepat dari rumah ni dah kenapa? Suka hati akulah nak stay berapa lama pun... Ini rumah aku jugak... Tempat aku dan kau membesar..." Bidas Raymen.

Sesuka hati aje nak menghalau orang! Ingat dia tu siapa agaknya!

"Eh... Aku suruh kau blah cepat dari rumah ni bersebablah..." Raymie bersuara lagi. Kali ini lebih garang.

"Sebab apa? Aku nak dengar jugak apa sebabnya sampaikan kau nak aku cepat blah dari sini?" Raymen menyoal dengan muka yang sengaja minta penampar. Dia berpeluk tubuh dihadapan abangnya tanpa menganjak sedikit pun.

"Sebab aku tak nak perempuan tak guna tu hancurkan hidup kau macam dia hancurkan hidup aku dulu... Kau faham tak?" Hampir melengking suara Raymie saat itu. Tanpa sedar, dia sudah terlepas cakap. Dia tidak tahu yang Raymen sudah mengetahui perihal status dirinya dengan Maura.

"Apa kau cakap bang? Maura perempuan tak guna?" Mendidih hati Raymen bila abangnya melabel Maura dengan panggilan yang tidak sepatutnya.

"Kau nak tanya kau satu aje bang... Maura yang tak guna ke atau kau yang tak guna?"

Wah! Pedas sungguh sindiran Raymen.

Menggelegak darah Raymie bila di sindir adiknya sebegitu.

"Kau tau tak... Apa yang kau buat dekat Maura tu dah melampau... Dia datang sini sebab nak kemaafan dari kau atas apa yang dia dah buat dekat kau dulu... Dia dah insaf... Dia dah menyesal... Dia bukan Maura yang dulu lagi... Tapi... Kau... Kau langsung tak nak terima permohonan maaf dia... Sedikit pun tak nak dengar penjelasan dia... Kau layan dia macam hamba... Suami jenis apa kau ni Mie?" Hilang terus panggilan abang bila hatinya sudah mendidih. Matanya tajam menikam wajah abangnya sudah berubah.

Tersentak Raymie bila mendengar perkataan 'suami' keluar dari mulut adiknya.

"Dari mana kau tahu yang aku dah kahwin dengan perempuan tu?" Dari mana adiknya tahu perihal perkahwinannya dengan Maura sedangkan waktu itu mereka sekeluarga serta keluarga Maura sedaya upaya untuk menutupinya dari pengetahuan orang lain termasuk dari pengetahuan Raymen.

"Perempuan tu yang bagitau kau kan..." Tuduh Raymie. Kurang ajar punya Maura! Dasar perempuan mulut tempayan! Maki Raymie di dalam hati.

"Kau tak payah nak tuduh dia sesuka hati... Aku tahu dari mana pun bukan urusan kau... Aku nak bagi nasihat sikit dekat kau ya Raymie..."

"Tolong jangan perlakukan Maura macam hamba kau lagi... Dia ada maruah... Dan yang paling penting... Dia isteri kau..." Nasihat Raymen.

Raymie tergelak sinis.

"Isteri?? Sejak bila perempuan tak guna tu pegang status sebagai isteri aku? Hah?" Angkuh sekali Raymie bertanya.

Isteri??

Istilah itu sudah lama terpadam dalam kotak memorinya sejak Maura menghancurkan maruahnya enam tahun lepas.

"Tapi Maura tu isteri kau..."

"No... Dia takkan pernah jadi isteri yang di iktiraf... Dia cuma jadi isteri atas kertas aje..."

"Raymie..."

Hampir - hampir sahaja Raymen menengking abangnya.

Apa dah jadi dengan abangnya ini? Kemana pergi hilangnya kewarasan Raymie ini? Sehinggakan tega mengeluarkan kata - kata sebegitu?

"Kau memang tak layak di buat suamilah Raymie... Aku akan pastikan yang Maura takkan menderita lagi... Itu janji aku..." Usai berkata, Raymen terus keluar dari biliknya kerana dia malas mahu menghadap muka angkuh abangnya.

Raymie hanya mempamerkan muka tak bersalahnya sahaja. Dia mahu tengok juga sejauh manakah janji adiknya untuk melindungi Maura dari cengkamannya.

Kau tak tahu lagi abang kau ni siapa Raymen... Dan kau Maura... Kau tak tahu lagi aku ni siapa... Kau tunggu Maura... Yang pasti... Kau akan menyesal seumur hidup kau bila kau sengaja muncul dalam hidup aku...

"MAURA... BOS NAK JUMPA KAU DEKAT BANGSAL..." Bagitau salah seorang pekerja kepada Maura yang sedang membersihkan persekitaran batas sayur terung.

"Hah? Bos nak jumpa saya?"

"Ya... Dia nak jumpa kau... Cepatlah... Dia dah lama tunggu kau dekat bangsal tu..." Gesa pekerja yang memberitahu Maura tadi.

"Haa... Ya... Saya pergi sekarang..." Cangkul yang digunakan untuk membersih tepi - tepi batas tadi diletakkan di dalam stor yang dikhaskan untuk alatan berkebun.

Terkocoh - kocoh dia berjalan menuju ke arah bangsal durian yang terletak tidak jauh dari kebun sayur ini.

Dari jauh dia melihat susuk tinggi tubuh seorang lelaki membelakanginya.

"Ya Encik Raymie... Ada apa panggil saya?" Tanya Maura setelah sampai dihadapan lelaki ini. Sejak mula - mula berpindah ke sini dulu, awal - awal lagi Raymie sudah menetapkan syarat untuk memanggil dirinya dengan panggilan 'Encik'. Tak kira di mana. Panggilan itu wajib di gunakan.

Maura hanya mengangguk faham sahaja. Dia tidak mahu melawan. Dia tidak mahu kejadian di pondok usang berulang kembali. Sakit bila lelaki ini memperlakukan dirinya sebegitu.

"Aku ada kerja nak suruh kau buat..." Suara Raymie mengembalikan dirinya ke alam nyata.

"Encik nak suruh saya buat apa?"

"Kau akan tahu juga nanti... Sekarang kau ikut aku..." Langkah pantas diatur menuju ke arah satu kawasan yang agak jauh dari bangsal. Maura bergegas mengekori langkah panjang Raymie.

Mereka berhenti di satu kawasan yang agak luas tapi di penuhi dengan pokok durian.

" Ok... Kita dah sampai..."

"Encik nak saya buat apa dekat sini?" Tanya Maura dengan suara sedikit gementar. Matanya meliar memandang sekeliling kawasan yang sepi dan agak jauh dari bangsal durian. Kawasan yang dipenuhi pokok durian ini agak ke dalam dan berdekatan dengan air sungai.

" Aku nak kau kutip buah durian yang gugur ni..." Arah Raymie.

"Hah?"

Membulat mata Maura bila dia disuruh begitu.

"Hah apa? Kau tak dengar ke apa yang aku suruh tadi... Aku nak kau kutip semua buah durian yang gugur ni..." Ulang Raymie lagi. Senyuman sinis tersungging di bibir bila melihat wajah Maura sudah berubah pucat. Sekejap lagi kau tahu lah nasib kau Maura!

"Tapi encik..."

Ayat Maura pantas di potong.

"Tapi apa lagi... Kau jangan nak melawan aku... Aku suruh buat... Buat ajelah..." Herdik Raymie.

Menikus Maura bila diherdik sebegitu.

"Tu... Bakul ada dekat tepi sana... Kau kutip buah durian nanti... Kau letak dalam bakul..." Jari nya lurus mengarah ke arah bakul besar yang terletak di tepi pokok durian.

"Dah... Aku nak balik... Kau... Selagi tak siap kutip... Kau tak boleh balik rumah... Buah durian tu aku nak jual dekat pembeli esok pagi... Jadi kau jangan nak mengelat pulak... Faham..." Mata nya tak lepas memandang wajah Maura yang masih menunduk.

"Faham..." Jawab Maura perlahan.

"Bagus kalau kau dah faham... Tak payahlah aku nak ulang banyak kali lagi..." Sindir Raymie.

Dia terus meninggalkan Maura sendirian di situ sementara Maura pula memulakan pekerjaan nya untuk mengutip buah durian yang gugur.

Tanpa Maura sedari, dia telah di tipu oleh Raymie. Lelaki itu telah merangkap dirinya dengan membawa dirinya ke kawasan yang dipenuhi pokok durian ini.

Bagi Raymie pula, hati nya merasa puas bila dapat menyakiti Maura. Dia merasa puas bila sekejap lagi Maura akan merasa kesakitan seperti mana yang dia rasai selama ini.

Tapi puaskah hatinya bila dendam menguasai diri?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience