HUJAN MULA turun dengan lebatnya ketika Raymie sampai di rumah mendiang nenek Maura ini...
Gara - gara perang dingin yang di lancar kan oleh Maura sebentar tadi terhadap dirinya, Raymie terpaksa membawa langkahnya menuju ke rumah ini... Nak menyinggah ke rumah Mawi... Lelaki itu berada di luar daerah pula... Nak ke rumah agam... Rasa berat hati pula...
Penyudahnya, rumah pusaka ini juga tempat di tujunya...
Kereta di berhenti di halaman rumah... Dia berpaling kebelakang untuk mencari sekaki payung... Menggagau tangannya mencari benda itu di kerusi belakang... Keluhan di lepaskan bila benda yang dicari tidak di temui...
Haih... Nampaknya dia kena redah lah masuk kedalam rumah... Dahlah hujan tengah lebat ni...
Eleh kau ni Mie! Berlagak pulak! Habis yang hari tu... Boleh pulak kau redah naik motor semata - mata nak jumpa Maura dekat sini...
Alah... Itu waktu masa nak cepat! Nak jumpa Maura! Kalau tak jumpa karang, ada juga yang bernanah telinga kena bebel!
Dahlah... Lupakan hal yang lepas!
Sekarang nak tak nak, dia kena stay dulu sini buat sementara... Kalau balik rumah pun... Perang dingin antara dia dengan Maura masih lagi berlangsung!
Dia mengeluh lagi sebelum pintu kereta di buka dan terus meredah hujan menuju ke beranda rumah.
Baju yang terkena tempias air hujan di kibas laju...
Tak jadi dia mahu mengetuk pintu bila anak matanya tertancap pada pintu utama rumah yang sedikit terbuka itu... Rasa tidak enak mula menguasai diri! Serta merta wajah adiknya terlintas di fikiran! Pintu utama di buka serta merta!
Kakinya sudah berada di ruang tamu... Kelibat adiknya di cari.
"Aymen!! Aymen!!" Nama adiknya di seru...
Bilik tamu yang di huni oleh Aymen pula di buka. Kelibat Aymen langsung tidak kelihatan di dalam bilik itu. Yang kelihatan hanyalah beg pakaian milik adiknya. Pintu bilik ditutup.
Langkah dibawa menuju ke ruang dapur pula.
Kakinya dibawa menuruni anak tangga satu persatu... Dicari kelibat Raymen di bilik mandi dan tandas... Tak kisah lah orang nak kata apa! Tak hormat privasi orang lah! Apa lah! Hatinya sudah merasa lain macam!
"Aduh!! Mana pulak budak ni pergi!" Rungut Raymie.
Handphone yang berada di dalam poket seluar di seluk. Nombor telefon adiknya didail...
Mendengus geram dia bila panggilan masuk ke dalam peti simpanan suara.
Dia ingin melangkah dari situ tetapi terhenti bila kakinya seperti memijak sesuatu yang melekit.
Dia menunduk ke bawah untuk melihat cairan apa yang di pijaknya tadi!
Hampir ternafas dia melihat cairan merah seperti darah melekat di telapak kakinya.
Matanya mula menyoroti titisan darah yang berada di lantai sebelum dia menemui sekujur tubuh milik Raymen yang tidak sedarkan diri di sebalik meja makan.
Membuntang matanya melihat sekujur tubuh miliknya adiknya yang terlentang di atas lantai.
"Aymen!!!" Jerit Raymie sebelum meluru ke arah tubuh adiknya. Kepala Aymen pantas di pangku ke arah ribanya.
"Aymen... Hei... Bangun... Apa dah jadi dengan kau ni, Aymen?" Seru Raymie sambil menepuk pipi adiknya.
Dia menyoroti lagi tubuh adiknya...
Hampir tak bernafas dia bila melihat kesan koyakan di baju T-shirt milik adiknya... Darah merah masih lagi menitik keluar dari kesan hirisan itu!
Raymie tidak mampu untuk melakukan apa - apa lagi... Otaknya tidak mampu berfikir waras bila melihat keadaan adkinya seperti itu! Tuala yang berada disebelah adiknya di capai sebelum di koyak dan di ikat dua... Kepala nya Raymen yang berada di ribanya di letakkan di atas lantai seketika... Tuala yang di koyakkan tadi pantas di balut ke perut Raymen bagi menghentikan pendarahan. Selesai sahaja membalut, dia memangku kepala serta belakang tubuh adiknya...
Perlahan - lahan tubuh adiknya itu dibawa menuju ke arah kereta nya yang berada di luar rumah. Ya... Dia harus cepat! Dia harus bawa Raymen ke hospital dengan kadar segera!
Dengan kudrat yang kuat, tubuh Raymen di bawa menuruni tangga dan terus meredah hujan yang menggila menuju ke arah keretanya.
"Bertahan, Aymen! Abang akan bawa kau ke hospital!" Raymie meniup kan semangat buat adiknya.
Belum sempat pintu bahagian penumpang di buka, satu pukulan hinggap di belakang kepalanya. Serta merta tubuh dia dan adiknya tersungkur di atas tanah.
Raymie mula mengerbang kesakitan akibat di pukul secara curi dari belakang.
Dia mengerling sekilas ke arah tubuh Raymen yang sudah terlentang di sebelah nya. Dia ingin bangun menuju ke arah Raymen tetapi tidak berjaya bila satu lagi pukulan hinggap di mukanya.
"AKHIRNYA... KAU DAN ADIK KAU JATUH JUGA DI TANGAN AKU!"
Itu sahaja yang mampu dia dengar sebelum dia dia terjelepok tidak sedarkan diri!
Aduh... Kesiannya Raymie dan Raymen
Share this novel