BAB 16 - KEMALANGAN -

Drama Completed 30112

HAMPIR LURUH jantung Maura saat mendengar perkhabaran neneknya dimasukkan ke dalam hospital oleh jiran terdekat neneknya. Bergegas dia pergi ke hospital setelah selesai hal perkahwinannya tadi.

Sampai di hospital, sekumpulan doktor sedang berusaha untuk menyelamatkan neneknya yang sudah tidak sedarkan diri.

"Cik... Cik tak boleh masuk... Cik sila tunggu di luar..." Tegah jururawat yang bertugas bila Maura tekad untuk merempuh masuk ke dalam wad kecemasan.

"Tapi nenek saya..."

Kata - kata Maura pantas dipotong oleh jururawat tersebut.

"Doktor sedang berusaha untuk menyelamatkan Puan Maylam... Jadi cik sila beri kerjasama..." Pujuk jururawat itu lagi. Tangannya mempersilakan Maura untuk menunggu di luar.

Akhirnya Maura mengalah juga. Dia menonong menuju ke arah tempat duduk yang tersedia di luar wad kecemasan. Wajahnya usah dikata. Sudah lencun dengan air mata.

Tidak lama kemudian, kelibat seorang doktor keluar dari wad kecemasan. Pantas Maura doktor yang bertugas itu.

"Doktor... Macam mana dengan keadaan nenek saya?" Tanya Maura. Wajah doktor yang merawat Nek Lam itu di tenung tanpa berkalih sedikit pun.

Agak lama doktor itu mendiamkan dan barulah dia bersuara.

"Kami minta maaf kerana tidak dapat menyelamatkan nenek cik..."

Ayat yang keluar dari mulut doktor membuatkan dunia Maura gelap gelita.

"A... Apa?" Dia salah dengar ke apa?

"Kami tak dapat menyelamatkan Puan Maylam kerana dia mengalami komplikasi serangan jantung... Kami minta maaf..." Ujar doktor bersama suara yang agak serak.

"Saya pergi dulu... Takziah saya ucapkan..." Ucap doktor itu sebelum berlalu meninggalkan Maura yang masih lagi tercegat di luar pintu wad kecemasan.

Longlai Maura melangkah bila jururawat bertugas membawa dirinya berjumpa dengan jenazah neneknya.

Terpaku kaki Maura bila melihat tubuh kaku yang sudah ditutupi selimut putih itu. Perlahan - lahan dia mendekati tubuh kaku itu sebelum dia terjelepok di sisi katil. Jururawat yang bertugas membawa dirinya tadi hanya tertunduk sedih sahaja.

"Nenek!!!" Raung Maura di sisi katil.

"Kenapa nenek tinggalkan Maura... Kenapa Nek... Kenapa?" Tangis Maura lagi.

Dia bangun dari terduduknya tadi dan berdiri di hadapan tubuh kaku Nek Lam. Selimut yang menutupi wajah Nek Lam di buka dengan tangan terketar - ketar bersama esak tangis tanpa henti.

" Nek... Bangun Nek... Ara tak percaya yang dah takde... Bangun Nek... Bangun..." Tubuh kaku Nek Lam digoncang kuat. Jururawat yang melihat itu pantas menerpa ke arah Maura lalu dipaut tubuh kecil gadis itu.

"Sudah cik... Jangan buat macam ni... Kesian dekat arwah... Ingat Tuhan cik... Ingat Tuhan..." Pujuk jururawat sambil memeluk tubuh Maura dengan erat bila gadis itu ingin menerpa ke arah Nek Lam lagi.

Maura mengongoi dalam dakapan jururawat itu.

Hatinya makin rapuh bila orang yang disayangi telah meninggalkan dirinya. Bersendirian.

TERKELU LIDAH Tuan Mirul saat mendapat berita pemergian nenek Maura lewat panggilan yang di terimanya.

Semua yang berada di ruang tamu rumah agamnya terdiam bila dai menyampaikan perkhabaran itu. Kecuali Raymie!

Anaknya itu terus keluar setelah selesai upacara pernikahan antara dia dengan Maura sebentar tadi. Dan setelah dua jam berlalu, kelibat anaknya langsung tak kelihatan.

"Sakit apa bang?" Tanya Puan Ida. Walaupun itu adalah nenek Maura, tak bermakna dia memusuhi wanita tua itu. Yang dia musuhi sekarang adalah cucu wanita tua itu. Maura!

"Serangan jantung..."

Serangan jantung? Hmm... Mesti mati terkejut dengar perihal cucunya yang sudah menconteng arang itu.

Puan Ida... Puan Ida... Dalam keadaan sedih macam ni pun, masih lagi mengata.

Dia takkan maafkan Maura dengan apa yang gadis itu lakukan pada keluarga dia hari ini. Dia ingat sampai bila - bila.

Derap langkah seseorang menghampiri mereka menyedarkan Puan Ida dari lamunannya.

"Tuan..." Pemandu keluarga Tuan Mirul Rozai yang dikenali Amat, terlihat terkocoh - kocoh menghampiri mereka yang berada di ruang tamu.

"Ada apa Mat?" Soal Tuan Mirul dengan sedikit cemas.

"Tuan... Ada dua orang pegawai polis datang rumah..." Beritahu Amat pada majikannya.

Dahi Tuan Mirul Rozai berkerut.

"Pegawai polis? Ada hal apa diorang datang?"

"Dua pegawai tu bagitau yang Encik Raymie kemalangan..."

Hampir tak bernafas keduanya bila mendengar berita itu.

Raymie kemalangan? Dugaan apa lagi ni?

BELUM PUN reda dengan kematian Nek Lam, Maura dikejutkan dengan lagi dengan berita kemalangan yang menimpa Raymie. Yang paling menyedihkan, lelaki itu dalam keadaan kritikal.

Dan kerana berita itulah dia berada di wad icu yang menempatkan Raymie sekarang. Mujur juga Raymie ditempatkan hospital yang sama dengan mendiang Nek Lam.

Puan Ida yang sedang menangis itu terus memanggung kepalanya bila perasan akan kelibat Maura yang sedang mendekati mereka di luar wad icu.

Dia bangun lalu terus meluru ke arah gadis itu. Pantas wajah gadis itu ditampar kuat.

"Buat apa kau datang sini hah? Buat apa?" Jerit Puan Ida. Rambut gadis itu ditarik sekuat hati. Terjerit Maura dengan tindakan wanita itu. Terasa kulit kepalanya hampir tercabut bila wanita ini menarik lagi rambutnya.

"Ida..."

Jerit Tuan Mirul Rozai lalu menerpa ke arah isterinya yang sedang mengerjakan gadis kecil molek itu. Tangan Puan Ida yang sedang menarik - narik rambut Maura pantas dicapai untuk di leraikan.

"Sudah Ida... Sudah..." Halang Tuan Mirul Rozai bila melihat Puan Ida mahu mengerjakan Maura lagi.

"Ida belum puas lagi bang... Biar Ida ajar dia cukup - cukup..." Puan Ida bagai kerasukan. Tubuh Maura yang berada dihadapannya habis menjadi sasarannya.

"Ida... Abang cakap sudah... Sudahlah... Ini hospital Ida... Hospital..." Giliran Tuan Mirul Rozai meninggi suara kepada isterinya. Dia tidak mahu disaman pihak hospital gara - gara kekecohan yang dilakukan oleh isterinya ini.

Matanya sempat memandang wajah kusut Maura yang sedang menangis.

" Kau dengar sini ya Maura... Kau bukan menantu yang aku idamkan... Kalau bukan sebabkan kau... Anak aku hampir mati... Aku benci kau sampai bila - bila..." Sebelum beredar, sempat lagi dia memberi amaran.

" Hari ni hari terakhir aku tengok kau muncul di depan anak aku... Kalau kau muncul lagi... Nahas kau aku kerjakan... "

Terkedu Maura dengan ugutan wanita itu.

"Maafkan uncle Maura atas tindakan Untie dekat Maura tadi... Maafkan Uncle..." Rasa kesal menerjah ruang hatinya saat ini.

"Tapi Uncle minta... Tolong jangan datang sini dulu Maura... Tolong dengar cakap Uncle..." Rayu lelaki pertengahan 40 - an ini. Dia tidak kedatangan gadis ini akan menyemarakkan lagi kemarahan isterinya.

Maura hanya mengangguk sahaja sebelum pergi dari situ tanpa berpamitan dengan si bapa mentua. Rambutnya yang serabai dibiarkan begitu sahaja.

Rasa bersalah mula menjalar di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience