MAURA MENGJENGUK KEPALANYA KE LUAR BILIK.
Matanya melilau mencari kelibat Raymie.
Fuh! Dia menarik nafas lega bila kelibat Raymie langsung tidak kelihatan. Mungkin sudah pergi kerja agaknya. Masa dia bangun tadi, kelibat Raymie sudah tidak kelihatan.
Dia melangkah keluar dari bilik. Kakinya di bawa menuju ke arah dapur.
Tung tang! Tung tang!
Bunyi sudip berperang dengan kuali. Semerbak bau harum menusuk ke lubang hidungnya. Dia menjenguk ke dapur.
Tak jadi dia mahu menyapa bila melihat susuk tubuh yang dikenali sedang menggoreng sesuatu di dalam kuali.
"Eh... Maura... Buat apa tercegat dekat situ? Meh sini..." Sapa Kak Su bila perasaan akan kelibat Maura di tepi dinding dapur.
"Maura? Mana Su?" Tanya Puan Ida bila nama Maura meniti di bibir pembantu rumahnya.
"Tu dia Puan..." Ujar Kak Su sambil memuncungkan bibirnya ke arah Maura yang sedang tersengih malu.
"Laa... Maura dah lapar ke... Kejap ya... Sikit lagi nak siap keutiaw mama goreng ni..." Ujar Puan Ida sambil tangannya lincah menggoreng keutiaw di dalam kuali.
"Eh... Takpe Ma... Maura okay aje..." Cepat - cepat dia menjawab. Matanya bulat memandang ke arah Kak Su yang tersenyum suka pada dirinya yang sedang kalut menghadap Puan Ida.
Sukalah tu gelak kan orang!
"Biar Maura bawak air ni ke depan..." Air yang siap di bancuh dalam teko oleh Kak Su pantas di bawa ke depan.
Bergegas dia bawa ke depan sebelum kerja nya di halang oleh Puan Ida. Sejak dari kejadian hari tu, Puan Ida sudah melarang dia untuk melakukan kerja - kerja yang selama ini menjadi rutin harian nya.
Bila disoal, Puan Ida menjawab,
"Kesihatan diri perlu diutamakan... Lagipun Maura bukan sihat betul lagi... Biarlah mama dengan Su buat... Maura pergi rehat dekat atas..."
Penyudah nya, Maura hanya jadi tunggul kayu sahaja di bilik. Tak pun, duduk termenung dekat balkoni.
Ketika dia menyusun cawan di atas meja, kelibat Raymie muncul di ruang makan. Nafas lelaki itu kelihatan megah. T - shirt tanpa lengan yang dipakai lencun dengan peluh.
Baru balik dari jogging agaknya.
"Mama mana?" Raymie bertanya. Matanya langsung tak berganjak dari memandang wajah Maura.
"Ada dekat dapur..." Jawab Maura perlahan. Wajah Raymie yang melekit dengan peluh langsung tak dipandang.
"Haa... Dekat sini rupanya... Puas saya cari awak tadi... Rupanya dekat sini..." Satu suara menyergah dari belakang membuatkan Maura menghentikan kerjanya.
Malah Raymie yang mahu melangkah pergi dari situ juga turut terhenti.
"Hish... Dia ni kan! Buat orang terkejut ajelah..." Rungut Maura sambil mengurut dadanya. Mujur dia tak kena serangan jantung. Kalau tak, dah tentu arwah dah dia dekat sini!
Raymen, si tukang sergah tadi hanya menyengih sahaja. Sukalah tu dapat kenakan Maura!
"Laa... Terkejut rupanya... Kesiannya dia..."
"Mana tak terkejut kalau sergah orang macam tu... Mahu mati kena serangan jantung saya kalau macam ni..." Ujar Maura lagi.
"Eh... Eh... Jangan cakap macam tu... Meh sini... Saya tolong awak susun cawan ni..." Cawan yang berada di tangan Maura pantas di capai lalu di susun satu persatu.
Kelibat abangnya yang berada di belakang Maura langsung tak di sapa. Malah sengaja dia memanaskan keadaan yang sudah sedia panas.
" Nanti lepas sarapan, saya nak ajak awak keluar... Nak..." Ujar Raymen sambil mengerling sekilas ke arah abangnya.
Wajah lelaki itu kelihatan merah sekali. Nampak riak tidak puas hati di wajah abangnya saat itu.
Padan muka! Ujar Raymen di dalam hati sambil tersenyum sinis.
"Keluar? Buat apanya?" Soal Maura dengan dahi berkerut.
"Keluarlah... Jalan - jalan... Awakkan dah lama terperap dekat dalam rumah ni... Kesian jugak..." Balas Raymen.
Kesian juga dia dengan gadis ini. Sejak dari hari keluar hospital sampai hari ni, gadis itu hanya duduk terperap sahaja dekat rumah. Jadi sementara dia cuti ni, bolehlah dia bawa Maura berjalan sambil menghilangkan rasa bosan gadis itu.
" Kejap... Kejap... Bila masa awak ber 'saya-awak' dengan saya ni..." Tanya Maura pelik.
Susuk tubuh Raymie yang berada di belakang nya sudah di lupakan. Matanya fokus pada Raymen sahaja.
"Laa... Tak boleh ke nak ber 'saya - awak'... Ke nak panggil sayang..."
Papp!!
Tak sedar satu libasan mengenai bahu Raymen.
Membesar mata Raymie melihat tingkah Maura itu.
Amboi! Lebih - lebih nampak si Maura ni! Tak sedar ke yang laki dia ada dekat belakang dia sekarang ni?
"Ha... Baru hari ni nampak muka..." Suara Puan Ida dari belakang mematikan perbualan antara Maura dan Raymen.
"Kalau tak... Payah benar nak nampak muka tu... Asyik keluar aje kerjanya... Langsung tak lekat dekat rumah..." Sambung Puan Ida lagi. Mangkuk berisi Kuetiaw goreng di letakkan di atas meja makan.
Raymen hanya menyengih sahaja mendengar sindiran mamanya. Itu sahaja modal yang dia pamer bila kena bebel dengan Puan Ida.
Mata Puan Ida mengerling pula ke wajah anak sulungnya.
"Yang kamu ni pulak Mie... Bilanya nak naik atas mandi tukar baju... Dok tercegat lagi dekat sini buat apa..." Giliran Raymie pula disemburnya.
Raymen pula sudah awal - awal lagi lesap dari situ. Nak panggil kan Tuan Mirul Rozai katanya.
Eleh! Yelah tu nak panggil abah. Padahal nak lari dari kena bebel dengan mama.
" Ha... Nak naik tadi tapi tak jadi bila ada dua ekor lipas dok menggeletis dekat sini tadi... Tak sedar agaknya kot..." Perli Raymie sambil mengerling ke arah wajah Maura.
"Hah? Lipas? Mana?" Kalut Puan Ida menyoal sambil matanya meliar memandang sekeliling tempatnya berdiri. Kakinya sudah bersedia mahu naik ke atas kerusi.
Sememangnya dia amat geli dengan haiwan itu. Lebih - lebih bila ia terbang, mahu dia lari lintang pukang.
Maura yang sedang menuang air ke dalam cawan terus meletakkan semula teko tersebut di atas meja.
Wajahnya sudah berkerut bila haiwan merayap itu meniti di bibir Raymie. Matanya tidak sengaja memandang ke arah ke wajah Raymie yang sudah sememangnya memandang tajam ke arahnya sejak tadi.
Wajah merah padam lelaki itu di pandang dengan pandangan hairan.
"Dah takde lipas tu... Mama jangan bimbang... Tahulah Mie mengajar 'lipas' tu nanti..." Sengaja perkataan lipas itu ditekan kuat matanya tajam menikam wajah Maura.
"Betul ke Mie?" Tanya Puan Ida resah.
Resahlah.
Karang tetiba muncul lipas tu, mahu dia pengsan dekat situ.
"Ya... Dah takde Ma... Oklah... Mie nak naik mandi dulu..." Langkahnya di bawa menuju ke anak tangga.
Pandangan hairan Maura di balas dengan pandangan tajam sebelum dia menghilang di tingkat atas.
Aku ada buat salah ke dengan dia?
Aduh! Lembab betullah si Maura ni!
Dah sah - sah member tu tayang muka jealous! Masih lagi nak tanya salah kau apa!
Haih! Nampaknya, aura cemburu dah kuasai hati Raymie saat ini!
Nampaknya aura cemburu Raymie dah bermula...
Share this novel