BAB 54 FINAL - PENANTIAN -

Drama Completed 30112

5 TAHUN KEMUDIAN...

"MAMAAAA..."

Jeritan seorang anak kecil membuatkan Maura tersenyum lebar. Dia melutut sambil mendepang kedua - dua belah tangan nya ke arah anak kecil itu... Terkedek - kedek anak kecil itu berlari ke arah dirinya.

Sekejap sahaja tubuh kecil anak itu berada dalam dakapan ibunya...

"Rindunya mama dekat sayang mama ni..." Pipi gebu si anak kecil itu di kucup geram.

Raymie yang baru sampai di hadapan kedua - duanya hanya tersenyum gembira sahaja.

Ya... Keajaiban telah berlaku...

Dengan kuasa Tuhan...

Maura pernah di kata akan mengalami mati otak akhirnya sedar dari komanya... Dan kandungan nya juga selamat...

Rayna Rozai...

Itulah nama buah hati pengarang jantung mereka...

"Aik... Rara aje mama cium... Papa Rara ni... Mama tak nak cium ke..." Usik Raymie sambil mengunjukkan wajahnya ke arah Maura.

Berubah merah terus wajah Maura bila di usik nakal oleh suaminya.

Pantas ciuman ketam nya hinggap di pinggang lelaki ini.

"Auwww..." Terjerit kecil Raymie bila cubitan ketam Maura sudah mendarat di pinggangnya.

"Sakit lah, yang..." Rungut Raymie sambil menggosok pinggangnya.

"Tau pun sakit... Tak malu ke orang ke... Ni anak ada ni... Tak malu ke..." Bisik Maura dengan mata sengaja di jegil ke arah Raymie.

Terkatup mulut Raymie bila mendapat jegilan dari isterinya.

Rayna yang berada di dalam dakapan Maura pantas di ambil. Rara sekarang beralih kedalam dakapan papanya pula.

"Jom Rara... Mama dah jadi singa... Papa takut kena nagm kejap lagi..." Bisik Raymie perlahan ke telinga anak perempuannya...

Tetapi bisikan nya itu dapat didengari oleh Maura...

Makin membulat matanya memanah wajah Raymie...

Raymie sudah tersengih kambing sebelum pantas melarikan diri dari Maura.

Mengekek suka Rayna bila di bawa lari oleh papa nya...

Bergema taman riadah itu dengan suara gelak ketawa mereka bertiga...

PERKARANGAN RUMAH AGAM milik Tuan Mirul Rozai kelihatan meriah dengan kehadiran tetamu dari pelbagai lapisan umur. Malah, para pekerja nya dari pelbagai ladang yang di usahanya turut dijemput.

Dia tidak mahu ada jurang antara dia dan para pekerjanya...

Tuan Mirul Rozai kelihatan sibuk melayan tetamu manakala Puan Ida pula kelihatan sibuk melayan cucu perempuan nya...

Meriah sekali suasana di rumah agam ini...

Ini adalah majlis diraikan sempena kerjasama dan usahasama antara kilang sawit milik Tuan Mirul Rozai dengan para pelabur dari bandar besar.

Maura dan Raymen juga tidak terkecuali!

Majlis ini juga turut meraikan kejayaan Maura dan Raymen yang telah menamatkan pengajian mereka dalam bidang yang Mereka minati...

Pada mulanya, kedua - duanya tidak mahu menyertai majlis ini... Tetapi di pujuk rayu oleh Tuan Mirul Rozai dan Puan Ida... Di tambah lagi mendapat sokongan dari Raymie... Akhirnya kedua - duanya bersetuju juga...

Cerita tu cerita juga...

Hanya kelibat Tuan Mirul Rozai, Puan Ida, Rayna dan Raymen sahaja dekat sini...

Manakala pula kelibat Raymie dan Maura?

JAUH DARI KEMERIAHAN MAJLIS, kelihatan sepasang suami sedang merenung air tasik yang di simbahi rembang bulan.

Patutlah tak jumpa dekat majlis tadi... Bercengkerama di tepi tasik rupanya...

"Sayang... Abang ada sesuatu untuk sayang..." Ujar Raymie setelah agak lama mereka berdua melayan perasaan tadi.

Maura menegak kan tubuh nya dari bersandar pada bahu Raymie sebelum memandang wajah Raymie dengan nada teruja.

"Apa dia, bang?"

Raymie tersenyum nipis sebelum kedua - dua belah tangan Maura di capai. Sebuah kotak baldu berwarna merah di letakkan di tapak tangan isterinya.

Berubah terus riak wajah Maura bila melihat kotak baldu itu.

"Apa ni, bang?"

Raymie tidak menjawab. Hanya senyuman tipis sahaja di pamer kepada Maura. Kotak baldu merah itu di buka.

Sebentuk cincin bertatah sebutir berlian di ambil dari dalam kotak baldu merah itu.

Hampir terbeliak mata Maura melihat rupa cincin itu.

"Apa ni, abang... Ara tak mahu lah... Mahal sangat ni!" Bantah Maura bila melihat Raymie sudah mahu menyarungkan cincin mewah itu pada jari manis nya.

"Ara sayang... Terima lah cincin ini dari abang sayang... Ini lah salah satu tanda cinta abang pada Maura... Please, sayang.." Rayu Raymie sambil menggenggam erat jari jemari isterinya.

Maura yang melihat rayuan Raymie terus menghela nafas.

"Ara tak minta semua ni bang... Cukuplah kesudian abang menerima Maura dalam kehidupan abang... Itu pun dah cukup bagi Maura..." Ujar Maura dengan suara yang mula bergetar.

Raymie yang melihat riak wajah Maura yang sudah mula berubah, pantas cincin baru hendak di sarung ke jari Maura tadi di simpan ke dalam kotak baldu tersebut. Kotak baldu itu di letak di sisinya dahulu sebelum wajah Maura yang sudah berlinangan dengan air mata di tekup dengan kedua - dua belah tangannya...

"Hei... Hei... Sayang... Pandang abang..." Wajah Maura di bawa menghadap wajahnya.

"Abang yang patut bersyukur sebab Maura tetap terima abang walaupun dah macam -macam abang buat dekat Maura... Tapi Maura still masih terima abang... Dan terima kasih sayang... Sebab sudi mengandungkan zuriat abang... Terima kasih sayang... I love you so much..." Ucap Raymie tulus sebelum dahi Maura di kucup lembut.

Tak tertanggung rasa hatinya saat ini...

Walaupun pada waktu itu, keadaan Maura boleh dianggap tidak membolehkan wanita itu untuk meneruskan kandungannya... Tetapi dengan kuasa Tuhan...

Akhirnya... Buah hati mereka, Rayna lahir ke dunia...

"I love you too, abang..." Bisik Maura perlahan tetapi sempat singgah di telinga Raymie.

Makin berderai air mata Raymie sebelum tubuh kecil Maura di peluk dengan erat.

Syukur... Akhirnya...

Setelah penantian selama 5 tahun ini...

Akhirnya, Maura mengucapkan kata cinta pada Raymie...

Dia melepaskan dakapan nya sebelum kotak baldu berwarna merah tadi di ambil. Cincin yang berada di dalam dikeluar kan sebelum di sarung ke jari manis isterinya.

Tersenyum kedua - duanya sebelum kembali berdakapan...

Ya... Betullah orang cakap...

Penantian itu satu penyeksaan...

Tapi menanti dengan penuh sabar ada ganjarannya...

Moga hubungan Raymie dan Maura kekal berpanjangan...

Amin...

-Tamat-

Akhirnya... Penantian melabuhkan tirainya hati ni... Penantian lah yang paling mencabar untuk di karang... Mengambil masa terlalu lama... Semoga kalian enjoy dengan karya dari sis... See you soon...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience