"MAURA ALLAN... SILA IKUT SAYA KE BILIK DISIPLIN SEKARANG..."
Terpacul wajah garang Sir Ting, guru disiplin di hadapan kelas mereka. Pembelajaran dihadapan dihentikan sementara.
Mata guru disiplin itu menatap garang ke arah Maura yang sudah terkulat - kulat sejak tadi. Bila melihat tatapan garang guru disiplin itu, perlahan - lahan dia bangun dari tempat duduknya.
Rakan sekelasnya yang lain tak usah cakaplah. Semua mata terarah ke arahnya sekarang.
"Yang kamu tercegat lagi dekat situ kenapa... Ikut Sir Ting sekarang..." Guru kelas yang mengajar subjek Bahasa Melayu pula mengambil alih bersuara.
Perlahan - lahan dia berjalan ke hadapan.
"Ikut saya sekarang..." Sir Ting setelah dia sampai dihadapan cikgu lelaki ini.
"Thank you Encik Aiman... Saya bawak dia ke bilik disiplin dulu..." Ujar Sir Ting.
"It's okay..." Jawab Encik Aiman ringkas.
Pantas Maura mengikuti langkah panjang Sir Ting yang sudah sedikit jauh ke hadapan.
"APA NAK JADI DENGAN KAMU NI MAURA? SAMPAI BILA NAK JADI MACAM NI?" Tanya Sir Ting setelah hampir sepuluh minit mereka berada di bilik disiplin ini.
Maura hanya diam menikus sahaja. Wajahnya di tunduk ke bawah. Soalan dari cikgunya langsung tak di jawab. Hanya didengar sepintas lalu sahaja.
Tiba - tiba pintu bilik disiplin diketuk dari luar.
"Sir Ting... Ini dia pelajar tingkatan 6 yang Sir Ting suruh saya panggil tadi..." Ujar pengawas sekolah yang ditugaskan oleh Sir Ting tadi.
Terjegul wajah Raymen, Izzu, Amrie dan Alwi dibalik pintu.
"Suruh mereka berempat masuk..." Arah Sir Ting.
Pengawas itu mengangguk lalu menyuruh keempat - empat pelajar itu masuk ke dalam bilik disiplin.
"Kamu boleh pergi..."
Sebaik sahaja mendengar arahan itu, sepantas itu juga pengawas itu keluar dari bilik disiplin. Aura di bilik disiplin sangat tidak menyenangkan.
Kelima - lima pelajar dihadapannya dipandang satu persatu.
"Saya nak tahu... Kamu semua ada masalah ke?"
Kelima - limanya masih mendiamkan diri. Mengeleng pun tidak. Mengiakan pun tidak. Hanya mematungkan diri sahaja.
Mengeluh Sir Ting bila tiada langsung jawapan dari kelima - lima pelajarnya. Kesemuanya bukan dari keluarga yang susah. Boleh dikatakan apa yang orang di luar sana tidak mampu miliki, mereka berlima yang berada di bilik ini mampu untuk memiliki segalanya.
"Kamu berlima bukannya tak pandai... Pandai... Tapi dengan attitude kamu semua macam ni... Macam mana kamu berlima nak bawa diri dekat luar nanti..."
Masing - masing masih mendiamkan diri lagi.
"Cuba kamu berlima fikir, dengan perangai kamu berlima serupa budak nakal ni, apa perasaan ibu bapa kamu... Mereka berpenat lelah hantar kamu berlima ke sekolah, tapi kamu berlima buat macam ni dekat mereka... Ini ke balasan yang kamu buat untuk mereka..." Panjang lebar Sir Ting berhujah.
Dia sebenarnya malas mahu memanggil kelima - lima pelajar ini kerana dia tahu, seberapa banyak pun nasihat yang diberi langsung tak dihiraukan. Ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Buat buang air liur aje!
" Saya tiada pilihan, saya terpaksa panggil ibu bapa kamu berlima ke sekolah sebab perangai kamu berlima dah melampaui batas..."
Terus kelima - limanya menegakkan kepala bila mendengar ayat yang diucapkan oleh guru disiplin itu.
"Kenapa? Takut?" Sindir Sir Ting. Bukan dia tak nampak reaksi gusar wajah pelajar - pelajarnya tadi bila dia berkata akan memanggil ibu bapa mereka nanti.
Para pelajarnya ini buat masalah di dalam atau di luar sekolah mesti bersebab. Sebab apa pun dia tak tahu. Jenuh dia bertanya tetapi kelima - limanya langsung tak bercerita. Masing - masing mengunci mulut.
Malah di kalangan pelajar lain, kumpulan pelajar ini sahaja yang selalu buat masalah.
"Dah... Kamu semua tunggu di bilik disiplin ini sehingga ibu bapa kamu datang..."
Hmm... Kali ini nampaknya mereka perlu menghadap kemarahan ibu bapa masing - masing.
Habislah mereka berlima kali ni!
SEBAIK SAHAJA KELUAR DARI KERETA MEWAHNYA, TUBUH RAYMEN TERUS DITARIK KASAR MASUK KE DALAM RUMAH.
Terjerit kecil Puan Ida dengan perlakuan suaminya itu.
"Kamu sini..."
Tubuh tinggi anak bongsunya dibawa masuk lalu di tolak ke arah tepi sofa.
Satu tamparan hinggap di wajah anaknya.
"Dari mana kamu belajar hisap rokok, ponteng sekolah ni hah Aymen? Siapa yang ajar kamu?" Jerkah Tuan Mirul Rozai.
Terhinggut bahu Raymen dengan jerkahan abahnya itu.
"Abang... Dahlah tu..." Halang Puan Ida. Dia tidak mahu Raymen menjadi mangsa Tuan Mirul Rozai lagi.
"Awak diam Ida... Ini antara abang dengan budak ni... Kalau awak halang abang macam ni... Sampai bila pun budak ni takkan dengar cakap kita..." Giliran Puan Ida pula disembur.
Matanya tajam memandang ke arah isterinya. Panas sungguh hatinya bila masa dia mahu mengajar, ada orang masuk campur.
Terdiam terus Puan Ida dengan semburan suaminya.
Dia kembali mengarah matanya ke arah Raymen semula.
"Abah tanya kamu... Dari mana kamu belajar buat benda tu semua? Dari mana?" Soal Tuan Mirul lagi.
Raymen hanya membatukan diri sahaja. Soalan abahnya dibiarkan begitu sahaja.
"Ooo... Kamu tak nak bagitau ye... Mari sini..."
Kolar baju sekolah Raymen di cekau dari belakang lalu tubuh anak bongsunya itu ditarik naik. Tubuh anaknya ditolak masuk ke dalam bilik stor berdekatan dapur.
"Mak Timah... Bagi saya rotan..."
"Tapi Tuan..." Mak Timah sudah menggeletar ketakutan. Belum pernah dia melihat majikannya itu naik hantu sebegini.
"Saya kata pergi ambil..."
Mak Timah pula menjadi mangsa kemarahannya.
"Ba... Baik Tuan..." Bergegas Mak Timah pergi mengambil rotan.
"Abang... Jangan buat macam ni... Kesian anak kita..." Puan Ida mencuba menghalang perbuatan suaminya tapi langsung tak dihiraukan. Wanita itu sudah tersedu - sedu menahan tangis.
Kelibat Mak Timah muncul bersama sebatang rotan yang boleh tahan panjangnya.
" Ini dia Tuan... " Mak Timah menghulurkan rotan itu kepada majikannya.
Tuan Mirul Rozai mengambil rotan itu lalu terus masuk ke dalam stor yang menempatkan anak bongsunya tadi. Pintu stor pantas ditutup.
Hayunan demi hayunan di libas ke belakang anaknya.
Mendesis Raymen bila libasan rotan itu mengenai belakang dan kakinya.
Puan Ida hanya mampu menangis sahaja. Dia tidak dapat buat apa - apa bila sudah diberi amaran oleh Tuan Mirul Rozai tadi.
Share this novel