BAB 46 -KEMATIAN DI RANCANG I-

Drama Completed 30238

KERIUHAN YANG berlaku luar di rumah bekas pengendali kes arwah mamanya menarik perhatian Maura yang baru sahaja keluar dari kenderaannya.

Perlahan - lahan langkah nya di atur menuju ke arah kerumunan orang ramai yang kelihatan riuh berbisik sesama sendiri.

Hatinya mula terasa tidak enak!

Dia mula menyusup di celahan orang ramai untuk melihat apa sebenarnya yang telah berlaku...

Buntang matanya bila melihat sekujur tubuh yang sudah ditutupi dengan kain putih di bawa keluar oleh beberapa anggota polis dari dalam rumah menggunakan sebuah pengusung.

Mulut tidak mampu bersuara bila kain putih yang menutupi tubuh itu mula terlekat dengan darah merah.

Tak mungkin!! Tak mungkin!!

Tak mungkin orang itu Azman Ali! Tak mungkin!

Hatinya tidak mahu mempercayai tubuh kaku yang berada di atas pengusung itu adalah Azman Ali!

Lututnya terasa lembik saat ini! Otaknya sudah tidak mampu untuk berfikir secara normal lagi!

Ketika dia masih lagi berada dalam keadaan terkaku, tubuhnya tiba - tiba di tarik oleh seseorang menjauhi kawasan itu.

"KENAPA ARA rahsia kan semua ni dari abang?" Suara Raymie bergema memenuhi ruang tamu banglo mewah milik mendiang Mr Allan itu.

Matanya tajam menikam wajah Maura yang masih lagi tertunduk sejak mereka pulang dari rumah Azman tadi.

Maura tidak menjawab.

Dia hanya kekal menunduk dengan jari jemari yang mula menggesel antara satu sama lain.

"Ara... Dengar tak apa yang abang tanya ni..." Raymie menyoal lagi sekali. Dia sudah pun berdiri di hadapan isterinya yang masih duduk membisu sedari tadi.

Maura masih larut dengan kebisuan nya.

Dia bukan membisu begitu sahaja...

Otak nya masih tidak mampu untuk berfikir secara rasional sekarang... Kematian Azman sungguh membuatkan dia berada dalam keadaan yang sukar dijangkakan!

Melihat kebisuan isterinya, Raymie menghela nafas panjang.

Dia mula bertinggung di hadapan Maura dan perlahan - lahan tangan kecil itu di genggam.

"Maafkan abang kalau abang meninggikan suara dengan Ara..."Ujar Raymie dengan nada lembut.

Rasa bersalah mula menjentik hati bila melihat kebisuan isterinya... Lebih - lebih lagi melihat keadaan isterinya sekarang...

"Dah jom... Abang hantar Ara masuk bilik... Rehat... "Dia bangun dari bertinggung nya dan terus tubuh wanita kesayangan nya ini di tarik perlahan mengikuti langkahnya menuju ke tingkat atas. Maura hanya menonong sahaja mengikut langkah suaminya tanpa bantahan.

Wajah nya langsung tidak berperasaan...

Rasa terkejut tadi masih lagi menghuni hatinya saat ini...

Bagi Raymie pula, biarlah Maura menenangkan dirinya dulu... Salahnya juga kerana menyoal isterinya bertubi - tubi di waktu yang kurang tepat... Dan sekarang, Maura sudah pun di suruh berehat di bilik...

Setelah memastikan Maura menenangkan dirinya, dia bergegas keluar dari bilik itu dan terus menuju ke tingkat bawah...

Telefon pintar yang berada di poket seluar di seluk pantas. Skrin telefon pintar dibuka... Nombor seseorang yang di kenali di dail dan terus di tekap ke telinga.

Deringan talian sebelah mula kedengaran sebelum suara garau seseorang menjawab panggilan tersebut.

"Helo..."

"Helo Mawi... Aku nak jumpa kau sekarang..."

"WHAT'S? ENCIK Azman kena bunuh? Kau biar betul Mie..." Ujar Hampir melantun suara Asmawi atau mesra dipanggil Mawi saat mendengar kenyataan yang keluar dari mulut sahabatnya ini. Biar betul mamat ni!

"Aku tak tipu, Wi... Encik Azman Ali... Dia mati kena bunuh semalam..." Ujar Raymie lagi.

Mawi yang mendengar berita itu sudah tersandar lemah di dada kerusi yang diduduki.

Wajah Azman Ali mula terbayang di ruang mata...

Azman Ali merupakan tenaga pengajarnya sewaktu dia menjalani latihan di pusat latihan polis dulu...

Belum lama lelaki itu menjadi tenaga pengajarnya, dia mula mendengar desas desus khabar angin yang mereka akan di tukarkan dengan tenaga pengajar yang baharu...

Sejak dari itu lah, dia langsung gagal menghubungi bekas tenaga pengajar nya itu...

Dan kali terakhir, dia mendapat maklumat yang lelaki itu sudah bersara awal dari dunia polis gara - gara tidak dapat menyelesaikan satu kes pembunuhan... Itu sahaja yang dia tahu... Selebihnya... Dia langsung tidak mengetahui.

"Aku tak tahu apa yang dah terjadi... Tapi yang aku tahu... Dia adalah bekas pegawai polis yang mengendali satu kes pembunuhan seorang wanita 10 tahun lepas..."

"Wait... Wait... Aku tak faham... Kau cakap apa... Pegawai polis yang mengendalikan kes pembunuhan seorang wanita 10 tahun lepas... Dari mana kau dapat info ni?" Tanpa sempat Raymie menghabiskan ayatnya, Mawi sudah memotong pantas.

Raymie mengeluh perlahan sebelum sebuah fail berwarna coklat di keluarkan dari beg sandangnya dan terus di sua ke arah Mawi yang sudah berkerut sejak dari tadi.

" Dalam fail ni... Tersimpan kandungan mengenai kes pembunuhan 10 tahun lepas... Tapi tak banyak yang aku tahu... Hanya yang ni aje yang aku dapat..." Beritahu Raymie.

Mawi yang mendengar kenyataan yang keluar dari mulut Raymie pantas mencapai sampul surat tersebut dan isi di dalam nya di keluar laju.

Satu persatu helaian kertas yang di keluar kan itu di baca.

Mengeluh keras Mawi saat membaca isi kandungan surat itu.

"Kau dah gila ke Mie... Kalau orang lain tahu pasal benda ni... Silap hari bulan... Kita ke dalam tau tak..." Tegur Mawi agak keras.

Muka sudah di raup kasar.

Apa yang merasuk fikiran Raymie saat ini sehingga sanggup mendapatkan sesuatu tanpa pengetahuan pihak polis?

Arghh!! Tak mampu dia nak selongkar kepala otak sahabat nya ini!

" Aku tak kisah kalau aku terpaksa ke dalam pun... Tapi... Satu aje yang aku minta dengan kau... Tolong siasat semula kes ni..."

"Hah? Apa?" Hampir melengking suara Mawi saat mendengar permintaan tidak masuk akal Raymie ini.

Confirm Raymie dah hilang akal! Dapat sesuatu bukti tak sah satu hal! Di tambah lagi dengan permintaan merepek si Raymie ni! Bertambah serabut kepala otaknya!

" Tolong aku, Wi... Tolong aku siasat kes ni semula ... Aku tak nak... Gara - gara kes ni... Aku hilang orang yang aku sayang... Tolong aku Wi..." Rayu Raymie pada sahabatnya.

Dia tidak tahu pada siapa lagi mahu meminta pertolongan... Dia tidak akan sesekali meminta pertolongan dari abahnya kerana dia tahu... Bahaya yang akan menyusul bila orang tuanya turut masuk campur... Dia tidak mahu sesuatu tidak diingini terjadi pada orang di sekelilingnya.. Jadi sekarang, biarlah dia sendiri menyelesaikannya tanpa campur tangan orang lain...

Dia dapat fakta kes ini pun atas usahanya dalam cuba untuk membantu isterinya.

Ya... Tanpa pengetahuan Maura, Raymie juga turut mencari kebenaran dengan menyiasat tentang kes pembunuhan itu...

Dan sekarang, harapannya terakhirnya adalah Mawi... Ya... Dia tahu... Menyuruh Mawi untuk melakukan ini adalah sesuatu yang tak patut dilakukan... Tapi kalau bukan Mawi... Pada siapa lagi dia mahu meminta tolong...

Mawi yang mendengar rayuan sahabatnya itu mengeluh keras untuk sekian kalinya...

Dia tidak mampu lagi untuk berfikir secara rasional.

Kalau dia melakukan ini, sah - sah dia sudah melanggar peraturan dan ketika yang telah tetapkan ini... Tapi bila melihat wajah mengharap sahabatnya yang dikenali sejak dari zaman universiti lagi membuatkan hatinya berbelah bahagi.

Setelah agak lama berfikir, akhirnya Mawi membuatkan keputusan.

"Baiklah... Aku tolong kau..."

Berubah ceria wajah Raymie saat mendengar keputusan yang di buat oleh Mawi itu.

"Terima kasih, Mawi... Terima kasih..." Ucap Raymie tulus.

Mawi mengangguk perlahan.

Ya... Akhirnya, Mawi mahu menolong sahabatnya ini... Tapi... Dalam itu juga... Dia harus menyiasat jugak berkenaan kes pembunuhan bekas tenaga pengajarnya... Alang - alang dah melanggar semuanya... Baik dia teruskan juga...

Dia ingin juga... Apa kaitan semuanya dengan kes pembunuhan 10 tahun lepas...

Nak kata pepatah... Alang - alang menyeluk pekasam... Biar sampai ke pangkal lengan...

Macam mana Mawi dan Raymie menyiasat kes ini...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience