-KENALAN DI MASA LALU MENGUNGKAP CERITA II -

Drama Completed 30112

SEKALI LAGI Raymie mengunjungi penjara dengan ditemani oleh Mawi sehingga masuk ke dalam bilik menunggu ini.

Kali lepas, dia berkunjung sendirian...

Dan kali ini, bukan dia yang membuat perjanjian untuk bertemu tetapi dari pihak Kalil... Kalil yang meminta pihak penjara untuk menelefon Raymie dan menyuruh lelaki itu datang ke penjara semula.

WAJAH TIDAK BERMAYA Kalil di pandang dengan pandangan tajam.

Wajah kusut si Kalil membuatkan dia dan sahabatnya berpandangan hairan.

Lama Kalil berdiam diri sebelum nafasnya di hela kasar.

Tubuhnya di tegak kembali semula sebelum kedua - dua tangannya di letakkan di atas meja dengan wajahnya menghadap ke arah Raymie dan Mawi.

"Josan Andris... Aku tahu siapa dia..."

Raymie dan Mawi mula menegakkan tubuh masing - masing dan mata kedua - duanya memanah ke arah Kalil.

Maka, kisah 6 bulan lalu kembali di ceritakan...

ENAM BULAN LALU...

KALIL bersama geng nya mencari tahu keberadaan Maura sekarang...

Dia dan gengnya mencari keberadaan gadis itu atas arahan seseorang yang mampu untuk memberi keuntungan kepada mereka...

Yelah... Dengan kehidupan serta kos sara hidup yang serba meningkat sekarang, kerja apa yang mereka mampu buat selain dari kerja ini...

Hmm... Alasan semua tu!

Kalau pun kos sara hidup meningkat sekarang, tak semestinya pekerjaan ini yang boleh dibuat... Banyak lagi pekerjaan lain yang boleh dibuat... Daerah penempatan mereka ini dah setanding dengan kawasan di bandar besar... Peluang pekerjaan pun semakin cerah...

Tak payah nak kelentong lah... Cakap ajelah malas nak cari kerja yang halal... Nak juga cari kerja yang haram...

Serata daerah penempatan ini di cari kelibat Maura dan akhirnya mereka dapat menemui gadis itu ketika mereka membuat rondaan di sekitar dusun durian yang agak terbiar... Kalau mencilok masuk kebun orang tu memang kepakaran mereka... Maklumlah... Samseng kan... Tu yang dapat mencilok masuk tu...

Penuh minat Kalil mengamati Maura yang sedang berbual dengan seorang lelaki yang bertubuh tinggi.

Kelihatan lelaki itu memberi arahan pada Maura sebelum lelaki itu pergi meninggalkan gadis itu sendirian di situ.

Kalil mengisyaratkan salah seorang dari gengnya untuk mengekori langkah lelaki yang berbual dengan Maura tadi sementara dia pula masih mengamati Maura dari kejauhan.

Tidak lama kemudian, geng yang di suruh tadi masuk semula ke dalam van.

"Aku dapat tahu sesuatu..." Ujar gengnya itu bersama senyuman sinis nya...

"Apa dia?"

Gengnya itu mendekatkan bibirnya ke telinga Kalil lalu membisikkan sesuatu.

Tersenyum sinis Kalil mendengar itu...

Matanya masih lagi mengamati tubuh kurus Maura...

Otaknya mula merangka rancangan...

SENJA MULA MELABUHKAN TIRAINYA...

SEBUAH KERETA WIRA berwarna hitam yang melalui jalan itu di tahan oleh geng Kalil.

Kesemua yang berada di dalam kereta wira itu di bawa keluar dari kenderaan sebelum kesemuanya dibelasah bertalu - lalu...

Mengerang orang - orang yang berada di dalam kereta wira itu akibat di belasah bertalu - talu oleh geng Kalil...

Kereta wira itu dibuka dan barang - barang yang ingin di gunakan oleh orang - orang itu dibawa keluar...

Barang - barang itu dilempar satu persatu ke arah gengnya.

"Jom... Kita cari perempuan tu dan hapuskan dia!" Ujar Kalil.

Sebelum berlalu dari situ, sempat lagi salah seorang dari orang - orang kereta wira tu di sepak sebelum mereka bergegas berlalu dari situ.

Kalil sedar yang percakapannya tadi dapat didengar oleh salah seorang yang di belasah oleh mereka tadi.

TUBUH MAURA yang sedang terbongkok mengutip buah durian di perhati lagi...

Sedang memerhati, tiba - tiba telefon pintarnya yang berada di poket seluar bergetar. Poket seluar di seluk laju dan telefon pintar itu pantas di ambil.

Terpapar nama seseorang naik di skrin telefon.

Panggilan itu pantas di jawab.

Telefon pintar pantas di tekap ke telinga.

"Kau hapuskan betul - betul budak perempuan tu... Kalau tak... Kau tahulah nasib kau nanti macam mana..." Arah orang itu sebelum panggilan pantas di tamatkan.

Pandangan Kalil pantas mengarah ke arah skrin telefon pintarnya yang sudah berubah gelap.

Arahan Josan lewat panggilan itu tadi membuatkan dia mula rasa tidak sedap hati...

Hatinya berat mengatakan yang sesuatu bakal terjadi nanti... Tapi bila teringatkan upah lumayan yang bakal mereka terima, rasa itu ditepis jauh - jauh...

SEPERTI YANG dijangka, mereka bertiga akhirnya tertangkap oleh pihak polis akibat menyerang Maura dan juga mencederakan Raymen menggunakan senjata api...

Hatinya mula berdongkol geram bila menyedari dia dan gengnya telah dipermainkan oleh Josan!

MENGELUH KESAL Kalil bila mengingatkan peristiwa itu...

"Dua orang geng aku dapat di lepaskan sebab takde bukti yang menunjukkan diorang ada kesalahan yang membolehkan mereka di tahan... Tapi aku... Aku ditahan sebab kes samseng aku dan... Kes aku tembak adik kau..." Ujar Kalil lagi.

"Kalau aku ikut gerak hati aku waktu tu... Tentu aku tak merengkok dalam penjara sekarang..." Keluh Kalil lagi.

Kerana tamak kan upah yang lumayan, dia hampir mahu meragut nyawa seseorang...

Dia tahu, walaupun dia seorang samseng... Tapi... Tak bermakna dia seorang pembunuh...

Tapi... Josan...

Josan sanggup 'mengkambinghitamkan' dia semata - mata mahu menamatkan nyawa orang tak berdosa!

Raymie dan Mawi hanya mendiamkan diri sahaja saat mendengar luahan Kalil itu...

Ya.. Semua orang tahu... Terlajak perahu boleh di undur, terlajak perbuatan... Tengoklah apa yang dah jadi dengan lelaki ini sekarang...

"Kau tahu tak... Apa yang Josan dah buat sekarang..."

Berkerut dahi Kalil bila Raymie mula menyeru nama Josan...

"Apa yang dia dah buat?"

"Dia dah bunuh mantan seorang pegawai polis dan juga... Bapa Maura..."

"Hah? Apa?" Hampir tak bernafas Kalil saat mendengar ayat yang keluar dari mulut Raymie itu.

Josan? Apa yang lelaki jahanam tu dah buat kali ni?

"Ya... Kami dah sahkan... Tapi kami tak tahu lagi tempatnya dimana sekarang..." Ujar Mawi pula.

Kalil pula, mengetap gigi menahan amarah akibat perbuatan Josan yang sudah melampaui batas...

Tak cukup lagi dah buat hidup dia merana dalam penjara ni... Sampai kan nak membunuh pula...

Betullah kata Raymie kelmarin...

Josan bukan manusia... Tapi pemangsa... Pemangsa yang mempunyai otak yang psiko!

"Sekarang.. Aku nak tahu dari kau... Kau tahu apa - apa tempat tak... Yang boleh buat petunjuk untuk cari Josan ni..." Korek Mawi.

Kalil menunduk dan seperti nya memikirkan sesuatu...

Kepalanya pantas di panggung bila nama sebuah tempat mula terlintas di fikirannya...

" Kilang Punaning... "

" Kilang Punaning? Kilang apa tu? "

" Kilang buat kain... Tapi rasanya kilang tu dah tutup... Dekat kilang tulah aku jumpa dia buat pertama kali..." Ujar Kalil...

"Betul ni?" Raymie bertanya lagi untuk meminta kepastian lagi dari Kalil. Manalah tahu, Kalil berbohong pula... Mamat samseng ni mana boleh percaya sangat!

"Ya... Serius... Aku tak tipu..." Jawab Kalil bersungguh - sungguh tanda dia tidak berbohong dalam soal ini...

"Baiklah... Kalau betul nama tempat yang kau bagi ni... Kitorang akan siasat... Tapi... Satu perkara yang kau kena ingat Kalil..."

"Dalam perbicaraan kau lagi tiga hari... Aku nak... Kau ungkapkan segala apa yang kau bagi tahu kami dekat mahkamah nanti... Dan apa yang kau ungkapkan itu boleh meringankan hukuman kau dan juga boleh menyelamatkan nyawa orang yang tak bersalah..." Nasihat Raymie.

Ya... Dia berharap sangat yang Kalil dapat mengungkap kan siapa sebenarnya Josan Andris!

" Ya... Jangan risau... Aku akan ungkapkan segalanya nanti... "Janji Kalil.

Raymie dan Kalil berjabat tangan...

Raymie sudah memegang janji nya Kalil dan...

Dia juga berharap...

Kalil juga memegang janjinya untuk mengungkap cerita dan kebenaran!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience