BAB 28 - CINTA MULA BERPUTIK -

Drama Completed 30112

PROJEK USAHA SAMA antara kilang sawit milik Raymie dengan seorang usahawan dari Perak terpaksa dibatalkan gara - gara hujan lebat tanpa henti sejak dari pagi tadi.

Pada masa yang sama juga, dia mendapat panggilan dari kedua - dua orang tuanya yang membawa adiknya atas temujanji dengan pihak hospital mengatakan mereka tidak dapat pulang kerana jalan utama yang mahu masuk ke dalam daerah penempatan mereka ini sudah di naiki air.

Mereka juga berkata, kenderaan yang mereka naiki tidak dapat meredah air kerana paras air terlalu dalam. Mereka bertiga terpaksa menempah hotel yang berdekatan untuk berteduh sementara. Ekoran dari hujan lebat tanpa henti ini, beberapa kawasan rendah mula dinaiki air.

RAYMIE TERUS PULANG ke rumah sebaik sahaja usaha sama itu dibatalkan buat sementara waktu. Terdetik juga hatinya, di mana usahawan ini mahu tinggal bila keadaan jalan utama sudah di naiki air. Usahawan itu memberitahu, dia sudah menyewa satu rumah. Lega hatinya bila mendengar khabar itu.

Pintu rumah dibuka. Keadaan dalam rumah yang gelap gelita menyapa dirinya. Walaupun jam baru menunjukkan pukul 4:30 petang, dengan keadaan hujan hujan lebat di luar membuatkan suasana dalam rumah terasa kelam. Dia masuk dengan wajah pelik.

"Mana pulak perginya minah ni? Dengan lampu tak pasang..." Bebel Raymie. Pintu rumah kembali di tutup. Dia langsung melangkah menuju ke dapur. Lampu dapur di buka. Kelibat Maura tidak kelihatan. Dia berlalu pula menuju ke bilik gadis itu yang berdekatan dengan ruang dapur. Pintu bilik gadis itu dibuka. Tiada juga!

"Maura...." Panggil Raymie setelah pintu bilik gadis itu ditutup. Serata tempat dia mencari tetapi tetap tiada juga.

"Maura... Kau jangan main - main dengan aku..." Raymie bersuara lagi. Tetapi langsung tiada jawapan. Kemudian dia menaiki tangga menuju ke tingkap atas. Ruang atas juga di cari kelibat Maura tetapi hasilnya sama aje. Kelibat gadis itu langsung tak kelihatan.

Tombol pintu biliknya dipulas. Tubuh Maura yang sedang lena dalam keadaan terlentang terpampang di hadapan matanya.

"Patut aku cari tak jumpa... Tengah landing atas katil aku rupanya..." Rungut Raymie. Beria - ria lah dia mencari tadi, alih - alih tengok sedap aje budak ni landing atas katil. Dalam bilik dia pulak tu!

Pintu bilik di tutup perlahan. Dia melangkah perlahan menuju ke arah Maura yang sedang tidur terlentang itu. Tangannya yang baru mahu mencecah tubuh Maura untuk mengejutkan gadis itu terhenti apabila bila melihat gadis itu tidur terlalu lena. Yang tak boleh tahannya, siap berdengkur dengan mulut ternganga lagi!

Pantas dia menarik semula tangannya bila telinganya menangkap dengkuran halus.

'Kesian pulak aku tengok budak ni... Letih agaknya... '

Melihat gadis itu tidur kepenatan dalam keadaan tidak selesa, dia mengambil keputusan untuk mengubah posisi tidur gadis itu agar berasa selesa sedikit. Tubuh kecil molek milik Maura di angkat ke atas sikit.

Entah macam mana dia tersilap langkah membuatkan dia terdorong ke depan sehingga wajahnya dengan wajah Maura hampir bertembung. Tetapi Maura tiada reaksi langsung. Dia tetap dengan lenanya. Tidur mati gayanya ni!

Raymie menarik nafas lega. Mujur Maura ni tak terjaga. Kalau tak, mana dia nak sorok mukanya yang dah merah padam ni. Wajah Maura yang sedang terlena di pandang ralit. Hatinya merasa sesuatu bila menatap wajah gadis ini. Lebih - lebih lagi bibir gadis itu. Bibir yang selalu membuat dia hilang kawalan.

Terlintas kejadian di mana dia mencium bibir gadis itu semasa Maura melanggar peraturan yang ditetapkan. Waktu itu, tiada rasa apa pada gadis ini.

Perlahan - lahan dia mendekatkan bibirnya pada bibir merah milik Maura.

Sedikit lagi ingin bersatu.

Sedikit lagi ingin bercantum.

Dan akhirnya, bibirnya berlabuh tepat di sasaran.

Terpaku Raymie dengan tindakannya sendiri. Bibir Maura berada dalam kawalannya sekarang. Rasa halus mula menjalar dalam hatinya. Rasa yang tidak pernah dirasai selama ini.

Pantas dia melarikan bibirnya bila teringat akan sesuatu. Tubuhnya juga dilarikan jauh sedikit dari Maura.

'Aku tak patut cium dia...' Bisik Raymie sendirian. Wajah Maura yang terlena di pandang lagi. Kali ini di pandang dengan penuh rasa meliat dan benci. Nampaknya, Raymie kembali menyuburkan dendamnya yang melayu sebentar tadi.

'Aku tak patut ada rasa ni dekat perempuan ni...' Otaknya mula memanipulasi rasa dendamnya.

'Kau patut ada rasa sayang dekat dia... Dia kan isteri kau...' Akalnya pula mengambil alih.

'Dia bukan isteri aku... Dia hanya isteri atas kertas aje... Isteri yang tak pernah aku iktiraf...' Otak kembali menyemarakkan lagi api kebencian.

'Kau tak boleh buat macam tu... Dia dah insaf sekarang... Apa pun... Dia tetap isteri kau... Yang halal untuk kau sentuh...' Akal bersuara.

'Aku takkan sentuh perempuan yang telah menghancurkan hidup aku...' Ligat otaknya membidas.

'Dia dah insaf dan kau kena ingat satu perkara... Jangan kau menyesal kemudian hari atas apa yang kau dah buat dekat dia sekarang...'

Tersandar Raymie di tepi dinding bila kata hatinya berkata begitu.

Wajah Maura yang terlena di pandang sekali lagi. Tapi dengan rasa yang kian mencengkam di hati.

"MAURA!!!"

Maura yang sedang menyusun sarapan di meja makan bergegas naik ke tingkat atas bila suara petir Raymie bergema dari tingkat atas. Nasib baik sarapan awal dia dah siapkan.

"Ya encik..." Jawab Maura termengah - mengah di hadapan pintu bilik Raymie. Mana tak semputnya, berlari dari tingkat bawah ke tingkat atas. Naik sesak dah dadanya sekarang.

"Aku nak kau iron baju aku..." Suruh Raymie. Dia selamba saja bertuala di hadapan Maura menyebabkan gadis itu menunduk wajahnya ke bawah. Wajah Maura sudah mula merah bila melihat dada bidang Raymie yang terpampang di hadapan matanya.

Eleh... Malu lah tu kononnya... Dulu... Lelaki ni macam ni jugak... Tak pakai baju... Siap kau peluk lagi... Sekarang baru ada rasa malu... Otaknya mengejek.

Itu dulu... Aku belum matang lagi... Sekarang... Aku dah matang... Bidas akalnya pula.

"Kau dengar tak apa yang kau cakap tadi..."

"Ya... Ya... Saya dengar encik..." Bergegas dia mencapai baju kemeja warna hitam yang terdampar di atas katil.

"Eh... Kau nak bawak baju tu pergi nak mana?"

Tak jadi Maura mahu melangkah keluar bila Raymie bertanya.

"Nak pergi bilik seterika lah... Nak iron..." Jawab Maura dengan kerutan dahi.

"Tak payah pergi bilik seterika tu... Kau pergi dekat bilik sebelah almari aku tu... Situ aku ada sediakan bilik seterika baju... Kau pergi iron dekat situ..." Arah Raymie.

Maura hanya menurut sahaja. Dia berlalu menuju ke bilik yang di maksudkan oleh Raymie tadi.

Tak sampai 3 minit, kemeja hitam milik Raymie sudah siap diseterika. Kemeja yang sudah siap di bawa keluar dari bilik itu. Tubuh tidak berbaju milik Raymie menghiasi pandangan matanya saat dia keluar dari bilik seterika. Tuala yang membaluti pinggang lelaki itu sudah tiada tetapi di ganti pula dengan seluar jeans. Warna yang sama dengan warna kemejanya.

"Baju saya dah siap iron... Saya dah letak atas katil..." Beritahu Maura.

Raymie hanya mengangguk sahaja. Dia masih sibuk merapikan rambutnya.

"Kalau takde apa lagi... Saya keluar dululah..." Dia sudah berkira - kira mahu keluar dari bilik itu. Dia tidak betah berdua - duaan dengan lelaki ini.

Bila Raymie tidak memberi sebarang reaksi, laju saja Maura melangkah keluar dari bilik lelaki itu. Malas mahu lama - lama di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience