MAURA MASIH setia menunggu kelibat Raymen di tempat mereka selalu melepak. Dia mundar mandir sambil menggigit kukunya. Itulah tabiatnya bila dalam keadaan gelisah walaupun Raymen ada menegurnya. Tetapi dia tetap dengan tabiatnya itu.
"Hish! Mana pulak mamat ni... Batang hidung pun langsung tak nampak..." Rengus Maura bila kelibat Raymen langsung tak kelihatan. Telefon pintar di poket di seluk. Nombor telefon Raymen didail lalu di tekap ke telinga.
Mendecit kegeraman dia bila panggilan yang dibuat masuk ke dalam peti simpanan suara. Kalau tidak di beritahu oleh bapa Raymen, tentu sampai sekarang dia tidak tahu yang Raymen sudah ditukar ke sekolah di bandar besar.
Baik aku pergi rumah dia... Cari dia... Dari tunggu dia dekat sini macam tunggul kayu... Rumus Maura. Kakinya di ayun laju menuju ke rumah Raymen.
PADA MASA YANG sama juga, Raymen sedang duduk termenung di ruang tamu. Beg pakaian serta barang keperluan lain sudah dibawa masuk ke dalam kereta. Hanya hatinya yang terasa berat untuk tinggalkan tempat ini. Lebih - lebih lagi tinggalkan Maura dalam keadaan gadis itu sekarang.
Perpindahannya adalah rancangan perniagaan dari mamanya. Perbualan dengan mamanya seminggu lepas kembali menerjah kotak fikirannya.
"Mama nak kamu pindah sekolah ke bandar besar..."
Terhenti tingkah Raymen bila mamanya bersuara.
"What? Pindah sekolah dekat bandar besar?"
"Ya... Mama dah uruskan pun surat tukar Aymen tu..." Ujar Puan Ida dengan selamba.
"Aymen tak nak pindah..."
Empat patah perkataan yang keluar dari mulut Raymen itu terus menggelegakkan hatinya.
"Kamu tetap pindah..."
"NO... Aymen tak nak... Mama jangan nak paksa Aymen..." Raymen masih berkeras. Dia tidak tega untuk meninggalkan Maura sendirian di sini.
"Kamu jangan degil Aymen... Kalau kamu degil jugak... Mama tak jamin apa yang akan jadi dekat budak perempuan tu nanti..." Ugut Puan Ida.
Tergamam Raymen bila mendengar ugutan mamanya itu.
"Jadi mama rancang semua ni untuk jauhkan Raymen dengan Maura... Macam tu?"
Puan Ida hanya diam tanpa berminat untuk menjawab persoalan anaknya.
"Jadi... Mama harap Aymen bersedia untuk ke sekolah baru nanti..." Puan Ida mengubah topik.
"Ok... Mama keluar dulu..." Belum sempat dia melangkah keluar dari bilik bujang anaknya, Raymen sudah menghalang langkahnya di hadapan pintu.
"Ma... Please jangan paksa Aymen macam ni... Aymen nak tinggal dekat sini... Aymen tak nak pindah..."
Pantas kata - kata anaknya dipotong.
"Kamu jangan nak cabar kesabaran mama ya Aymen... Mama nak jauhkan kamu dari budak perempuan tu ada sebab... Sebab mama tak nak anak mama jadi rosak akhlak macam dia!" Fuh! Ayat Puan Ida. Menusuk ke hati betul.
Kesian Maura... Dilabel sebagai budak rosak akhlak... Padahal dia bukan macam tu pun...
" Mama bagi amaran dekat kamu ya Aymen... Mulai hari ni... Jauhkan diri kamu dari dia... Jangan lagi berhubung dengan budak tu... Kalau tak, tahulah nasib budak tu macam mana..." Puan Ida mengugut lagi. Matanya mencerlang tajam ke arah wajah anak bongsunya sebelum keluar dari bilik itu.
Deheman seseorang dari belakang menyedarkan Raymen dari lamunannya.
" So, kau dah bersedia untuk ke sekolah baru?" Raymie bertanya kepada adiknya. Ada nada sinis dalam soalannya itu. Raymen yang mendengar soalan abangnya hanya buat tidak tahu sahaja. Malas nak layan.
Dia terus mencapai beg galasnya lalu keluar dari ruang tamu itu menuju ke luar rumah tanpa mempedulikan abangnya masih berdiri di situ.
Sampai di luar rumah, kelihatan Puan Ida sedang mengarah sesuatu kepada pemandu mereka manakala kelibat Tuan Mirul Rozai pula hanya berdiri di satu sudut tanpa berminat untuk mencampur urusan isterinya.
"Kamu dah siap Aymen?" Tanya Puan Ida bila melihat kelibat anak bongsunya sudah berada di luar rumah. Di ikuti oleh Raymie dari belakang.
Raymen hanya mengangguk perlahan sahaja. Tidak semangat untuk menjawab. Kalau diikutkan hatinya, dia memang tidak mahu pindah. Tetapi teringat akan ugutan Puan Ida tempoh hari, terpaksa jua dia mengikut. Ugutan mamanya itu jangan dibuat main. Kalau dilanggar, buruk padahnya.
"Muka dah macam asam kecut... Maklumlah tak sampai hati nak tinggalkan buah hati dekat sini..." Sindir Raymie dengan selamba. Raymen menjeling tajam kepada abangnya. Kalau tak kerana adanya Puan Ida dengan Tuan Mirul Rozai di sini, memang dah pecah muka si Raymie ni makan penumbuknya. Kalau cakap tak sakitkan hati orang tak sah!
"Hish kamu ni Mie..." Marah Puan Ida. Pantas tangannya menampar bahu anak sulungnya. Raymie hanya tersengih sahaja bila melihat wajah tak puas hati adiknya. Puas hatinya bila dapat mengenakan adiknya itu. Puas juga bila akhirnya adiknya itu boleh jauhkan diri dari Maura. Entah kenapa dia tidak pernah menyetujui keakraban antara Raymen dengan Maura.
"Aymen pergi dulu... Ma... Abah..." Ujar Raymen pantas. Dia tidak mahu kesabaran yang semakin tipis ini terjejas gara - gara ulah si Raymie itu. Tangan mama dan abahnya disalam. Hanya tangan abangnya saja tidak di salam walaupun mendapat jelingan tajam dari mamanya. Dia hanya buat tak tahu sahaja. Menang tak lah dia nak salam tangan mamat mulut celupar ni!
"Jaga diri dekat sana..." Tuan Mirul Rozai menepuk belakang badan anak bongsunya. Dia ada juga cuba untuk berkomunikasi dengan isterinya berkaitan hal Raymen ini tetapi mendapat reaksi sebaliknya bila Puan Ida tetap juga untuk menukarkan anak bongsu mereka ke sekolah di bandar. Dia tidak dapat untuk berbuat apa-apa bila Puan Ida sudah menentukan semuanya. Dia alasan isterinya itu. Alasan isterinya adalah untuk menjauhkan Raymen dari Maura, satu - satu sahabat karib perempuan anak bongsunya selain dari sahabat lelaki.
Raymen hanya mengangguk mendengar pesan dari abahnya. Pintu kereta dibahagian penumpang dibuka lalu di tubuh tingginya dihenyak di kerusi penumpang. Pintu kereta di tutup.
Kereta mula bergerak keluar dari perkarangan rumah banglo mewah itu. Puan Ida melambai - lambai ke arah anaknya yang sudah jauh ke hadapan.
Kereta sudah mula bergerak menuju ke jalan utama. Kereta Raymen melintasi figura Maura yang baru sahaja sampai dijalan utama berhampiran rumah Raymen.
"Raymen!!!"
Menjerit nyaring Maura bila melihat kelibat Raymen didalam kereta yang senang melintasinya. Terkocoh - kocoh dia mengejar kenderaan yang sudah menjauh di hadapannya.
"Encik... Kita nak berhenti ke?"
Tanya si pemandu bila melihat kelibat seorang gadis sedang mengejar kenderaan yang mereka naiki.
"Tak payah... Teruskan aje memandu..." Halang Raymen. Matanya terarah ke luar tingkap.
"Baik encik..." Jawab si pemandu lalu kakinya menekan pedal minyak untuk meningkat kelajuan. Kereta itu semakin laju membelah jalan raya.
Terhenti Maura bila kereta yang Raymen naiki sudah meluncur laju di hadapan. Tercungap - cungap dia menahan nafas. Terduduk dia disitu bila hajatnya untuk berjumpa dengan sahabat karibnya untuk kali terakhir tidak kesampaian.
Air mata sudah mula mengalir menuruni wajahnya yang berpeluh.
"Sampai hati kau tinggalkan aku Raymen... Sampai hati..." Ujar Maura bersama esak tangis yang semakin kuat. Dia tidak percaya yang Raymen setega ini meninggalkan dirinya terkapai - kapai sendirian. Dimana lagi dia perlukan pertolongan saat dia hadapi kesusahan nanti?
Pada masa yang sama juga, hati Raymen merintih bila melihat kelibat Maura yang sekuat tenaga mengejar kenderaannya tadi.
Aku minta maaf Maura bila tinggalkan kau macam tu aje... Ada pergi ni pun ada alasannya... Aku tak nak kau dapat susah gara - gara tindakan aku ni...
Maafkan aku...
Share this novel