BAB 53 - DI TEMUKAN I-

Drama Completed 30112

BERKAT JASA Mawi and the gang, jejak Maura telah di temukan...

Selesai sahaja melawat adiknya di hospital, dia bergegas ke balai untuk menemui Mawi and the gang...

"NO, MIE... DEKAT SANA bahaya... Kau tak boleh ikut serta dalam misi ni..." Bangkang Mawi bila Raymie memberitahu mahu menyertai dalam misi penyelamatan Maura.

"Please, Wi... Tolong benarkan aku ikut serta dalam misi ni... Maura perlukan aku, Wi.. Dia perlukan aku..." Rayu Raymie pada rakannya itu.

Pantas Mawi menggeleng kepala nya tanda tidak menyetujui dengan saranan Raymie ini.

"No... Aku cakap tak boleh... Tak boleh maknanya... Kau dalam fasa pemulihan Mie... Kau pun cedera juga kan sekarang... Jadi... Ada baiknya kau balik ke hospital dan rawat balik kecederaan yang alami..." Pujuk Mawi pada sahabatnya.

"Kau balik lah ke hospital semula... Rawat luka kau... Tentang Maura... Kami ada untuk menyelamatkan dia... Percayalah pada kami..." Ujar Mawi lagi. Bahu Raymie di tepuk perlahan sebelum meninggalkan Raymie yang masih termangu - mangu dengan keputusan nya tadi.

Kali ini...

Awi benar - benar menggunakan kuasa vetonya sebagai ketua!

Baik... Kau tak benarkan aku sertai misi ini...

Kau lupa aku siapa, Wi... Walau apa pun terjadi... Aku akan tetap selamat kan isteri aku... Itu janji aku...

Tangan nay di kepal menandakan amarahnya sampai di kemuncak!

MAURA SUDAH KELETIHAN MENYELUSURI semak samun yang sepertinya tidak berpenghujung ini! Perut nya sedang menyucuk kesakitan di tekap...

Anak mama... Tolong bertahan dengan mama, sayang!

Jangan mengalah!

Maura meniup kan semangat pada nyawa yang sedang membesar di dalam rahimnya ini!

"MAURA SAYANG!! WHERE ARE YOU, DEAR??" Kedengaran sayup - sayup suara Josan menyeru namanya.

Maura menggelupur ketakutan sebelum bersembunyi di sebalik batang pokok yang agak besar dan terlindung sedikit dari pandangan mata orang!

"Haih... Mana pulak dia pergi ni!" Pantas Maura menekup mulut sendiri bila suara Josan mula kedengaran berhampiran dengan tempat persembunyiannya!

Kedengaran nafas lelaki itu tercungap - cungap.

Menahan kepenatan mungkin!

Seketika kemudian, sayup - sayup kedengaran siren kereta polis datang arah villa Josan!

"Sial!! Macam mana polis jumpa tempat persembunyian aku ni!" Sumpah Josan tetapi dapat di dengari oleh Maura di sebalik pokok!

"Tak guna punya perempuan! Siaplah kalau aku jumpa kau... Memang aku akan bantai kau cukup - cukup!" Maki Josan lagi sebelum berlalu pergi dari situ.

Maura mengeluh kelegaan bila kelibat Josan sudah tidak kelihatan.

Tetapi kelegaan nya tidak bertahan lama bila mulutnya di tekup oleh satu tangan kekar dari arah belakang.

Meronta - ronta dia mahu melepaskan diri dari tekupan orang ini!

Rontaan makin mengendur bila satu suara yang amat di kenali menerobos ke gegendang telinganya.

"Hei, Sayang! Ini abang, sayang... Ini abang!"

Pantas Maura menoleh ke belakang sebelum wajah lesu Raymie terbias di bawah cahaya bulan malam.

"Abang??"

Tersekat - sekat Maura menyeru nama Raymie. Wajah lesu Raymie di usap perlahan sebelum dia merebahkan Tubuhnya ke dalam dakapan lelaki ini.

"Abang... Maura takut, bang... Maura takut!" Tangisan Maura mula pecah dalam dakapan Raymie.

"Hush... Sudah sayang... Jangan menangis lagi... Abang ada untuk sayang... Dah... Jangan menangis..."Pujuk Raymie. Rambut lurus isterinya di elus perlahan.

Mereka berdua mula meleraikan pelukan masing - masing.

"Dah... Jom kita pergi dari sini sebelum si psiko tu dapat jumpa kita..." Ujar Raymie sebelum menggenggam tangan isterinya.

Tak jadi dia mahu melangkah di situ bila kedengaran desisan kesakitan keluar dari mulut Maura.

"Kenapa sayang... Sayang sakit ke..."

"Abang..." Panggil Maura dengan nada bimbang sebelum matanya mengarah ke arah celah kangkang nya. Raymie turut ikut melihat ke arah yang di lihat oleh Maura itu.

Terkedu dia bila melihat darah semakin memenuhi seluar jeans yang dipakai Maura.

"Abang... Anak kita... Anak kita..." Ujar Maura dengan suara yang tertahan - tahan. Kesakitan semakin lama semakin menyucuk di perutnya. Wajahnya juga sudah semakin pucat!

Anak??

Adakah Maura mengandung sekarang??

Raymie tidak dapat berfikir dengan normal lagi sebelum tubuh isterinya di gendong ke belakang Tubuhnya.

Belum sempat dia mahu membawa Maura keluar dari situ,

Bangg!!

Satu tembakan hampir mengenai mukanya dan peluru itu terus terlekat ke batang pokok.

Raymie tidak sempat mengimbangi tubuh nya serta Maura dan membuatkan kedua -dua nya jatuh ke atas tanah.

"Arghh!!"

Mendesis kesakitan Raymie bila ranting kayu yang tajam menikam belakang Tubuhnya.

Manakala Maura yang tersungkur di sebelah sudah semakin lemah!

"Maura..." Seru Raymie sampai mengesot ke arah isterinya yang sedang memegang perut dengan wajah Berkerut menahan kesakitan. Tubuh wanita itu dibawa ke dalam dakapannya.

"Hishhh!!! Tak kena pulak!" Decit Josan sambil memeriksa senjata apinya.

Wajah cemas Raymie dipandang dengan riak menyampah!

"Kenapa lah nyawa korang berdua ni liat sangat ya... Sakit betul hati aku!"

Raymie tidak mempeduli kan kata - kata Josan! Yang dipedulikan sekarang adalah keadaan Maura!

Josan mendengus geram bila kata - katanya langsung tak di ambil pusing oleh Raymie. Langkah panjangnya pantas di atur menuju ke arah Raymie sebelum sisa ranting kayu yang terpacak di bahu Raymie ditekan lebih dalam lagi.

"Arghhhh!!!" Menjerit nyaring Raymie bila diperlakukan sebegitu.

Maura yang berada dalam keadaan kesakitan perlahan - lahan bangun dan lantas mendorong tubuh Josan dengan sekuat tenaga dari terus menyakiti Raymie.

Josan tidak dapat mengimbangi Tubuhnya lalu jatuh terlentang ke belakang. Mendesis lelaki psiko itu bila belakang kepalanya bertemu tanah. Dia bingkas bangun bila keadaan nya semakin reda.

"Tak guna kau, Maura! Dah nyawa - nyawa ikan pun masih lagi nak tentang aku... Sekarang... Aku nak kau rasa macam mana kehilangan orang yang kau sayang!" Muncung pistol di acukan ke arah Raymie yang kesakitan sebelum,

Bangg!! Bang!! Bang!!!

TIGA das tembakan kedengaran!

Terkedu Raymie bila melihat tubuh Josan melorot jatuh ke bawah sebelum tertiarap di atas tanah.

Sesatu yang menitik di atas tangan menyebabkan dia memandang ke arah Maura semula.

Maura sudah terkulai tidak sedarkan diri di dalam dakapannya. Belakang tubuh wanita itu membuak keluar darah dari bekas tembakan yang di buat oleh Josan sebelum lelaki itu di tembak mati oleh Mawi.

"Sayang!!!" Panggil Raymie sambil menepuk perlahan wajah pucat Maura.

Dia sudah mengongoi di situ!

Kenapa Maura? Kenapa perlu selamatkan dia?

Itu sahaja yang dia ingat sebelum dia terjelepok pengsan di sisi Maura!

Bisa dari sisa ranting kayu yang di tekan oleh Josan tadi membuatkan dia tewas juga.

Kedengaran suara keras Mawi mengarahkan pada pasukan penyelamat untuk memberi rawatan awal kepada pasangan suami isteri itu.

Seketika kemudian, kawasan VILLA dan kawasan hutan disekitar mula riuh rendah dengan siren ambulans dan polis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience