BAB 48 - KEMBALINYA SESEORANG DARI PERANTAUAN I -

Drama Completed 30112

SELEPAS berjumpa dengan Kalil di penjara, Raymie terus menghantar Mawi ke tempat kerjanya...

Kerja bukan sebarang kerja, dah tentu si Mawi tu akan sibuk nanti gara - gara nak cari tahu apa tempat yang di sebut oleh Kalil tadi... Dah dia sahaja harapan Raymie... Nak buat macam mana... Kena ikutkan lah...

Selepas menghantar Mawi, Raymie mula memandu kenderaan nya keluar dari perkarangan balai polis tempat Mawi bertugas.

Tapi kenderaan nya tidak terus menuju ke banglo mendiang Mr. Allan tempat dia dan Maura bermastautin sekarang sebaliknya dia terus melencong ke arah rumah agam milik ibu bapanya...

KERETA TERUS di parkir betul - betul di hadapan rumah agam itu. Enjin kereta di matikan dan dia terus keluar dari perut kereta.

Bebola matanya tiba - tiba tertancap pada pintu utama rumah agam yang terbuka luas. Matanya mula meliar memandang sekeliling rumah.

Perasaannya mula terasa tidak enak!

Dia balik sini pun sebab mahu mengambil barang peribadinya di rumah agam ini... Alih - alih bila dia sampai, pintu utama pula tiba - tiba terkuak luas.

Langkahnya di atur perlahan menuju ke arah pintu utama rumah. Matanya tak lepas dari memandang sekeliling. Karang tiba - tiba ada orang serang hendap, mahu dia mati katak dekat situ!

Matanya tidak sengaja terlihat pada sebatang besi yang tersorok pada salah sebuah pasu bunga milik mamanya... Biasalah Puan Ida kan... Kalau berkebun sampai tak daya nak bangun tu memang dia lah orangnya... Sebab tulah batang besi tu di simpan di tempat tersorok... Mudah nanti bila dia rasa kekejangan... Batang besi itu ada untuk menampung tubuhnya... Berbuih juga mulut Raymie bila dia menggunakan batang besi itu... Bahaya katanya... Ada aje si Raymie buat tongkat kayu untuk dirinya... Tapi... Itulah.. Hanya di pandang sebelah mata aje...

Dan sekarang, batang besi itu berguna juga untuk dirinya saat ini...

Batang besi itu di capai sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah.

Tangan nya erat memegang batang besi itu...

Ruang tamu kelihatan sunyi dan agak gelap di perhati tajam. Batang besi masih tidak lepas dari tangannya.

Cuping telinganya seperti mengesan bunyi sesuatu menapak dari arah belakang. Dan serentak itu juga dia berpaling belakang dan batang besi itu di ayun tinggi ke arah bunyi yang di dengari tadi.

Jeritan garau seseorang serta merta menghentikan tindakannya.

"Wooo... Woo... Bang... Jangan pukul aku!"

Batang besi yang di mahu di ayunkan tadi di turunkan perlahan sebelum matanya memanah ke arah orang yang menyeru dirinya tadi.

Bulat mata nya melihat susuk tubuh seseorang yang amat dikenali berada di hadapannya.

"Raymen???"

"ARA... Mak Som dah siap masak... Mari turun makan..." Panggil Mak Som di balik pintu bilik Maura.

Maura yang ketika itu sedang termenung di tepi jendela pantas menjawab panggilan wanita itu.

"Ya... Baik Mak Som... Nanti Ara turun..."

"Hmm... Yelah... Mak Som turun dulu..."

Maura kembali mengeluh bila suara pembantu rumahnya sudah senyap di balik pintu.

Matanya kembali fokus pada pemandangan di luar jendela.

Peristiwa yang berlaku pada Azman Ali masih lagi terbayang di ruang mata walaupun kejadian itu sudah seminggu berlalu...

Ya.. Sejujur nya... Hatinya masih tidak mampu untuk menerima apa yang terjadi pada lelaki itu... Di kala dia hampir menemui siapa pembunuh mamanya, orang yang bertanggungjawab dalam kes mendiang mamanya di bunuh dengan kejam...

Dia mengeluh untuk sekian kalinya...

Tiba - tiba dia teringat akan suaminya Raymie...

Sejak dari seminggu lalu, Raymie dilihat kerap keluar rumah... Menjelang tengah malam sahaja kelibat Raymie dapat dilihat... Itu pun.. Waktu dia dah terlena...

Bila dia menyatakan mahu keluar rumah untuk berjalan - jalan, hanya bantahan keras sahaja yang keluar dari mulut lelaki itu... Siap menyuruh Mak Som lagi untuk melaporkan bila dia melanggar bantahan lelaki itu...

Sehingga dia naik rimas bila terkurung dalam rumah banglo ini tanpa berbuat apa - apa...

Apa agaknya si Raymie buat dekat luar tu...

Maura mengeluh lagi sebelum perlahan - lahan melangkah keluar dari biliknya...

"APSAL kau ada dekat sini? Bukannya kau ada dekat tempat orang ke sambung belajar?" Setelah keadaan kembali tenang, tanpa tertangguh Raymie terus menyoal adiknya.

"Aku balik ni pun ada sesuatu yang aku kena pastikan..." Jawab Raymen bersahaja sambil menyandarkan tubuh nya pada badan kereta Raymie.

Raymie yang turut menyandar tubuhnya di sebelah pantas berdiri tegak di hadapan adiknya.

Wajah Raymen yang sedang menikmati suasana petang itu di pandang tajam.

" Kau nak pastikan apa..."

Raymen mendiamkan diri sebelum perlahan - lahan ayat abangnya di jawab.

"Aku nak pastikan siapa pembunuh arwah untie Mida..."

Berubah terus wajah Raymie saat mendengar ayat yang keluar dari mulut adiknya.

"Apa kau cakap? Nak pastikan pembunuh arwah Untie Mida?"

"Yup..." Jawab Raymen bersama anggukan perlahan.

"Aku tak faham lah, Aymen... Apa yang dah berlaku ni... Macam mana kau tahu semua kes ni..." Tidak dapat tidak, akhirnya Raymie menyoal juga pada adiknya.

"Bang... Aku dah tahu lama dah kes ni... Cuma waktu tu... Kami masih remaja lagi... Tak tahu lagi nak buat apa... Lagipun... Arwah papa Maura, Mr. Allan... Macam tergesa - gesa nak tutup kes tu..." Jelas Raymen.

Raymie mengeluh perlahan sebelum tubuhnya kembali di sandar pada badan kenderaan di sebelah adiknya.

"By the way... Mama, abah dan yang lain pergi mana... Aku tak nampak pun masa aku sampai tadi..." Soal Raymen dengan matanya meliar memandang sekitar luar rumah mencari kelibat orang tuanya.

Yelah... Siapa tak hairan bila sampai aje tadi, keadaan rumah kosong... Langsung takde orang!

Nak telefon abangnya tadi, takut menganggu kerja lelaki itu pula... Lagipun... Dia balik ni pun sengaja mahu membuat kejutan... Alih - alih, dia yang pula yang diberi kejutan!

"Diorang abang dah hantar ke bandar..." Ringkas Raymie menjawab.

"Hah? Hantar ke bandar?" Dahi Raymen sudah berkerut tanda tidak mengerti dengan jawapan abangnya.

Wajah abangnya yang enak bersandar di sebelah di pandang.

"Keadaan sekarang tak berapa okay... Sebab tu abang hantar diorang duduk dekat sana..." Ujar Raymie.

Ya... Keadaan sekarang tidak mengizinkan... Sebab itu dia menghantar semua ahli keluarga nya ke tempat selamat. Kecuali Maura dengan Mak Som!

Kalau dia hantar Mak Som nanti, sah - sah Maura akan curiga dengan tindak tanduknya... Sekarang... Biarlah kedua - duanya duduk bersama dia dahulu!

"Maksud kau? Aku tak faham..."

"Pembunuh tu dah jalankan pembunuhan dia... Seminggu lepas... Bekas pegawai polis yang mengendali kes arwah mama Maura telah mati di bunuh..."

"Apa?" Hampir melenting suara Raymen mendengar kenyataan yang keluar dari mulut abangnya.

"Ya... Sebab tu aku hantar family kita dekat bandar... Aku takut sesuatu terjadi dekat diorang..." Sambung Raymie lagi.

"Dan sekarang... Aku hantar kau ke sana nanti... Bahaya kalau kau masih stay sini..." Putus Raymie.

Dan keputusan Raymie itu membuatkan Raymen tidak puas hati.

"NO... Aku takkan sesekali tinggalkan tempat ni..." Bantah Raymen.

"Tapi Aymen... Tempat ni dah tak selamat... Kau kena keluar dari tempat ni jugak... Aku tak nak perjudikan nasib kau dekat sini..." Arah Raymie keras. Dia tak nak, kemunculan adiknya dekat sini nanti akan sampai ke pengetahuan pembunuh tu!

"Eh! Raymie... Kau dengar sini! Aku takkan sesekali lah keluar dari tempat ni... Takkan aku nak biarkan kau terkontang kanting macam ni sorang - sorang... Kau ni bodoh ke apa?" Nah! Setepek si Raymen bagi dekat abangnya.

"Aku tak nak kau dapat susah nanti, Men..." Raymie masih lagi mahu melarang.

Hati Raymen dah mula menggelegak mendengar larangan abangnya itu.

"Apa guna aku jadi adik kau kalau aku tak dapat tolong kau, Mie..." Pintas Raymen laju.

Sehinggakan panggilan 'abang' pada abangnya tadi sudah mula hilang.

"Aku akan tolong kau, Mie... Percayalah dekat adik kau ni... Aku janji... Aku takkan buat kau susah nanti..." Raymen mula mengikat janji.

Tidak dapat tidak, akhirnya Raymie membenarkan adiknya untuk tinggal di penempatan mereka ini.

"Dah... Kau pergi ambik beg pakaian kau dekat dalam..." Arah Raymie pada adiknya.

"Beg pakaian... Buat apa... Bukan ke aku kena tinggal dekat sini ke?" Soal Raymen bingung.

"Dah... Kau tak payah banyak cerita... Kau ikut aje aku... Dah... Pergi ambik beg pakaian kau... " Putus Raymie.

Raymen yang kebingungan menurut juga perintah abangnya. Beg pakaian yang baru di ambil dari dalam rumah terus di sumbat ke bahagian penumpang. Alah! Beg galas yang oenag selalu pergi hiking tu lah! Satu aje beg dia... Buat apa bawak banyak - banyak! Menyusahkan nanti adalah!

Kedua - dua terus masuk kedalam perut kereta setelah selesai.

"Kau ikut aje aku... Jangan risau!" Ujar Raymie sebelum menghidupkan enjin kereta.

Perlahan - lahan kenderaan nya meninggalkan perkarangan rumah agam itu dan terus dibawa menuju ke destinasi untuk Raymen tinggal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience