BERDERAU DARAH Raymie saat mendengar khabar mamanya dimasukkan ke hospital. Mesyuarat yang mereka bertiga hadiri terpaksa ditangguhkan gara - gara khabar tersebut. Dan petang itu juga mereka bertiga bertolak balik ke daerah penempatan mereka.
HAMPIR SATU JAM setengah, barulah mereka bertiga sampai di hospital yang menempatkan Puan Ida. Bergegas mereka tiga beranak mendekati kaunter pendaftaran untuk bertanya di wad yang menempatkan Puan Ida. Jururawat yang bertugas di kaunter menunjukkan arah di mana wad yang menempatkan Puan Ida. Mereka bertiga serentak mengucapkan terima kasih.
Pintu bilik dibuka dari luar. Terpapar wajah pucat Puan Ida dihadapan mata mereka kini.
"Mama..." Raymie dan Raymen mendekati mama mereka. Seorang menempel ke kanan... Seorang menempel ke kiri...
Anak mata Puan Ida tercelik sedikit bila kedengaran sayup - sayup suara orang menyapa dirinya.
Mata dicelikkan lagi dan akhirnya terbuka luas. Wajah bimbang kedua - dua anak serta suaminya menyapa pandangannya.
"Mie.. Aymen..." Seru Puan Ida dengan suara yang serak.
"Ya Ma..." Kedua -duanya serentak menjawab.
"Abang..." Suaminya pula dipanggil.
"Ya Ida..."
"Maura..." Terpacul nama gadis itu keluar dari mulut Puan Ida.
"Maura? Kenapa dengan dia? Apa yang dia dah buat?" Dengar sahaja nama Maura, bertalu - talu Raymie menyoal. Hatinya rasa tidak enak bila mamanya menyebut nama gadis itu.
"Maura..." Tak jadi Puan Ida mahu menghabiskan ayatnya bila kepalanya terasa seperti di cengkam.
"Mama..." Panggil Raymen cemas. Tuan Mirul Rozai juga sudah pun berada di sisi isterinya. Manakala Raymie sudah mencari kelibat doktor di luar.
"Aku nak balik kejap... Tolong jagakan mama..." Pinta Raymie sebelum menghilang dibalik pintu tanpa sempat adiknya mahu bertanya.
Di dalam kepalanya kini, hanya Maura yang ingin dicari.
Apa yang kau dah buat Maura sampai mama aku jadi tu?
"Kak Su... Kak Su..." Sebaik sahaja sampai di rumah, nama Kak Su diteriaknya.
Terkocoh - kocoh Kak Su menghampiri.
"Ya... Ya... Encik Raymie... Ada apa Encik?" Tanya Kak Su pantas. Liur ditelan bila melihat wajah tegang anak majikannya ini. Dia baru sahaja selesai menyusun pakaian Puan Ida ke dalam beg pakaian dan sebentar lagi pemandu peribadi keluarga ini akan menghantar keperluan itu ke hospital.
"Mana budak tu?"
"Budak? Maksud encik Maura ke?"
"Yelah... Maura lah... Siapa lagi yang saya panggil budak selain dia..." Nada suara Raymie masih lagi tinggi. Bukan niat mahu kurang ajar dengan Kak Su tapi kelibat Maura yang tidak kelihatan membuatkan darahnya semakin mendidih.
Melihat pembantu rumahnya kelihatan lambat memberi jawapan, dia bergegas menuju ke dapur. Lebih tepat lagi menuju ke bilik Maura.
Langkah nya terhenti bila Kak Su bersuara.
"Maura takde dekat situ... Dia ada dekat rumah pekerja..." Ayat nya setakat itu sahaja. Tak berani dia mahu menyambung lagi. Padahal dalam hatinya dia merasa sangat bimbang dengan kecederaan yang di alami oleh Maura tadi.
Raymie melencong langkahnya menuju ke rumah pekerja yang terletak dibelakang rumah agam ini.
"MAURA... BUKAK pintu ni..." Panggil Raymie.
Pintu rumah diketuk bertalu - talu.
Maura yang berada di dalam pantas menyembunyikan kapas dan segala peralatan khas untuk merawat lukanya.
Wajahnya sudah berkeringat menahan pedih dan sakit di bahagian luka itu.
Dia melangkah perlahan menuju ke pintu. Ketukan di luar terhenti bila pintu dari dalam diselak. Terjegul wajah pucat dan tidak bermaya Maura dibalik pintu. Luka diperut sedaya upaya disembunyikan dari pengetahuan Raymie.
"Ya Encik Raymie... Apa yang boleh saya bantu..." Maura bertanya dengan nada perlahan. Luka yang berada di perutnya semakin menyengat sakit tapi sedaya upaya ditahan.
"Baru sekarang kau nak bukak pintu rumah... Kau tau tak... Naik lebam tangan aku asyik ketuk pintu rumah ni..." Tanpa amaran, Maura di sembur laju.
Maura hanya mendiamkan diri sahaja.
"Ni aku nak tanya kau... Kau dah buat apa dekat mama selama aku pergi tiga ni hah..." Dia sudah bercekak pinggang menghadap Maura yang kelihatan semakin pucat.
"Kau dengar tak apa yang aku tanyakan ni..." Rambut Maura dicengkam kasar sehingga membuatkan Maura terdorong ke arahnya. Muka Maura hampir berlaga dengan mukanya. Wajah pucat yang berkeringat si gadis membuatkan hati Raymie terasa aneh.
"Kau kenapa ni Maura?"
Maura tidak mampu menjawab soalan Raymie itu. Sakitnya semakin menyengat. Wajahnya makin pucat dan akhirnya dia terkulai lemah di dalam dakapan Raymie.
Pantas Raymie menyambut tubuh Maura sebelum tubuh itu jatuh menyembah bumi. Dan tangannya secara tidak sengaja tersentuh pada cecair yang mengalir dari di celah baju Maura. Tangan dibawa mendekat.
Bulat matanya melihat cecair pekat berwarna merah melekat di tapak tangan nya. Darah!
Dipandang wajah lemah Maura yang terkulai tidak sedarkan diri dalam dakapannya.
Apa dah jadi dengan budak ni?
Share this novel