BAB 50 - TAWANAN I -

Drama Completed 30112

SUARA DESISAN KESAKITAN orang di sebelah membuatkan Raymie terjaga dari pengsannya. Terkelip - kelip matanya bila cahaya suram menerjah anak matanya...

Kepala yang masih berdenyut sakit membuatkan pandangan nya sedikit suram... Pantas kepala di geleng untuk menghilangkan rasa berdenyut nya... Rasa berdenyut semakin berkurangan dan pandangan nya juga semakin jelas.

Suara erangan orang disebelah membuatkan dia pantas berkalih ke tepi.

"Aymen..." Suara serak nya pantas memanggil nama adiknya bila melihat lelaki itu berdesis kesakitan. Wajah berkerut Raymen disebelah membuatkan hati nya semakin cemas. Tubuh nya tidak mampu di gerakkan bila kaki dan tangannya telah diikat. Penyudahnya, hanya dengan cara mengesot sahaja dia mampu mendekati adiknya.

"Aymen... Kau okay tak?" Soal Raymie sebaik sahaja berada di sisi adiknya.

Raymen tidak menjawab... Hanya kerutan di dahi sahaja yang mampu di jawab saat ini.

Tuala yang dibalut oleh Raymie untuk dijadikan tebatan luka adiknya kembali dibasahi darah.

"Aymen..." Seru Raymie lagi.

Darah yang mengalir di tuala diperut adiknya membuatkan hatinya semakin risau dan cemas.

"Bang... Sakit..." Terketar - ketar Raymen menjawab.

Itu sahaja yang mampu di jawab. Selebihnya, hanya desisan sahaja yang terluah di mulutnya saat ini.

"Sabar, Ay... Abang akan tolong kau..." Jawab Raymie.

Tali yang menjerut tangan nya sedaya upaya hendak di lepaskan.

Menyeringai kesakitan saat tali yang terikat menjerut tangannya. Tapi di gagahi juga demi Raymen yang sudah mula kelihatan pucat.

SEMENTARA DI tempat yang berasingan, Maura masih lagi tidak sedarkan diri walaupun hampir seharian dia dikurung di tempat ini.

Dia masih lagi terlentok di tepi dinding.

Dia tidak menyedari orang menculik dirinya mencangkung di tepi tubuhnya. Tersengih sinis oenag itu bila melihat keadaan Maura yang terlentok itu.

Kelopak mata Maura mula kelihatan bergerak.

Wajah nya sudah di paling ke kiri dan kanan.

Orang itu masih lagi melihat gelagat Maura yang kelihatan gelisah itu. Kerusi yang berada di sebelah di tarik ke arah dirinya sebelum punggungnya pantas di labuh ke atas kerusi itu!

"Jangan!!" Maura tiba - tiba meracau sebelum dia tubuhnya tersentak dari pengsannya.

Tindakan refleks itu membuatkan kepala Maura berdenyut secara tiba - tiba.

Pandangan nya mula berpinar akibat dari tindakan refleks nya tadi.

"Hi, dear... Dah bangun pun dia!" Suara garau seseorang disebelahnya membuatkan Maura pantas memalingkan wajahnya ke arah suara itu.

Kelihatan seorang berpakaian serba hitam dengan mask menutupi sebahagian wajahnya tunak memandang ke arah wajahnya.

"Kau siapa? Aku kat mana ni?" Soal Maura dengan mata mula meliar memandang sekeliling tempat nya dikurung.

"Woo... Bangun - bangun aje terus tanya tempat ni apa... Haih... Tak tanya langsung kabar I ni macam mana..."Ujar lelaki itu dengan nada yang sengaja di sedihkan.

Sekali imbas, dah macam orang tak betul aje menengoknya! Memang tak betul pun! Kalau betul, takkan nya nak culik si Maura ni bawak ke sini! Lebih - lebih si Maura ni pangkat bini orang! Lagilah tak boleh!

Maura hanya termangu - mangu sahaja melihat tingkah tak betul lelaki itu! Otaknya masih lagi tidak dapat memproses apa yang sedang berlaku sekarang!

"Otak you masih tak berfungsi dengan baik lagi... Takpe... I ada sesuatu yang nak ditunjuk supaya otak you boleh berfungsi dengan normal kembali..." Ujar lelaki itu lagi. Telefon pintar dikeluarkan dari poket seluar. Isi di dalam di godek sebelum telefon pintar itu di tala ke hadapan Maura.

Terbeliak mata Maura bila melihat figura Raymie dan Raymen yang berada di dalam telefon pintar itu. Hampir tak bernafas dia bila melihat darah mengalir keluar dari perut Raymen. Kelihatan kedua - dua lelaki itu sedang berusaha untuk melepaskan diri..

"Kau buat apa dengan diorang hah? Apa yang kau dah buat?" Jerit Maura tidak siuman.

Tergelak suka lelaki itu bila melihat keadaan Maura itu.

"Hei... Hei.. Calm down dear... Diorang cuma terkurung dekat situ aje... Tak payah risau..." Tak payah risau kepala hotak dia! Raymen dengan berdarah - darah masih lagi kata tak payah risau! Memang dasar psiko!

"Apa kau nak dari kami hah? Apa salah kami sampai kau buat kami jadi macam ni?" Soal Maura dengan suara melengking.

"I dah cakap kan.... Calm down... Jangan sampai I hilang sabar dengan you, Maura!" Lelaki itu menghantar amaran.

"Lepaskan diorang... Jangan buat diorang macam tu!" Maura masih berteriak.

Pang!!

Satu tamparan hinggap di wajah Maura hingga menyebabkan gadis itu tersungkur kembali ke tepi dinding. Jelas sekali ada lelehan darah dari tepi bibir wanita itu.

"I dah cakap kan tadi... Calm down... Kan dah kena penampar!"

Maura masih lagi membungkam di tepi dinding. Matanya masih lagi mencerlang tajam ke arah wajah lelaki yang memakai mask itu!

"Sekarang... I bagi you cadangan..." Ujar lelaki itu lagi.

Maura tidak menjawab. Hanya panahan matanya sahaja masih setia pada lelaki itu.

"You pilih satu antara dua... Mintak your husband ceraikan you atau..." Skrin telefon dibawa menghadap ke arah Maura.

"Atau diorang mati!"

Tersentak Maura saat mendengar cadangan lelaki ini!

Sungguh tidak masuk akal!

Apa yang lelaki ini merepek?

Mintak cerai dekat Raymie?

Kegilaan apakah ini?

Oh no... Maura..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience