BAB 23 - PEMBANTU RUMAH-

Drama Completed 30112

"AUCH!!!"

Jerit Maura bila lengannya di rentap secara kasar oleh Raymie. Ketika itu, dia sedang berehat seketika untuk meneguk air. Tetapi hajatnya tidak kesampaian bila botol air yang dipegang jatuh ke atas tanah gara - gara lengannya di rentap kasar oleh Raymie. Air dalam botol minuman terbazir begitu sahaja.

"Ada apa ni?" Tanya Maura dengan nada sedikit gementar bila melihat wajah bengis Raymie di hadapan nya kini.

"Kau tak payah banyak cakap... Ikut aku sekarang..." Di heret gadis itu membuntuti langkah panjangnya.

"Awak... Lepaskan tangan saya... Sakit..." Adu Maura bila lengannya terasa sakit akibat di cengkam kuat oleh Raymie tetapi lelaki itu tidak peduli dan hanya buat muka beku sahaja.

"Masuk..." Kasar tubuh kecil molek Maura di suruh masuk ke dalam 4 × 4 miliknya.

"Awak... Kita nak kemana ni?" Soal Maura bila mereka sudah berada jauh dari kawasan kebun sayur tadi. Matanya melilau kiri dan kanan jalan.

Ini bukan jalan nak ke rumah agam ni. Jalan ke ladang kelapa sawit pun bukan. Maura sudah rasa tidak sedap hati.

Raymie hanya buat tak tahu sahaja dengan soalan Maura.

Kau akan tahu nasib kau nanti. Desis hati kecil Raymie.

Matanya fokus pada pemanduan. Pedal minyak di tekan lagi untuk menambah kelajuan. Maura disebelah sudah gugup dengan cara pemanduan lelaki ini.

4 × 4 milik Raymie berhenti di hadapan sebuah pondok yang agak usang. Di kawasan pondok itu dikelilingi pokok sawit. Raymie keluar dari kenderaan. Pintu keretanya di hempas kuat.

Terhenjut bahu Maura dengan tindakan Raymie itu. Pintu penumpang disebelah dibuka.

"Keluar..." Arah Raymie. Matanya tajam menikam tubuh Maura yang masih tiada tanda - tanda mahu beranjak keluar dari kereta.

"Tak nak..." Desis Maura perlahan. Dia sudah mula rasa seram melihat kawasan pondok yang dipenuhi oleh pokok kelapa sawit.

Melihat gadis itu masih mematung ditempat duduknya, lengan gadis itu terus dicengkam. Maura yang tidak bersedia dengan keadaan itu terus terdorong keluar dari kereta.

"Aku suruh keluar... Kau tak nak... Kau memang nak macam ni kan..." Jerkah Raymie lalu mengheret tubuh kecil Maura menuju ke arah pondok. Sedaya upaya Maura cuba untuk melepaskan cengkaman Raymie di lengannya tetapi langsung tidak berjaya.

Terus di humbannya tubuh Maura ke masuk dalam pondok bila sudah sampai di hadapan pintu pondok.

Mengaduh Maura bila tubuhnya bertemu dengan tanah keras itu. Maura mendesis bila terasa perit di tapak tangan dengan lututnya yang sudah melecet gara - gara bergesel dengan tanah keras itu.

Telinganya menangkap pintu pondok di tutup dari dalam. Tidak jadi dia mahu berpaling ke belakang bila rambutnya di cengkam kasar oleh Raymie.

"Arghh... Sakit awak..." Maura mengaduh kesakitan.

"Aku dah layan kau elok - elok... Tapi kau buat perangai... Dasar perempuan tak kenang budi..." Pekik Raymie. Wajah Maura di tarik rapat ke arahnya.

Maura sudah mula menangis dengan tindakan lelaki ini.

"Apa salah saya awak?" Soal Maura dengan suara serak. Sungguh! Dia tidak mengerti apa salah dia pada lelaki ini.

"Kau boleh tanya salah kau dekat aku lagi? Eh... Kau dengar sini Maura! Kau tu hanya hamba abdi aku aje... Hamba abdi!!!" Jerit Raymie.

Serentak itu juga bibir merah gadis itu dipagut rakus. Di sini, dia boleh melakukan apa saja. Sebab itu dia membawa gadis ini jauh dari kawasan rumahnya. Kerana dia ingin menyeksa gadis ini seperti mana gadis ini menjatuhkan maruahnya enam tahun dulu.

Terbuntang mata Maura dengan tindakan lelaki ini. Dia meronta - ronta mahu melepaskan diri tetapi tidak berjaya. Malah Raymie mendalamkan lagi ciuman nya di bibir Maura.

Dengan rakus dia melepaskan ciuman nya di bibir Maura sehinggakan gadis itu terjelepok kembali di atas tanah keras. Dia tersenyum puas. Puas kerana dapat memalukan gadis ini. Tangisan deras Maura langsung tidak dihiraukan.

Rambut gadis itu dicengkam kembali dan wajah gadis itu dihadapan semula ke arahnya. Wajah lencun si gadis dipandang dengan senyuman sinis.

"Itu baru permulaan Maura... Kalau kau buat perangai lagi... Lebih dari ini aku boleh buat... Kau jangan cabar aku lebih - lebih..." Ugut Raymie. Cengkaman dirambut Maura dilepaskan kasar. Dia terus berlalu pergi setelah selesai apa yang mahu dilangsaikan kepada gadis ini sejak semalam.

Langsung tidak menoleh kearah Maura yang masih lagi bertemankan tangisan.

SEJAK PERISTIWA tempoh hari, Maura selalu menghindar apabila terlihat kelibat bapa mentuanya. Dia masih ingat lagi ugutan lelaki itu tempoh hari. Dia juga tidak mahu lelaki itu akan membuat sesuatu yang lebih teruk lagi.

Dan lebih parah sekarang, setiap gerak gerinya di kebun sayur mahupun di kebun buah akan dipantau oleh Raymie setiap hari. Mata helang lelaki itu sentiasa memantau pergerakannya. Tidak kira di mana.

Dan sekarang, dia dikerah pula sebagai pembantu rumah. Segala di rumah ini harus dikerjakan oleh dia tanpa bantuan Kak Su hatta memasak di dapur pun.

Tetapi Maura tetap saja menurut. Dia tidak mahu Raymie akan menghukumnya nanti.

"Kak Su minta maaf sebab tak tolong Maura..." Ujar Suraini atau mesra di panggil Kak Su dengan wajah sedih. Dia adalah pengganti Mak Timah sejak wanita itu berhenti tiga tahun lepas dan pulang ke kampung halamannya. Kak Su merupakan anak saudara kepada Mak Timah.

Maura yang mendengar itu hanya tersengih saja.

"Takpe Kak Su... Dah kerja Maura... Nak buat macam mana..." Pinggan yang sudah di sabun dibilas bersih.

Kak Su hanya mampu memandang sahaja kelibat Maura yang membuat kerja seperti lipas kudung. Nak membantu dia sudah amaran awal oleh majikannya. Tugasnya hanya memantau sahaja pekerjaan Maura.

Sebenarnya Kak Su tak sampai hati melihat Maura bekerja sorang diri. Sudah lah gadis itu berpanas berpeluh bekerja di kebun. Bila hari cuti, dikerah pula membuat kerja di rumah agam ini. Kesian betul Maura ni... Apalah nasib budak ni nanti...

"MAURA... Kemas meja makan..." Panggil Puan Ida. Terkocoh - kocoh Maura menghampiri meja makan bila wanita ini memanggil dirinya.

Puan Ida kelihatan anggun mengenakan baju kurung moden berwarna biru laut.

"Aku nak keluar ni... Minggu dalam seminggu... Aku harap dalam seminggu aku takde ni, kau jaga rumah elok - elok... Kalau aku dengar kau buat hal... Siap aku kerjakan kau..." Aduhai! Anak takde... Mak pulak ambil alih menyakitkan hati Maura.

Maura hanya mendiamkan diri sahaja bila di ugut sebegitu. Meja makan di kemas perlahan.

" Kau dengar tak apa yang aku cakap ni? "Jerkah Puan Ida bila melihat gadis itu berdiam diri.

" Dengar Puan... " Sahut Maura pantas. Dia tidak mahu tangan Puan Ida naik ke mukanya bila soalan wanita itu lambat dijawab.

" Bagus..."

"Dah.. Aku nak keluar... Duduk lama - lama dekat sini pun buat apa... Meloya kan tekak aku aje..." Ejek Puan Ida lalu terus berlalu dari situ.

Terdiam Maura dengan mama Raymie itu.

Maura... Sampai bila kau nak bertahan dengan semua benda ni?

Tak... Aku akan bertahan sehingga mereka maafkan apa yang aku buat dulu... Itu yang aku tunggu sekarang...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience