JENAZAH NEK LAM selamat dikebumikan mengikut upacara masing - masing. Maura masih setia menunggu di sisi pusara neneknya. Tiada tanda - tanda yang gadis itu mahu berangkat pergi walaupun matahari sudah meninggi.
Mak Som, pembantu rumahnya masih setia di sisinya. Wanita tua itulah yang menguruskan kesemuanya dari awal hingga akhir.
Mr. Allan?
Tak payah!
Orang tua itu sudah awal - awal lagi lepas tangan kerana tidak mahu menggalas tanggungjawab. Agaknya sampai bila Mr. Allan mahu bermusuh lagi dengan ibunya walaupun wanita itu sudah tiada lagi di dunia ini.
Hmm... Payah bila bercakap dengan orang yang hatinya keras dan ego ini. Kita lihat nanti, ego itu takkan kemana pun nanti.
"Maura... Jom kita balik... Matahari pun dah makin tinggi ni..." Ajak Mak Som bila melihat Maura masih lagi berteluku di tepi pusara Nek Lam.
"Maura..." Mak Som bersuara lagi bila gadis itu tidak menjawab.
"Kita balik ya nak..." Pujuk Mak Som.
Dan akhirnya Maura mengalah jua dengan pujukan Mak Som. Perlahan - lahan dia bangun dari tempatnya melutut tadi. Tanah yang melekat di lutut dikibas perlahan.
Maura tersenyum manis pada Mak Som lalu kedua - duanya perlahan - lahan meninggalkan pusara Nek Lam.
Selamat jalan nenek... Moga nenek tenang di sana... Ucap Maura tulus di dalam hati.
BERKERUT DAHI MAURA BILA MELIHAT beg pakaiannya berada di luar rumah.
"Mak Som... Siapa yang punggah beg pakaian Maura ni..." Tanya Maura kepada pembantu rumah.
"Entahlah... Mak Som pun tak tahu..." Jawab Mak Som dengan wajah sedikit cemas. Mata tua tunak memandang ke arah beg pakaian milik Maura.
Sedang mereka berdikusi, muncul kelibat papa Maura dari dalam rumah. Ibu tirinya pula setia mengekori belakang papanya.Beg lebih kecil yang berada dalam tangannya di campak kasar ke arah anaknya.
"Aku nak kau berambus dari rumah ni... Aku takde anak conteng arang dekat muka aku..."
Terkejut Maura bila secara tiba - tiba papanya mencampak beg itu ke arahnya. Nasib baik beg kecil. Kalau beg besar macam bagasi ini, mahu terpelanting tubuhnya.
"Papa... Ada apa ni?" Soal Maura dengan riak masih terkejut. Terkejut bila papanya memunggah semua barangannya di luar rumah.
"Ada apa kau tanya... Heh... Kau memang anak tak kenang budi lah Maura... Kau dah malukan aku... Menyesal aku bela kau lepas mak kau meninggal dulu... Sekarang... Aku nak kau berambus dari rumah aku... Berambus!!!" Bagaikan anjing kurap Mr. Allan menghalau anaknya.
Tubuh kecil anaknya di tolak kasar sehinggakan gadis itu tersungkur di tepi pintu pagar rumah.
" Maura!! " Jerit Mak Som bila tubuh gadis itu tersungkur betul - betul dihadapan pagar besi. Meluru wanita tua ke arah Maura lalu tubuh gadis yang sudah teresak - esak itu dipeluk erat.
Mr. Allan tidka mempedulikan keadaan anaknya. Barang-barang gadis itu yang berada di hadapan pintu rumah dicapai satu persatu lalu di campak keluar pagar rumah. Selesai sahaja kesemuanya, dia melangkah menuju ke arah kedua - duanya lalu tubuh tua Mak Som ditarik kasar agar mengekori langkahnya menuju ke dalam rumah.
"Mari Mak Som..."
"Tuan... Jangan buat begini dekat Maura Tuan... Kesiankanlah dia Tuan..." Rayu Mak Som.
"Peduli apa saya dengan dia Mak Som... Mak Som jangan keras kepala boleh tak... Ikut saya masuk dalam rumah..." Marah Mr. Allan bila arahannya di abaikan oleh pembantu rumahnya itu.
Belum sempat kakinya melangkah, Maura terlebih dahulu mencapai kaki papanya.
" Pa... Tolonglah jangan buat Maura macam ni... Tolong kesiankan Maura Pa... Tolong Pa... Tolong..." Rayu Maura dengan memeluk erat kaki papanya.
"Heh! Lepaskan kaki akulah... Jijik tau tak bila kau peluk kaki aku macam ni... Lepaslah..." Mr. Allan mencuba untuk meleraikan pelukan Maura di kakinya tetapi langsung tidak berjaya. Dan kemuncak kesabarannya, dia menendang kuat bahu anaknya sehingga sekali lagi gadis itu tersungkur di belakang.
Terbeliak mata Mak Som bila melihat perilaku Mr. Allan dengan teganya menendang tubuh anaknya sendiri. Mana pergi hati nurani lelaki ini?
"Tuan..."
"Itulah makannya bila kau tak nak lepas kaki aku tadi... Sekarang kau berambus... Aku tak nak tengok muka kau lagi..." Usai berkata, tubuh tua Mak Som diheret masuk ke dalam rumah. Jeritan anaknya langsung tak dihiraukan.
Dan orang yang gembira melihat adegan itu semestinya Madam Rosy. Ibu tiri Maura itu akhirnya tersenyum puas bila orang ynag paling dibencinya telah dihalau keluar dari rumah ini.
Tangisan Maura yang semakin kuat itu langsung tak dipedulikan. Pintu rumah pantas ditutup bila suami serta pembantu rumahnya sudah meloloskan diri ke dalam rumah.
DAN SEJAK DIRINYA DI HALAU KELUAR DARI RUMAH MEWAH, langsung tiada perkhabaran dari penghuni di rumah itu. Sehinggalah pada dia mendapat perkhabaran pada suatu hari yang penghuni di dalam rumah mewah itu telah berpindah ke tempat lain.
Menitis air mata Maura mendengarnya.
Agaknya, Mr. Allan sudah nekad untuk memutuskan hubungan mereka anak beranak.
Dan perkhabaran tentang Raymie sekeluarga juga turut singgah di telinganya. Lelaki itu bersama mamanya sudah berpindah ke hospital dibandar besar bagi melanjutkan rawatannya setelah sedar dari koma nya yang agak lama. Manakala Tuan Mirul Rozai pula masih menetap di daerah mereka ini untuk menguruskan ladang kelapa sawitnya. Setakat itu saja dia tahu.
Dan dia masih setia menginap di rumah papan milik neneknya tanpa di temani oleh sesiapa. Hanya ditemani kerinduan pada mendiang neneknya.
Moga ada cahaya menyinar kembali kehidupan gadis malang ini di masa akan datang.
Kita akan menuju enam tahun kemudian... Selamat membaca semuanya...
Share this novel