BAB 43 - TEKAD -

Drama Completed 30112

MAURA SUDAH sampai di hadapan balai polis yang bertanggungjawab dalam kes pembunuhan mamanya 10 tahun lalu...

Bersama tekad yang bersemadi sejak semalam, akhirnya Maura berjaya menjejakkan kakinya ke dalam balai polis ini...

HARAPAN MAURA yang mahu membuka semula kes ini hampir menemui kegagalan bila pegawai yang bertanggungjawab dalam kes ini sudah bersara dan tidak lagi menguruskan kes ini...

Dan lebih menghairankan...

Pegawai itu serta merta meletakkan tugasnya pegawai pengendali kes setelah setelah selesai menyiasat kes pembunuhan mendiang Puan Mida dan kes tersebut di tutup serta merta...

DAN GARA - GARA ITU jugalah, dia sudah terpacak di hadapan sebuah rumah yang konsep nya terarah pada ciri pembinaan tradisional dan terletak jauh ke kawasan luar bandar...

Dan hasil pujuk rayunya di balai polis tadi, akhirnya di sampai juga dia di sini...

Pintu kayu yang terukir cantik itu di ketuk perlahan.

"Ya... Sekejap..." Kedengaran suara seseorang menyahut dari dalam.

Dia mula menjarakkan kakinya ke belakang bila bunyi pintu dibuka dari dalam.

Terjegul wajah lelaki pertengahan umur 50 - an dibalik pintu...

"Ya... Cari siapa?" Lelaki pertengahan 50 - an itu bertanya bila wajah seorang wanita muda terpapar di hadapan pandangannya...

"Encik ni Encik Azman Ali ke?" Teragak - agak Maura menyoal.

"Ya... Saya Azman Ali... Cik ni siapa?" Soal Azman dengan nada curiga.

Figura Maura yang berdiri di hadapannya di tilik sebelum wajah wanita itu di tenung lama.

Terdetik sesuatu di hatinya saat ini...

Macam pernah di lihat iras muka budak ni... Tapi dekat mana ya...

"Saya Maura... Saya anak mendiang Puan Mida yang meninggal dunia dalam satu pembunuhan 10 tahun lepas... Boleh saya tahu... Encik ni bekas pengawai kes yang ambil alih kes arwah mama saya dulu ke?" Maura mula memperkenalkan dirinya pada Azman.

Bederau darah Azman bila Maura menyebut perihal tentang Puan Mida, mangsa pembunuhan 10 tahun lepas...

" Err... Saya rasa Cik ni salah orang... Saya bukan Azman yang dicari... Lebih baik Cik balik sekarang..." Terburu - buru Azman menghalau Maura pergi dari situ.

Patutlah wajah budak perempuan ini macam pernah dilihat iras nya... Rupa - rupanya anak pada mendiang Puan Mida...

" Encik... Encik tak boleh buat saya macam ni... Saya perlu tahu perkara sebenar Encik..." Rayu Maura. Pintu kayu yang mahu di tutup oleh Azman sedaya upaya di tahan dengan tubuhnya.

"Saya dah katakan... Pergi dari sini... Saya tak tahu apa - apa tentang tu..." Halau Azman lagi. Tangan Maura menghalang pintu di tepis kasar. Tetapi langsung tidak berjaya.

"Tak... Saya tak pergi dari sini sebelum saya tahu kebenarannya keluar dari mulut Encik Azman sendiri..." Bantah Maura.

Apa nak jadi pun jadilah... Dia tak kisah... Asalkan lelaki ini mahu membuka mulut...

"Aku cakap aku tak tahulah... Yang kau degil sangat ni dah kenapa... Sekarang aku nak kau berambus dari rumah aku ni!" Melihat kedegilan Maura, darah Azman mula mendidih.

Tanpa sedikit pun rasa kasihan, tubuh kecil molek Maura yang berpaut di alang pintu di tolak kasar sebelum wanita itu ter jelepok jatuh di atas lantai.

" Aduh!! " Maura mengaduh bila sikunya mengenai lantai. Dia menilik sikunya yang sudah lebam dan melecet.

Kedebum!!

Pintu utama rumah lelaki ini di tutup kasar dari dalam!

Wajah Maura mula berkerut bila rasa perit mula menjalar di sikunya.

Nampaknya usahanya untuk mengorek kebenaran dari lelaki pertengahan 50 - an ini tidak berhasil.

Takpe...

Baru hari pertama...

Hari seterusnya ada lagi...

Dia tidak akan berputus asa selagi apa yang terjadi pada arwah mamanya 10 tahun lalu tidak berhasil...

Dia bangun perlahan - lahan sebelum melangkah pergi dari situ...

Tetapi dia tidak mengetahui yang langkah nya itu di intai oleh Azman dari dalam rumah...

Maura...

Nama Maura meniti di bibir lelaki pertengahan 50 - an itu...

Tekadnya Maura

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience