PANGG!!
HAMPIR TERTELENG KEPALA RAYMIE BILA MENDAPAT TAMPARAN PADU DARI ABAHNYA.
"Apa yang cuba kau buat tadi Raymie hah? Mana perginya akal waras kau masa tu? Mana perginya?" Tengking Tuan Mirul Rozai. Dadanya turun naik menahan amarah yang sedang berkampung di dalam hati.
"Bah... Mie boleh jelaskan apa yang terjadi tadi..." Raymie mencuba untuk menjelaskan situasi sebenar tetapi pantas di potong oleh abahnya.
"Kau nak jelaskan apa lagi Mie hah? Dah jelas yang kau cuba nak rosakkan anak dara orang..."
"NO! Raymie bukan macam tu bah... Percayalah cakap Raymie... Raymie bukan lelaki macam tu..." Cantas Raymie kembali. Mamanya sudah menangis di atas sofa bersebelahan abahnya yang sedang berdiri menghadap dirinya. Mak Timah, pembantu rumah mereka masih setia memujuk majikannya itu.
" Kau nak nafikan apa lagi Mie... Benda dah jelaskan... "
" Bah... Jangan nak fitnah Mie sebarangan bah... Perempuan ni... Dia boleh bagi penjelasan dekat abah..." Maura yang sedang duduk disebelahnya ditarik menghadap Tuan Mirul Rozai.
"Aku nak kau cerita apa yang terjadi tadi... Aku nak kau cerita dari awal sampai akhir dekat abah aku... Sekarang... " Arah Raymie pada Maura.
"Cerita Maura... Jangan takut.. Uncle ada dekat sini..." Pujuk Tuan Mirul Rozai. Perhatiannya kini teralih pada gadis ini pula.
"Ceritalah... Apa yang kau tercegat lagi..." Jerkah Raymie. Puan Ida sudah memandang benci pada Maura.
"Sebenarnya..."
"Sebenarnya apa Maura? Apa yang terjadi... Tolong bagitau Uncle..." Pinta Tuan Mirul Rozai dengan penuh mengharap. Berharap yang Raymie bukan jenis lelaki yang dimaksudkan.
"Sebenarnya... Raymie yang cuba nak rosakkan Maura..."
Hampir tercabut jantung masing - masing saat itu bila mendengar kenyataan yang keluar dari mulut gadis ini.
"Kau cakap apa? Bila masa aku nak rosakkan kau hah? Bila masa? Kau yang datang sini menangis - nangis tadi... Sekarang kau tuduh aku bukan - bukan pulak... Kau memang perempuan tak guna lah Maura..."
Serentak itu juga tubuh kecil Maura ditolak kasar ke lantai. Terjerit kecil gadis itu bila tubuhnya ditolak kasar sebegitu.
" Raymie!!! Sudah!!! "
Halang Tuan Mirul Rozai melihat Raymie sudah bersedia mahu mengerjakan Maura.
"Raymie tak buat benda tu bah... Dia sengaja fitnah Raymie bah... Percayalah bah... Raymie tak buat benda tu..." Merayu - rayu Raymie kepada abahnya. Dia cuba untuk menyakinkan abahnya. Tangan abahnya dicapai tetapi sepantas itu juga ditepis oleh Tuan Mirul Rozai.
" Kau nak nafikan apa lagi Mie... Maura dah bagitau semuanya... Dan keadaan korang masa kami sampai tadi boleh mendatangkan curiga tau tak... Abah tak kira... Kau kena bertanggungjawab dengan semua ni... Abah nak kau kahwin dengan Maura..."
Terkedu Raymie bila mendengar ayat yang diucapkan oleh abahnya tadi.
"NO!!!" Bantah Raymie keras. Dia takkan kahwin dengan perempuan seperti Maura ini.
"Kau jangan nak bantah cakap abah... Malam ni abah nak kamu kahwin dengan Maura... Titik..." Tuan Mirul Rozai sudah membuat keputusan.
"Abang!!" Jerit Puan Ida.
"Awak jangan masuk campur Ida... Ini keputusan abang... Dia harus bertanggungjawab apa yang dia dah buat..." Usai berkata, dia terus berlalu pergi disitu untuk memaklumkan perihal Raymie dan Maura kepada keluarga Maura pula.
Lemah segala sendi Raymie saat ini bila mendengar keputusan muktamad keluar dari mulut abahnya tadi.
" Puas hati kau kan Maura... Kau dah hancurkan masa depan anak aku... Kau memang perempuan tak gunalah..." Kepala gadis ditujal kuat sebelum berlalu dari situ. Hati makin meluat wajah sendu Maura itu. Mak Timah pula hanya mengekori langkah majikannya. Dia tidak tahu untuk berpihak kepada siapa sekarang. Hatinya jatuh kasihan pada Maura tetapi apa yang dibuat oleh gadis sebentar tadi membuatkan hati nya menjadi serba salah.
Maura hanya diam tidak berkutik bila ditinggalkan sendirian di ruang tamu.
Apa yang ada dalam fikiran kau Maura sampai sanggup kau berbohong sebegini?
Share this novel