BAB 2 - PONTENG -

Drama Completed 30112

BERKEPUL - KEPUL ASAP ROKOK KELUAR DARI CELAHAN HIDUNG DAN BIBIR MEREKA.

"Weh... Nak lagi sebatang... Rokok kau ni dah habis..." Pinta salah seorang dari mereka kepada seorang gadis yang memakai pakaian seragam pinafore. Rata - rata mereka yang berada di situ adalah pelajar sekolah menengah.

"Hesy... Kuat betul kau ni hisap rokok..." Rungut si gadis lalu menghulurkan sebatang rokok pada si peminta. Tersengih lebar si peminta bila mendapat habuannya. Pemetik api dicapai lalu dinyalakan di hujung batang rokok.

Sedang mereka menikmati kepulan asap rokok, tiba - tiba satu suara menyergah mereka dari belakang. Kelam - kabut semuanya membuang rokok ke tanah.

"Ek eleh kau ni Raymen... Kacau daun betullah..." Marah si peminta kepada orang yang menyergah mereka tadi. Mereka semua menyangka port mereka diserbu tetapi alih - alih si Raymen ni yang muncul.

Raymen - si penyergah hanya ketawa mengekek sahaja melihat gelagat rakan - rakannya yang kelam kabut.

"Kau ni pun satu... Mana ada orang nak buat serbuan dekat sini... Agak - agak lah..." Sampuk Maura Allan, si gadis yang menyuakan sebatang rokok tadi.

Mereka - Raymen, Maura, Alwi, Izzu dan Amrie adalah pelajar yang bermasalah disekolah. Hanya Maura sahaja satu - satunya pelajar perempuan yang berada dikalangan mereka semua.

Rata - rata dari mereka terdiri dari keluarga yang agak berada.

"Manalah aku tahu... " Bengang si Alwi menjawab. Bengang lah sebab kena tipu dengan si Raymen. Hancur harapannya nak sedut asap rokok sedalam - dalamnya.

" Yang kau ponteng sekolah hari ni apsal pulak? " Tanya Raymen lalu terus duduk disebelah gadis itu. Kotak rokok di atas meja kayu yang usang dicapai. Sebatang rokok dikeluarkan dari kotak tersebut.

"Malaslah nak hadap semua benda dekat sekolah tu..." Ujar Maura dengan nada malas. Raymen yang sedang memetik api di batang rokoknya di kerling sekilas. Serta merta api rokok menyala.

"Kau malas nak hadap orang dekat sekolah ke atau kau malas nak hadap orang kat rumah?" Sindir Raymen secara terangan. Kepulan asap rokok keluar dari celahan hidung dan bibirnya.

Anehnya, walaupun lelaki ini perokok tegar tetapi bibirnya tetap nampak kemerahan. Petua apa agaknya si Raymen ni pakai.

"Boleh tak kau jangan nak down kan mood aku?" Marah Maura dengan wajah yang sudah merah.

Raymen hanya buat muka selamba sahaja. Rokok dihisap lagi.

Alwi, Amrie dan Izzu hanya mendiamkan diri sahaja. Malas nak campur.

"Alah... Kau ni... Aku tanya sikit dah melenting... Kau datang bulan erk..." Apa punyalah si Raymen ni bertanya.

Terus satu hempukan mengenai bahunya.

"Aduh! Kau ni dah kenapa? Meroyan ke?" Marah Raymen. Bahunya terasa sengal digosok perlahan.

Gila! Ganas betul perempuan ni. Badan kecik tapi tangan laju aje nak menghempuk orang!

"Tanya lagi soalan bodoh macam tu.. Kan dah mendapat..." Maura kembali semula ke tempat duduknya.

"Yang kau pulak... Tetiba ponteng ni apa citer?" Giliran Maura pula bertanya.

Alwi, Izzu dan Amrie pula sibuk bermain dam. Langsung tak hiraukan keadaan sekeliling.

"Aku biasalah... Malas nak hadap cikgu membebel kat depan.. Balik rumah karang kena hadap mama aku membebel pulak..."

"Eleh... Kau tak pelah... Top student... Ponteng - ponteng pun kau dapat straight A jugak..." Maura sengaja menganjing Raymen.

Seperti biasa Raymen hanya tayang sengih sahaja. Malas nak ambil pusing ayat menganjing Maura itu.

"Weh... Dah lah... Jom balik rumah... Dah petang ni..." Raymen bersuara. Jam di pergelangan tangan di kerling. Sudah pukul 4 petang!

"Alah.. Kejap lagi lah... Malas lah nak balik awal..." Rungut si Izzu bila masanya bermain di ganggu oleh suara Raymen.

"Korang tak takut ke mak bapak korang cari korang nanti... Kalau diorang cari korang... Aku tak nak bertanggungjawab..." Ugut Raymen.

"Yelah... Yelah... Dah kemas semua..." Ketiga - tiga mereka menyimpan permainan dam ke kotaknya semula setelah mendengar ugutan Raymen tadi. Gerun jugak mereka dengan ugutan Raymen tadi. Terbayang libasan rotan di tubuh mereka.

"Aku hantar kau balik rumah..." Raymen menawarkan diri untuk menemani Maura pulang ke rumah.

Maura menjongket bahu tanda tidak kisah.

Mereka berlima keluar dari pondok usang yang dijadikan port untuk mereka berlima melepak atau pun ponteng sekolah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience