BAB 40 - BERITA -

Drama Completed 30112

SEMUA AHLI KELUARGA berkumpul di halaman rumah agam itu.

Raymie membantu adiknya memasukkan bagasi ke dalam bonet kereta.

"Okay dah siap... Ada apa - apa lagi yang tertinggal tak?" Soal Raymie setelah menyiapkan tugasnya tadi.

Dia menyoal kepada adiknya bukan apa... Takut ada tertinggal barang ke apa... Buatnya tertinggal barang penting... Tak ke naya nanti... Dahlah perjalanan adiknya ini memakan masa hampir bebelas jam juga.

" Takde dah... Semua aku dah settle tadi..." Jawab Raymen.

"Dah jom... Kita pergi sana pulak..." Ajak Raymie sambil memaut bahu adiknya menuju ke arah ahli keluarga mereka yang sedang sedia menunggu.

"Ma... Bah... Aymen pergi dulu ya..." Ujar Raymen.

Tangan kedua - dua orang tuanya di salam dan dicium lembut sebelum dia menarik tubuh kedua - duanya ke dalam dakapan.

Pipi kedua - duanya di kucup lembut.

Setelah agak lama, barulah dia melepaskan dakapan.

" Aymen kalau tinggal dekat sana... Jangan lupa jaga kesihatan, jaga makan... Jangan tidur lewat sangat... Jangan merayau kalau takde benda penting... Duduk rumah aje kalau boleh... " Berjela - jela Puan Ida menasihati anaknya.

Hampir tersembur ketawa Raymen mendengar nasihat mamanya. Tetapi dia pantas menahan nya bila melihat wajah mendung Puan Ida.

" Ye Ma... Aymen ingat pesan mama tu... Jangan risau okay... "Pujuk Raymen.

Lumrah hati seorang ibu...

Rasa sedih automatik datang bila anak yang di kasihi akan pergi dari sisinya... Pergi demi untuk menuntut ilmu di perantauan... Di negara orang...

"Dah... Tak mau sedih - sedih... Nanti tak lawa dah mama bila senyum nanti..." Usik Raymen sambil mengesat air mata yang mengalir di pipi mamanya.

Terus Puan Ida mencubit perut anak bongsunya bila di usik sebegitu.

Mengaduh juga Raymen dibuatnya. Haa... Kan dah mendapat!

Dia kemudian berjalan menuju ke arah abang dan kakak iparnya...

Kakak ipar?

Ya... Sejak dia dah boleh move on dari semua ini, akhirnya dia mengisytiharkan Maura sebagai kakak iparnya...

"Bro... Aku pergi dulu..." Tangan abangnya di jabat. Maura pula hanya ditunduk hormat saja.

Gila! Nak kena hempuk dengan Raymie ke?

Hahaha... Takde lah!

Dia aje yang saja tak nak salam dengan Maura... Lagipun, wanita itu dah jadi hak milik abangnya... Mana boleh salam dah...

"Yelah... Elok - elok pergi..." Ujar Raymie sambil menepuk bahu adiknya.

"Jangan lupa call kami kalau sampai dekat sana nanti..." Giliran Tuan Mirul pula bersuara.

Raymen mengganguk faham sebelum dia berjalan menuju ke arah kereta yang setia menunggunya dengan di temani oleh abangnya.

Sebenarnya, ahli keluarga nya mahu menghantarnya ke lapangan terbang tetapi dia terus membantah keras.

Dia menyatakan yang dia boleh pergi sendiri aje...

Pintu kereta dibuka dan dia terus meloloskan diri masuk ke dalam perut kereta.

Cermin tingkap di turun...

"Ingat pesan aku bro..."

Raymie mempamer senyuman sambil menggangguk kepala.

Menandakan yang dia ingat akan pesan adiknya.

Seketika kemudian, kereta yang dipandu oleh Amat mula bergerak meninggalkan perkarangan rumah agam itu.

Raymen melambai - lambai ke arah mama dan abahnya sebelum cermin tingkap di naikkan semula.

Kereta mula keluar dari simpang rumah dan terus meluncur laju menuju ke arah jalan raya.

Ketika keluar simpang, dia tidak menyedari yang kereta yang dipandu oleh Amat berselisih dengan seorang perempuan separuh usia yang baru sahaja keluar dari sebuah teksi.

Setelah membayar tambang, dia bergegas menuju ke arah rumah agam itu.

Yang lain sudah mula menapak masuk ke dalam rumah. Kecuali Maura!

Dia yang baru sahaja mahu menapak masuk ke dalam rumah berpaling semula kedepan bila menyedari ada kelibat seseorang di luar pagar.

Mata di picing ke arah kelibat itu.

"Mak Som?"

MEREKA SEKARANG BERADA perkarangan hospital.

Hospital itu agak jauh dari penempatan mereka.

Maura hanya memerhati sahaja sekujur tubuh seorang lelaki akhir usia 40- an ynag telantar di atas katil itu.

Lelaki itu adalah papanya...

Mr. Allan...

Menurut Mak Som, papanya sudah terlantar di hospital itu sebulan lalu..

Papanya terlantar koma akibat kemalangan kereta yang di alami.

Menurut kata Mak Som juga, kemalangan itu berpunca dari kerosakan brek kereta.

Mengalir air mata Maura saat mendengar cerita Mak Som. Lebih perit lagi melihat keadaan papanya saat ini...

Walaupun papanya telah menghalau dirinya dulu... Dan tidak mengaku anak... Tapi rasa hormat dia pada lelaki ini masih menebal... Kerana... Seburuk apa pun lelaki ini, sejahat mana pun lelaki ini... Lelaki ini tetap bapanya...

HARI KEDUA Maura datang melawat lagi... Hari ini pun dia datang bersama Raymie... Kecuali kedua - dua mentuanya... Mereka tidak dapat datang kerana ada urusan di luar kota...

Menunggu waktu melawat memang menyeksakan...

Dia mengerling jam di tangan...

Kemudian dia mengerling ke arah lelaki di sebelahnya ini... Kelihatan Raymie tersengguk - sengguk menahan kantuk.

Tersenyum kecil Maura melihat aksi comel suaminya itu...

Lantas dia mengejutkan suaminya kerana tidak sampai hati melihat tersengguk - sengguk begitu....

Terpisat - pisat Raymie bila suara lembut Maura memanggil namanya...

"Abang... Bangun..."

Membulat mata Raymie bila suara lembut Maura menjengah telinganya. Hilang terus rasa kantuk yang menguasai dirinya tadi.

"Apa? Sayang panggil apa?" Raymie bersuara.

Dia tak salah dengar kan?

Telinga sengaja di dekatkan ke arah Maura.

Maura hanya tersenyum manis sahaja melihat tingkah Raymie itu.

"Sayang... Please... Nak dengar lagi awak panggil apa tadi..." Rengek Raymie.

Kali kedua Raymie memanggil Maura dengan panggilan sayang.

Malangnya, rengekan nya langsung tidak membuatkan Maura memanggil dirinya dengan panggilan 'abang' lagi.

Berubah cemberut muka Raymie bila rengekannya langsung tak di hirau oleh Maura.

Tapi wajah cemberut nya mula berubah bila secara tiba - tiba sekumpulan doktor dan jururawat yang merawat papa Maura menuju ke arah wad lelaki itu.

Bingkas Maura bangun dari tempat duduknya dengan di ikuti oleh Raymie. Bergegas wanita itu mendekati salah seorang jururawat yang kebetulan mahu masuk kedalam wad yang menempatkan Mr. Allan.

"Nurse... Boleh saya tahu... Kenapa semua kelam kabut ni? Ada apa yang terjadi dekat papa saya ke?" Soal Maura tanpa bertangguh.

"Maafkan kami ya Cik Maura... Papa Cik mengalami kekejangan dan oksigen drop... Jadi harap encik berdua untuk tunggu di luar dulu ya... Kalau ada apa - apa nanti... Kami akan beritahu nanti..." Beritahu jururawat itu sebelum bergegas masuk ke dalam wad.

Wajah Maura sudah mula berubah pucat dan gelisah.

Raymie yang mula perasan akan perubahan wajah isterinya terus memeluk bahu wanita itu dengan erat.

" Sabar sayang... Papa pasti takde apa - apa..." Pujuk Raymie lembut.

Tangannya mengusap lembut bahu Maura bagi menenangkan perasaan gundah wanita itu sekarang.

Maura tidak berkutik dari tadi.

Dia mengesat air mata yang entah bila mengalir ke pipi comelnya.

Matanya langsung tidak lekang dari memerhati pintu wad.

'Semoga papa tiada apa - apa yang serius...'

Doa Maura.

Lama dah tak update... Hari ni... Kita update yang ini pula.. Enjoy okay

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience