-CULIK II-

Drama Completed 30112

MENDENGUS GERAM Maura bila kelibat Raymie langsung tidak kelihatan di rumah banglo itu.

Ingatkan bila dah lancar perang dingin, boleh lah suami nya datang memujuk! Ini tidak, di tinggalkan pula dia merajuk sorang - sorang! Eeii... Geram sungguh lah!

Haih... Kalau kau tahulah keadaan suami dengan adik ipar kau sekarang, agaknya boleh lagi ke kau nak lancarkan perang dingin lagi?

MENJELANG TENGAHARI, MAURA tidak mampu untuk meneruskan lagi perang dinginnya!

Telefon pintar yang berada di atas meja solek di capai. Nombor telefon Raymie dicari sebelum gajet itu di tekap pada telinganya.

Mengeluh keras bila panggilan yang di buat masuk ke peti simpanan suara.

"Hish... Mana pulak abang ni pergi? Telefon langsung tak di jawab!" Rungut Maura sendirian. Nombor telefon Raymie di dail lagi. Pun sama... Masih masuk ke peti simpanan suara!

Rasa bersalah mula mencengkam hati... Tiba - tiba dia teringat akan kesalahan yang dia buat pada Raymie malam tadi... Aduhai... Apa yang dia nak buat ni?

Tanpa bertangguh, dia menukar pakaian yang lebih bersesuaian dan terus berlalu keluar dari bilik.

Setelah memberitahu Mak Som, dia terus memandu keretanya menuju ke rumah agam milik keluarga Raymie! Dalam keadaan sekarang, hanya rumah agam itu sahaja yang terlintas di fikirannya.

KELIBAT RAYMIE langsung tidak kelihatan sebaik sahaja dia sampai di hadapan rumah agam itu.

Maura sudah mula tidak keruan!

Aduh! Dekat mana lagi nak cari Raymie ni!

Takkan dekat rumah pusaka pulak!

Hish! Takkan lah!

Takkan lah! Rumah tu dah lama kot diorang tak singgah dan menginap walaupun mereka telah mengupah orang untuk membersih rumah itu sebulan dua kali!

ARGHH!! Tak payah fikir banyak! Yang penting sekarang, dia harus pergi ke rumah pusaka itu! Kot - kot ada Raymie ada di situ!

KAN DAH AGAK TADI! Mesti Raymie akan ke sini juga!

Tapi perasaan gembira tidak seiring dengan apa yang di pandang saat ini. Pintu sebelah penumpang kenderaan milik suaminya yang terbuka itu membuatkan dia curiga serta merta.

Enjin dimatikan... Pintu kereta dibuka sebelum dia dia bergegas menuju ke kereta milik Raymie. Dalaman kereta itu diperiksa... Tiada apa yang mencurigakan saat ini!

Rasa tidak mula menguasai diri!

Langkahnya mula di atur menuju ke pintu utama...

Kakinya sudah mula menjejak masuk kedalam rumah... Sekitar dalaman rumah di perhati dengan teliti... Sehinggalah mata nya tertancap pada pintu bilik tamu yang terbuka sedikit. Langkah nya pantas di atur menuju ke bilik tersebut.

Sekitar bilik itu perhati sebelum matanya terpaku pada pakaian yang terdampar di atas katil. Pakaian itu diperiksa.

Eh! Ini bukan pakaian milik Raymie ni! Sebab apa dia kata ini bukan pakaian Raymie... Sebab dia kenal pakaian yang selalu di kenakan oleh suaminya itu!

Ketika memeriksa pakaian itu, tangannya tidak sengaja menyentuh satu wallet yang tertimbun di bawah pakaian yang terdampar itu. Wallet itu di capai dan diperiksa.

Alangkah terkejutnya Maura bila melihat wajah seseorang yang dikenali di sebalik wallet itu!

Raymen??

Apa yang lelaki ni buat dekat sini??

Wallet itu diletakkan semula di atas katil. Handphone yang berada di beg silang nya di keluarkan dan nombor Raymie di dail.

Mendecit kegeraman Maura bila panggilan yang dibuat masih lagi masuk ke peti simpanan suara.

Handphone kembali di masuk kan ke dalam beg silang.

Dia harus cari keberadaan Raymie dan Raymen sekarang!

Dia yakin, pasti ada sesuatu yang telah terjadi pada kedua - dua lelaki itu!

Dia bergegas keluar dari rumah milik mendiang neneknya dan terus masuk ke dalam perut kereta. Enjin kereta di hidupkan... Dan tidak lama kemudian, kereta yang di pandu terus meluncur keluar dari halaman rumah itu..

Dan destinasi nya sekarang, adalah balai polis!

HAMPIR MENGINJAK malam, barulah Maura sampai di rumah.

Seharian dia mencari keberadaan Raymie dan Raymen... Tapi langsung tidak ketemu... Hatinya teringin mahu menelefon keluarga mentua nya sedang bercuti di banda besar sekarang... Tetapi niatnya di batalkan kerana tidak mahu mengganggu waktu cuti keluarga mentuanya...

Nasib baik ada seorang anggota polis yang bersedia mahu membantu dirinya dalam keadaan kesulitan... Dari apa yang dia tahu... Anggota polis itu merupakan sahabat suaminya...

Tak kisah lah... Asalkan Raymie dan Raymen ditemui segera... Hatinya masih tidak tenteram bila teringat kan kehilangan Raymie dan Raymen...

Hatinya pelik bila sekitar rumah banglo itu kelihatan gelap dan lampu berada dalam keadaan tidak menyala.

Dia melihat jam di pergelangan tangan... Dah nak dekat pukul 8 malam!

Aik! Mak Som ni! Pergi mana pulak! Takkan terlupa kot nak bukak semua lampu! Bebel Maura di dalam hati.

Langkahnya mula diatur menuju ke pintu rumah...

Dia tidak sedar yang pergerakannya di perhati oleh seseorang dari balik pintu pagar rumah banglo itu.

Pintu utama di buka dari luar... Tangannya mula menggagau mencari suis lampu.. Suis lampu telah di jumpai dan terus di petik.

Mengeluh lemah dia bila lampu tidak menyala walaupun suis telah di petik...

"Blackout rupanya..." Bisik Maura perlahan.

Haih... Nampaknya... Kena guna lampu suluh telefon lah jawabnya... Handphone yang berada di dalam beg silang di keluar kan... Kuasa lampu suluh di hidupkan... Serta merta kawasan ruang tamu kelihatan cerah sedikit hasil cahaya dari lampu handphone nya... Langkah perlahan di atur...

Belum sempat kakinya mahu menaiki anak tangga, tiba - tiba kakinya seperti tersadung sesuatu! Hampir tersungkur dia di tepi tangga.

Handphone yang berada di tangan pantas di hala ke arah benda yang di sadung tadi...

Terbeliak matanya melihat tubuh gempal milik Mak Som terlentanh di atas lantai.

"Mak Som!!" Pekik Maura sebelum meluru ke arah tubuh wanita itu.

Kepala wanita yang berlumuran darah itu pantas di pangku.

"Mak Som... Bangun Mak Som... Apa yang dah jadi ni?" Pipi dan tubuh kaku milik wanita itu di tepuk perlahan.

Ya Tuhan... Apa dah jadi dengan Mak Som sebenarnya?

Tangannya mula menggigil melihat darah yang masih lagi keluar dari kepala wanita itu.

Dia terkelu seketika!

Dia teringat akan sesuatu! Handphone!

Ya... Handphone!

Dia harus menghubungi sahabat suaminya yang di jumpai tadi. Handphone yang berada di atas lantai dicapai laju...

Terketar - ketar tangannya mencari nombor telefon Mawi... Oh... Mawi rupanya orang yang dijumpai oleh Maura siang tadi. Dah balik dari luar daerah rupanya...

Belum sempat nombor telefon lelaki itu ditekan, satu tekupan hinggap di mulut nya dari arah belakang...

Tersentak Maura dengan tekupan itu... Dia mula meronta - ronta mahu melepaskan diri... Semakin kuat dia mahu meronta, semakin kuat tekupan itu di wajahnya.

Rontaannya semakin lemah dan akhirnya di terkulai tidak sedarkan diri dalam dakapan orang itu!

Melihat Maura sudah tidak sedarkan diri, tubuh kecil molek wanita itu pantas dipaut dan terus di gendong keluar dari rumah itu. Tubuh kaku Mak Som yang berada di atas lantai dikerling sekilas dan di biarkan begitu sahaja.

Berdentum tapak kasutnya menapak keluar dari rumah itu dengan Maura yang berada dalam gendongannya!

Tubub tegap lelaki misteri itu terus memasukkan tubuh lemah Maura ke dalam kenderaan nya sebelum kenderaannya meluncur laju meninggalkan rumah banglo itu!

Tapi kan.. Siapa kah lelaki yang menculik dan membawa pergi Raymie, Raymen dan Maura ini?

Selamatkan Maura, Raymie dan Raymen

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience