BAB 9 - RUMAH SEWA -

Drama Completed 30112

"HAH?" NAK MENYEWA PULAK? " Naik sedikit suara Puan Ida bila mendengar cadangan anak sulungnya ini.

Raymen yang ingin mengambil sesuatu dari peti sejuk terhenti bila suara mamanya bergema hingga ke ruang dapur. Pintu peti sejuk dua tingkat ditutup dia terus melangkah perlahan dan berhenti di tepi dinding yang memisahkan ruang makan dengan ruang tamu.

Raymie hanya menjawab dengan anggukan sahaja soalan mamanya itu.

"Buat apa kamu nak menyewa dekat luar pulak Mie? Rumah ni kan ada untuk Mie duduk... Kenapa perlu menyewa dekat luar?" Puan Ida bertanya lagi. Matanya tajam menikam wajah anak sulungnya.

"Ma... Mie menyewa dekat luar tu bukan Mie seorang aje... Ramai lagi kawan - kawan cikgu Mie yang lain duduk menyewa sekali dengan Mie..." Jawab Raymie.

"Bukan itu jawapan yang mama nak..." Budak ni karang! Aku lesing nanti baru tahu! Orang tanya lain dia jawab lain!

"Ma... Mie menyewa dekat luar ada sebabnya... Bukan saja - saja... Bayangkan kalau Mie adakan kelas tambahan masa weekend dekat rumah ni... Tak ke nanti menganggu waktu lapang mama dengan abah? Jadi ada baiknya Mie duduk menyewa dekat luar biar senang untuk adakan kelas tambahan ke atau aktiviti berfaedah untuk pelajar - pelajar Mie nanti... " Nah! Keluar sudah ayat cikgunya!

Hampir tercetus ketawa Raymen dengar ayat penuh dramatis dari mulut abangnya. Tetapi pantas dikawal kerana tidak mahu kedua - duanya perasan akan kehadirannya disitu.

Hampir tercengang Puan Ida dengan ayat anaknya itu.

"Bolehlah Ma... Bagi Mie menyewa... Mie janji bila guru sandaran yang Mie sandaran sekarang akan habis tempohnya... Mie akan balik semula ke rumah ni... Mie janji..." Raymie menegakkan tapak tangannya seolah - olah ingin membaca berikrar. Mukanya di buat sedih untuk meraih simpati mamanya.

" Ehemm... "

Deheman seseorang dari dapur membuatkan kedua-duanya berpaling ke arah tersebut. Muncul Raymen bersama tin minuman 100 plus di tangan. Bila pula si Raymen ni ambik 100 plus dari peti sejuk? Alah... Dia ambik waktu abangnya dok merayu dekat Puan Ida tadi. Siap buat muka ala - ala sedih lagi. Ingat lawa sangat buat muka macam tu. Hodoh lagi adalah.

Amboi! Sedap benar si Raymen ni mengutuk abang dia!

"Bila masa kau ada dekat situ?" Tanya Raymie pelik. Pelik lah bila tetiba aje si Raymen ni muncul.

"Bagi ajelah dia duduk menyewa dekat luar Ma... Lagipun kalau dia ada aktiviti dekat luar ke atau dia lambat balik ke... Taklah dia menganggu penghuni dalam rumah ni nanti..." Fuh! Berdesing telinga Raymie mendengar ayat pedas adiknya. Bukan dijawab soalannya tadi malah di bagi pulak ayat pedas!

Belum sempat Puan Ida menjawab, Raymen sudah berlalu pergi dari situ bersama senyuman sinisnya. Puas hati bila dapat mengenakan abangnya tadi walaupun ayatnya pagi tadi agak kurang ajar. Nasiblah Tuan Mirul Rozai tiada disitu. Kalau tidak, mahu si Raymen ni makan penampar abahnya.

HAMPIR SEBULAN sudah dia menyewa rumah teres setingkat ini bersama tiga lagi rakannya. Kesemua mereka adalah guru sandaran. Dua orang di sekolah rendah dua lagi di sekolah menengah.

Bermacam - macam cara dipratikkan untuk mendapat kebenaran dari mamanya dan akhirnya wanita itu membenarkan jua. Kalau abahnya, apa yang dihajati akan dipenuhi tanpa banyak soal. Tapi kalau mamanya, agak payah sikit. Kalau kena dengan gayanya, barulah wanita itu membenarkannya.

"Naik pening kepala aku ni..." Rungut Syazwan lalu menghempaskan tubuhnya di atas sofa. Tangannya ligat memicit kepalanya yang sememangnya berdenyut.

Syazwan - rakan serumah Raymie merangkap guru sandaran subjek sains untuk tingkatan 5.

"Kau ni dah kenapa?" Soal Raymie. Tangannya ligat menaip sesuatu di papan kekunci komputer ribanya. Soalan Raymie diabaikan seketika. Tangannya masih lagi memicit kepalanya. Tetapi mulutnya masih lagi merungut tanpa butir bicara yang jelas.

"Kau ni dah kenapa? Dari tadi aku tanya kau langsung tak jawab..." Raymie menghentikan pekerjaan sementara bila telinganya sudah naik pekak dengan rungutan tidak jelas dari rakannya ini.

"Ni hah... Budak kelas yang aku ajar sekarang... Pening kepala aku dengan perangai dia... Asyik skip aje subjek yang aku ajar... Kadang tu... Sampai waktu aku habis mengajar, batang hidung dia pun aku langsung tak nampak..." Adu Syazwan. Pening memikirkan perangai pelajarnya yang satu itu.

" Aku bukan apa... SPM dah nak dekat... Aku just tak nak dia sia - siakan semua tu... Kalau tak nak teruskan persekolahan, datang pejabat... Ambik surat berhenti... Habis cerita... " Sambung Syazwan lagi.

Terasa rugi bila ilmu yang dipelajari di sia - siakan begitu sahaja.

" Siapa nama budak tu? " Sengaja Raymie bertanya padahal dalam hati sudah ada jawapannya.

" Maura... Alah takkan kau tak kenal... Budak kelas kau... "

Maura lagi!

Kan betul telahannya tadi. Siapa lagi yang selalu buat masalah di sekolah kalau bukan Maura selain geng Raymen.

Maura... Maura... Bila agaknya budak tu nak berubah....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience