PANTAS RAYMIE DAN RAYMEN memagungkan kepala bila pintu bilik tempat mereka di kurung di buka dari luar.
Masuk seorang lelaki dengan gaya lagaknya!
Mendengus geram Raymen bila melihat kelibat figura yang amat dikenali itu!
"Jadi... Engkaulah yang buat kitorang macam ni!" Sinis Raymen berkata walaupun berada dalam keadaan kesakitan.
"Kau kenal ke dia ni Aymen?" Soal Raymie pada adiknya.
"Mana tak kenal... Dia ni abang tiri Maura!" Ujar Raymen lagi.
Tiba - tiba lelaki bertepuk tangan sambil tertawa riang.
"Pandai kau ye Raymen walaupun dah bertahun tak jumpa aku... Kau masih ingat lagi rupanya muka aku!" Ujar Dante dengan ketawanya yang masih bersisa.
Ya... Dantelah orang yang mencederakan Raymen... Dan juga orang yang bertanggungjawab menculik dua beradik ini!
Dante mendekati Raymen yang sedang memandang tajam ke arahnya. Kemudian, matanya jatuh pada perut Raymen yang dia hiris semalam.
Tanpa rasa bersalah, perut lelaki itu dicengkam kuat.
"Arghhh!!!" Meraung Raymen bila Dante mencengkam perutnya.
"Jangan!!!" Jerit Raymie bila melihat Raymen diperlakukan sebegitu oleh Dante.
"Sedap tak?" Ejek Dante bersama senyuman sinisnya.
"Kalau kau nak lawan... Lawan aku! Bukan adik aku!" Tengking Raymie.
"Diamlah!!"
Bukk!!
Satu tumbukan padu hinggap Di wajah Raymie sehingga membuatkan dia tersungkur Di atas lantai.
Tersembur darah keluar dari mulut Raymie.
"Bro!!" Jerit Raymen bila giliran Raymie pula mendapat habuan dari Dante tak guna ni!
"Mulut kau ni bau longkang tau tak!" Cemuh Dante sebelum dengan selamba nya meludah di tepi Raymie yang masih tersungkur di atas lantai.
Kurang ajar!
Langsung takde adab!
Dia bangun dari mencangkungnya tadi dan berdiri tegak di hadapan kedua - dua beradik ini.
"Kalau nak di ikut kan hati... Lunyai jugak korang berdua ni aku kerjakan! Tapi... Nak buat macam mana... Kena tunggu surprise pulak!"
Ayat terakhir yang keluar mulut busuk Dante ini membuatkan Raymen dan Raymie terus memanggung kepala masing - masing...
Tersenyum sinis Dante bila ayat nya tadi berjaya membuat kedua - dua beradik ini berada kehairanan!
" Alah... Korang akan tahu suprise tu nanti! Tak payah nak buat muka hodoh macam tu!"
Ceh! Sesuka hati dia aje panggil si Raymie dengan Raymen ni hodoh!
Dia yang hodoh kata orang pulak! Kalaupun muka macam rumah tak siap, perangai elok... Takpe lah jugak!
Ini tidak... Perangai dengan muka Sama aje naik!
Bunyi pintu di buka membuatkan Dante tersenyum sinis!
Mesti surprise yang di kata tadi dah masuk!
Terbeliak mata kedua - dua beradik itu bila masuk susuk tubuh yang amat di kenali oleh mereka ke dalam ruang itu.
"Maura!!" Serentak kedua -duanya menyebut nama wanita itu!
"Eh! Kau nak buat dengan dia hah!" Tengking Raymie bila melihat wajah sebelah kanan isterinya itu kelihatan bengkak dan mula membiru!
"Wo.. Wo.. Wo... Jangan marah - marah, bro... Relaks okay! Relaks!" Josan mula bersuara. Tubuh kecil molek milik Maura masih lagi berada di sebelahnya.
"Kau nak beria marah sangat ni dah kenapa? Sikit aje aku bantai muka bini kau ni... Itu baru aku bantai muka... Belum lagi aku bantai body dia..." Ujar Josan dengan wajah miang nya. Rambut kusut milik Maura di main perlahan. Maura sudah memejamkan mata nya ke arah lain bila melihat tingkah miang Josan ini. Dia sudah geli gelaman dengan ayat miang lelaki ini...
"Kau jangan nak kurang ajar lah!" Herdik Raymie.
Hatinya sudah tidak keruan melihat tingkah lelaki itu dengan selambanya menyentuh tubuh badan wanita kesayangan nya itu.
Josan hanya tertawa sahaja mendengar herdikan Raymie itu.
Rahang Maura pantas di cekau sebelum wajah wanita itu di unjuk ke arah Raymie dan Raymen.
"Yang kau nak back up sangat perempuan ni dah kenapa... Kau lupa ke... Kisah lalu kau dulu... Kau hampir nak mampus di sebabkan perempuan ni... Kau dah lupa ke..." Sengaja Josan menambah bara api yang sudah sedia panas saat ini.
"Aku yakin... Kau takkan lupa punya... Dan kau tengok sekarang... Disebabkan dia ni jugak... Adik kau pun hampir mampus jugak... Kau tak kesian ke dekat adik kau tu..." Mata nya di kerling ke arah Raymen yang kebetulan sedang memandang tajam ke arah nya. Kelihatan nafas Raymen termengah - mengah menahan sakit luka di perut.
"Dan sekarang... Aku tak nak cakap banyak... Aku nak kau sign dokumen ni..." Tangan nya memberi isyarat pada Dante untuk membawa dokumen itu kepada dia. Rahang Maura yang di cekau tadi dilepaskan kasar sebelum dokumen yang di bawa oleh Dante tadi di unjuk ke arah Maura pula.
Kelihatan Maura teragak - agak mahu menandatangani dokumen itu.
Melihat tingkah teragak - agak Maura itu, sepucuk pistol terus di unjuk ke arah Raymie dan Raymen.
Terjerit kecil Maura melihat tindakan Josan itu!
Serta merta bunyi tembakan yang meragut nyawa mamanya mula terngiang di fikiran.
Tubuhnya mula menggigil ketakutan melihat tindakan Josan itu.
Dokumen yang di campak oleh Josan di hadapan nya tadi di tarik sebelum pen yang berada di sebelah dokumen di capai.
Terketar - ketar dia menandatangani dokumen itu.
Tersenyum sinis Josan bila melihat Maura sudah menandatangani dokumen itu.
"Good girl! Sekarang segala aset yang ada dekat kau dah jadi hak milik kitorang... Dan kau pulak... Dah jadi hak milik aku!"
"Kau jangan main gila lah, Josan!!!" Pekik Raymie.
"Apa yang main gila nya!! Kau kena sedar yang perempuan jahat ni tak layak untuk lelaki 'baik' macam kau! Yang layak nya... Aku aje..."Terjerit kecil Maura bila leher nya mula di paut oleh lengan sasa Josan.
"Kau nak ke hah perempuan yang dah menjahanamkan hidup kau dulu... Aku berani yakin lah... Jauh dalam hati kau tu... Kau masih tak maafkan perempuan ni lagi... Dia kan perempuan jahat... Kau nak ke hah benih kau nanti lahir dari rahim perempuan yang dah hancurkan dan malukan kau... Kau nak ke hah, Raymie!" Josan mula mahu psiko Raymie.
Berubah kelat muka Raymie bila ayat Itu keluar dari mulut lelaki tak guna ini!
Melihat wajah kelat Raymie, Josan bersuara lagi.
"Kau dah betul - betul ke maafkan perempuan jahat ni... Kau nak ke hidup dengan perempuan yang dah musnahkan kepercayaan mak bapak kau..."
"Weh... Dahlah... Tak payah lah kau nak provok lagi... Kau dengan mulut kau sama ajelah... Macam longkang!!" Giliran Raymen pula menangkis provokasi Josan ini.
Maura yang melihat riak diam Raymie sudah kembali menangis.
Sedikit sebanyak provokasi yang di buat oleh Josan itu meresap ke dalam hati nya.
Ya... Selama ini... Dia hanya melihat kasih sayang yang tidak henti di curahkan oleh Raymie pada dirinya...
Tapi... Adakah Raymie bahagia hidup bersama dirinya... Hidup bersama perempuan yang telah mempermalukan dirinya dahulu? Yang membuat orang tua sendiri hilang kepercayaan pada diri lelaki itu!
"Wah.... Ada back up nampak! Dah... Tak payah banyak cakap lagi... Dalam dokumen tu... Perempuan ni dah pun sign tentang pindahan harta dan juga... Surat penceraian... Jadi kau fikirkan semula tawaran aku tu tadi... Perempuan ni... Aku bawak... Kau jangan risau... Aku takkan usik... Selagi dia masih isteri kau..." Ujar Josan bersama kenyitan matanya. Tubuh Maura yang masih menggigil di paut kasar lalu tarik keluar dari ruangan tersebut.
"Abang!!! Abang!!" Jerit Maura.
"Maura!! Maura!!!" Pekik Raymie.
"Kau nak bawak dia pergi mana hah, jahanam!!!"
Bukkk!!!
Satu sepakan di tala oleh Dante ke arah mukanya sehingga kan dia kembali tersungkur di hadapan adiknya.
"Bro!!!" Jerit Raymen bila sekali lagi wajah abangnya mendapat habuan dari kaki Dante tak guna ini!
"Simpan sikit tenaga tu... Tak payah nak terpekik terlolong sangat!" Cemuh Dante sebelum berlalu pergi dari situ.
Raymie hanya mencerlang tajam ke arah kelibat Dante yang sudah menghilang di balik pintu.
Ya Tuhan... Selamatkan lah mereka bertiga ini dari cengkaman mereka yang tidak berperikemanusiaan ini!
Memang gila lah si Josan ni...
Share this novel