MAURA PANTAS meletakkan susu di atas meja kerja Raymie. Cepat - cepat dia melangkah pergi dari situ bila kerjanya sudah selesai.
"Kau nak pergi mana tu?" Suara garau Raymie bergema menghentikan langkahnya.
Pantas dia berpaling semula ke belakang menghadap wajah tidak beriak Raymie yang sedang fokus pada komputer riba.
"Saya nak keluar lah... Nak buat kerja..." Jawab Maura.
"Tak payah... Kau teman kan aku dekat sini..." Arah Raymie.
"Hah? Teman kan Encik?" Bulat mata Maura mendengar arahan lelaki ini.
"Yelah... Temankan aku..."
"Tapi kerja saya..."
Tak jadi Maura mahu menghabiskan ayatnya bila pantas di potong oleh Raymie.
"Kerja kau tu biar Kak Su buatkan... Kau duduk sini temankan aku sampai kerja aku habis... Faham?" Arah Raymie tegas.
Nak tak nak, akhirnya Maura mengangguk juga. Punah lah harapannya nak belajar cara buat kek dengan Kak Su gara - gara arahan si bapak singa ni!
Kakinya di bawa lemah menuju ke arah sofa yang terletak berhampiran dengan meja kerja Raymie.
Aduhai! Ni yang malas ni!
Kenapalah orang yang letak sofa ni pun hampir sangat dengan meja kerja mamat singa ni!
Dia mengeluh di dalam hati.
Tubuhnya dihenyak perlahan di atas sofa tersebut.
Raymie hanya tersenyum sinis melihat wajah monyok Maura.
Sengaja dia menyuruh Maura berada di dalam bilik kerjanya ini kerana dia tidak mahu Maura belajar buat kek dengan Kak Su.
Sebenarnya, bukan nya dia tak mahu Maura belajar buat kek. Malah dia gembira bila gadis itu berminat mahu belajar cara pembuatannya. Tapi bila telinganya mendengar sendiri yang gadis itu mahu belajar membuat kek kerana mahu menyambut hari lahir Raymen lagi dua hari, serta merta dia menghentikan niat gadis itu.
Ceh! Busuk hati sungguh lah kau ni Raymie!
Biarlah busuk hati pun, asalkan gadis itu berada di hadapan nya sekarang dan bukan buat kek dengan Kak Su di dapur.
Huii! Cemburu berhantu ni nampak gayanya si Raymie ni!
RAYMIE memusing tubuhnya ke kiri dan ke kanan bagi meregangkan urat dan sendinya setelah hampir 3 jam duduk menghadap komputer riba.
Cermin mata yang bertenggek di batang hidungnya dibuka. Wajahnya di raup perlahan. Telefon pintar di atas meja di capai dan dibuka. 11.30 malam! Patutlah rasa sengal pinggang!
Telefon diletakkan semula di atas meja kerjanya. Matanya meliar mencari kelibat Maura. Matanya terhenti pada sekujur tubuh yang sedang terlena di atas karpet bersebelahan rak buku yang ketinggian nya sederhana. Pantas dia melangkah menuju ke arah di mana Maura sedang terlena.
Dia bertinggung di sisi Maura. Buku yang berselerakan di sisi gadis itu di capai dan di susun ke tepi rak. Wajah gadis yang terlena itu di pandang lagi. Satu saja yang dia perasan akan perihal gadis ini. Gadis itu akan mudah terlena walaupun di mana dia berada. Dan tidur mati!
Dari bertinggung, dia melutut di hadapan gadis itu. Tubuh kecil molek yang masih terlena di atas karpet itu di bawa ke dalam dakapannya lalu dicempung dengan mudah. Maura tidak terkesan langsung dengan keadaan itu. Dia masih lagi dengan lenanya.
Tubuh halus itu dibawa menuju ke pintu akses yang menghubungkan antara bilik tidur dengan bilik kerjanya. Itulah kemudahan yang dia sendiri cipta bagi memudahkan dirinya untuk melakukan pekerjaan di bilik kerjanya itu. Pintu akses itu di buka. Tubuh Maura di bawa menuju ke arah katil. Perlahan - lahan tubuh halus itu di letakkan di atas tilam.
Wajah yang terlena itu di pandang lagi.
"Kau baik sebenarnya Maura... Tapi... Apa penyebabnya sampai kau sanggup lari dan masuk ke dalam rumah aku waktu tu..." Bisik Raymie perlahan.
Sejujur nya, peristiwa enam tahun lalu masih berlegar di fikirannya saat ini. Wajah ketakutan Maura dengan pakaian yang tak terurus waktu itu masih jelas di matanya.
Terdetik di dalam hati ingin mencari punca apa yang sebenarnya telah berlaku waktu itu sehingga mereka berdua terikat sampai sekarang.
Fikirannya berkaitan peristiwa enam tahun lalu berkecai bila secara tiba - tiba Maura mendakap tubuh Raymie yang sedang berbaring menyendeng di sisinya. Hampir rebah tubuh Raymie dengan tindakan Maura tersebut.
Terpana Raymie dengan tindakan luar sedar Maura itu. Dia cuba untuk meleraikan dakapan gadis itu pada dirinya tetapi tidak berjaya bila gadis itu mengeratkan lagi dakapan nya. Malah kepalanya selamba sahaja di letak di atas lengan sasa milik Raymie.
Laju jantung Raymie mengepam darah bila melihat keadaan mereka sekarang. Peluh dingin sudah mula terbit di dahinya.
"Maura..." Panggil Raymie perlahan. Tubuh gadis yang mendakap erat tubuhnya cuba di leraikan tetapi langsung tak berjaya.
Naik sesak nafasnya bila melihat susuk tubuh Maura yang begitu menggoda di matanya.
'Ya Tuhan... Kautkanlah iman aku...' Doa Raymie di dalam hati.
Air liur di telan berkali - kali bila melihat betis putih milik Maura yang jelas terpampang di hadapannya akibat kain sarung yang dipakai oleh Maura tersingkap ke atas sedikit.
"Hmm..." Maura merengus bila lenanya sedikit terganggu akibat goncangan tangan Raymie pada tubuhnya. Tapak tangan kembali di letak di atas dada bidang Raymie.
Situasi itu membuatkan Raymie menjadi semakin tidak keruan.
Dup dap Dup dap!!
Telinga nya dapat menangkap bunyi jantungnya saat ini.
Di saat dia mendengar bunyi jantungnya sendiri, telinganya sempat mendengar kata - kata keluar dari mulut gadis ini.
"Jangan tinggalkan saya... Saya takut..." Ujar Maura perlahan bersama mata terpejam.
Raymie mengangkat kepalanya memandang ke arah Maura yang masih terlena di dalam dakapan nya. Mengigau rupanya!
Dia memicing sekali telinganya untuk mendengar apa yang di ucapkan oleh gadis itu tadi tetapi hampa bila yang kedengaran hanyalah dengkuran halus gadis itu.
Apa maksud dia ni? Jangan tinggalkan dia? Apa yang telah berlaku sebenarnya?
WAJAH MAURA kelihatan resah sekali. Apa yang di lakukan serba tidak kena sahaja. Perlakuan nya itu membuatkan Kak Su turut pening.
"Dah kenapa kamu ni macam cacing kepanasan pulak Kak Su tengok?" Tegur Kak Su. Segala kerja yang dia buat di hentikan seketika bila melihat wajah resah Maura. Tak senang hatinya bila melihat wajah tegang gadis itu.
"Puan ada singgung kan hati kamu ke Maura?" Tanya Kak Su.
Pantas Maura menggeleng kepalanya.
"Mana ada Kak Su... Mama okay ajelah..." Sanggah Maura.
Puan Ida langsung tiada buat masalah pada dirinya. Malah sejak akhir - akhir ini, dirinya sentiasa mendapat layanan ynag istimewa dari wanita itu.
Tapi yang sedang berlegar di kepalanya sekarang adalah...
" Habis tu... Apa yang buat kamu resahkan sangat ni?" Kak Su menyoal lagi.
Maura hanya diam sahaja tanpa berniat mahu menjawab soalan Kak Su. Tangannya masih mengelap pinggan mangkuk ynag sudah siap di basuh.
"Su..."
Tak jadi Kak Su mahu membuka mulut bila suara Puan Ida bergema di ruang dapur.
"Ya Puan..." Jawab Kak Su.
"Kamu ikut saya keluar ke pekan ya... Tuan kamu takde... Dia keluar awal pagi tadi dengan Aymen..." Arah Puan Ida sebaik sahaja sampai di ruang dapur.
"Baik Puan..."
Mata Puan Ida melirik ke arah menantu nya pula.
"Maura boleh kan tinggal sorang dekat rumah..." Soal Puan Ida prihatin.
"Eh... Maura okay aje Ma..." Jawab Maura bersama senyuman.
"Okaylah macam tu... Mama dengan Su keluar dulu... Kalau ada apa - apa nanti... Call mama terus ya..." Pesan Puan Ida.
"Okay Ma..."
Hilang sahaja kelibat kedua - duanya, Maura kembali menyambung tugas yang ditinggalkan oleh Kak Su tadi.
Bunyi tapak kaki di belakang membuatkan Maura tersenyum sendiri.
Mesti ada Kak Su tertinggal barang ni!
"Kak Su tinggal apa pulak lagi ni?" Pantas dia berpaling kebelakang bersama buih sabun yang melekat di tapak tangan.
Tergamam dia bila melihat susuk tubuh Raymie ynag disangka Kak Su tadi berdiri dekat dengan dirinya. Lebih parah, buih sabun yang berada di tangan nya terpalit sedikit pada wajah lelaki ini.
"Aduh... So... Sorry..." Ujar Maura tergagap - gagap. Tangan nya pantas di cuci lalu wajah Raymie yang terpalit dengan buih sabun di lap perlahan dengan tapak tangannya yang masih basah.
"Maafkan saya encik..."
Aduh! Macam mana dia boleh terpalit buih sabun dekat mamat singa ni! Lebih - lebih lagi bila tengok wajah tak beriak si Raymie ni! Kecut perut dia jadinya!
"Saya pergi ambik kain bersih kejap..." Ujar Maura. Dia ingin beredar dari situ tetapi tak berjaya bila kedua - dua belah tangan Raymie sudah mengepung dirinya pada tepi singki.
"Err... Encik... Bagi laluan... Saya nak pergi ambik kain bersih..." Gugup Maura meminta laluan. Dia cuba untuk mengeluarkan dirinya dari kepungan Raymie tetapi tidak berjaya bila lelaki itu membongkok kan tubuhnya menghadap dirinya.
"Encik..." Rayu Maura.
Mata lelaki yang memandang tajam wajahnya itu tidak dipandang langsung. Selebihnya dia malu dengan kejadian pagi bila melihat wajah Raymie ini.
Yelah! Mana tak malunya! Bagai nak tersembur biji mata dia melihat dirinya berada dalam dakapan Raymie saat bangun pagi tadi. Yang tak boleh tahannya, tangan nya sendiri turut mendakap tubuh sasa Raymie. Malah, kepalanya juga turut terlentok manja dekat lengan lelaki ini pula!
Aduhai! Malu betul bila diingatkan semula kejadian pagi tadi!
"Kenapa muka kau tiba - tiba merah?" Tanya Raymie bila melihat wajah Maura berubah merah secara tiba - tiba.
"Ke kau ingat..." Ayat nya tidak dapat di sambung bila Maura cepat - cepat memintas.
"Errr... Boleh bagi lalu tak encik... Saya nak ke depan kejap..." Pinta Maura.
Dia tidak betah berdiri lama di tepi singki itu. Lebih - lebih lagi di hadapan lelaki yang sedang mengepung dirinya saat ini. Boleh jadi lemas dia dibuatnya.
"Panggil aku abang!"
"Hah?"
Wajah Maura berubah keliru.
"A... Abang??"
"Ya... Abang..."
Lembut Raymie menyebutnya.
Abang??
Bila masa lelaki ini menggelarkan dirinya abang?
Lain macam si Raymie ni!!
Share this novel