BAB 20 - SELAMATKAN MAURA -

Drama Completed 30112

"DAH BANGUN PUN anak mama ni..."

Sapa Puan Ida bila melihat kelibat anaknya menuruni tangga. Dia dan suaminya sudah bersedia untuk sarapan bersama di ruang makan.

"Good morning abah mama..." Ucap Raymie setelah sampai di meja makan. Kerusi berhadapan mamanya ditarik.

"Good morning... Mie nak makan yang mana satu... Ada mihun... Ada nasi goreng... Biar mama ceduk kan.." Beria - ria Puan Ida mahu mencedukkan sarapan untuk anaknya tetapi pantas dihalang oleh anaknya.

"Takpe Ma... Biar Mie ceduk sendiri..."

"Hish kamu ni... Biarlah mama cedukkan..." Muka Puan Ida sudah berubah cemberut bila dihalang sebegitu oleh anaknya.

"Ok... Ok... Mie bagi mama cedukkan..." Tak sampai hati bila melihat wajah wanita kesayangannya cemberut begitu.

Hilang terus wajah cemberut nya dan diganti pula dengan wajah ceria.

"Mie nak apa?" Soal Puan Ida.

"Mie nak makan mihun gorenglah..."

"Ok..."

Mihun goreng diceduk ke dalam pinggan dan dihulur kepada anaknya.

"Thanks Ma..."

"Welcome..."

Tersenyum kecil Tuan Mirul Rozai bila melihat telatah isteri dan anaknya itu. Senyuman mati bila telefon pintarnya tiba - tiba berbunyi menandakan panggilan masuk. Poket diseluk untuk mengambil telefon pintarnya. Dia memandang pelik nombor yang tidak dikenali.

"Siapa pulak telefon ni?" Bisik Tuan Mirul Rozai perlahan tapi sempat didengar oleh anaknya.

"Apa bah? Siapa call?" Tanya Raymie.

"Aaa... Takde apa... Mungkin panggilan dari kilang kot... Abah jawab call dulu..." Pinta Tuan Mirul Rozai lalu bangun dari tempat duduknya dan berlalu jauh sedikit dari dari anak dan isterinya.

Ikon hijau di skrin telefon di gesek.

"Helo... Siapa ni?" Jawab Tuan Mirul Rozai setelah dirasakan agak jauh dari ruang makan.

Berderau darah Tuan Mirul Rozai bila mendengar suara cemas seseorang dari talian sebelah.

"Maura?" Tuan Mirul Rozai menyebut nama itu.

Bulat mata si bapa mentua bila mendengar apa yang terjadi pada menantunya di talian sebelah.

"Ok... Maura stay situ dulu.... Tunggu abah datang..." Talian dimatikan dan dia terus melangkah laju menuju ke ruang makan.

"Ida... Mie... Abah tak dapat nak sarapan bersama dengan kamu berdua... Abah kena keluar sekarang... Urgent..." Tanpa bertangguh, dia berlalu dari situ dan terus menuju ke luar rumah untuk ke keretanya.

"Kejap bah... Nak Mie temankan ke?" Tanya Raymie dengan suara yang agak kuat memandangkan abahnya sudah jauh di ruang tamu.

"Tak payah..." Laju Tuan Mirul Rozai menjawab sebelum hilang di balik pintu.

"Hal apa pulak kelam kabut pagi - pagi macam ni? Selalunya tak pernah macam ni..."Rungut Puan Ida sendirian. Pelik juga hatinya bila melihat sikap kelam kabut suaminya pagi ini. Selama ini, apa yang berkaitan dengan masalah kilang atau pun masalah ladang - ladang mereka yang lain, Tuan Mirul Rozai tetap tenang menyelesaikan nya. Tapi hari ni, berlainan benar sikap Tuan Mirul Rozai.

Raymie mendiamkan diri sahaja walaupun didalam hati terdetik juga rasa ingin tahu. Mihun yang berada dipinggan disuap ke mulut.

"KORANG NAK APA LAGI? AKU DAH CAKAPKAN... Aku takkan jual tapak rumah pusaka ni kat korang... Korang tak reti bahasa ke hah?" Marah Maura bila melihat sekumpulan lelaki yang masih berdiri tegak hadapannnya.

"Aku cakap jual... Kau jual ajelah... Yang kau degil sangat ni dah kenapa?" Marah salah seorang dari mereka. Wajah bengis nya memandang tajam ke arah Maura.

"Berapa kali aku cakap... Aku tak nak jual..."

"Eh minah ni... Degil pulak dia... Ni yang buat aku naik angin ni..." Lantas lengan gadis berdiri di hadapan nya di rentap lalu di bawa ke tengah - tengah halaman rumah.

"Kau nak aku bogelkan badan kau ke baru kau nak jual tapak rumah buruk ni?" Soal Si Ketua bersama senyuman miangnya. Sudah lama dia mengimpikan tubuh genit gadis ini. Maura sudah tidak keruan dengan reaksi miang si ketua. Belum sempat tangan si ketua menyentuh pakaian Maura, satu suara menghalang tindakannya.

"Hentikan..."

Pantas si ketua dan Maura berpaling ke arah suara itu. Tuan Mirul Rozai kelihatan dipandangan mata mereka kini. Di belakang lelaki itu terdapat beberapa orang diyakini para pekerja lelaki itu.

"Aduh! Siapa pulak orang tua ni? Tetiba aje muncul aje dekat sini?" Marah si ketua. Marahlah sebab plan nak buat benda tak senonoh dekat Maura tak jadi. Dia mendengus geram.

Si ketua melepaskan Maura lalu berjalan dengan gaya samseng menuju ke arah Tuan Mirul Rozai.

"Kau siapa tetiba muncul dekat sini? Kau sugar daddy minah ni ke?" Amboi! Bukan main mulut si penyangak ni!

Tuan Mirul Rozai yang mendengar tuduhan si ketua penyangak ini hanya diam sahaja walaupun dalam hati mahu saja melayang penumbuknya tetapi disabarkan juga demi keselamatan Maura.

" Aku nak buat satu tawaran dengan kau..." Tiba - tiba Tuan Mirul Rozai membuat satu tawaran.

"Tawaran? Tawaran apa?" Soal Si Ketua dengan agak gelojoh. Mata nya bersinar galak bila mendengar saja perkataan tawaran.

Tersenyum sinis Tuan Mirul Rozai dengan kegelojohan si ketua. Nampaknya mangsa dah makin dekat jerat.

"Aku tawarkan dekat korang 50 ribu tapi dengan syarat... Lepaskan dia dan tapak rumah ni..."

Terkejut semua yang berada di situ mendengar tawaran dari lelaki ini. Termasuk juga Maura!

Bulat mata Maura saat mendengar jumlah tersebut. Tuan Mirul Rozai ni dah hilang akal ke sampaikan tawarkan sejumlah wang tunai sebanyak itu?

Wajah si ketua berubah teruja bila mendengar jumlah yang ditawarkan oleh lelaki ini. Kaya aku kalau dapat duit tu. Tapi kalau aku lepaskan minah ni, melepaslah aku nak merasa dia... Hish... Susah kalau macam ni... Desis hati si ketua.

"Macam mana? Peluang hanya sekali... Kalau kau tak nak..." Belum habis ayatnya, si ketua pantas memotong.

"Ok... Ok... Aku terima tawaran kau... Aku lepaskan perempuan ni dan juga tapak rumah dia..." Akhirnya si ketua setuju. Duit yang ditawarkan oleh Tuan Mirul Rozai benar - benar menggoda dirinya.

"Ok... Tan..." Panggil Tuan Mirul Rozai kepada salah seorang dari pekerjanya.

"Ya Tuan..." Muncul pekerja yang di panggil Tan tadi dibelakangnya.

"Bagi sini saya punya fail..."

Fail berwarna yang berada hitam dihulur ke arah bos besarnya. Tuan Mirul Rozai menyambut fail tersebut. Isi fail dibuka. Sebuah buku cek diambil bersama sebatang pen. Jumlah terus di tulis dalam buku cek tersebut. Selesai menulis, cek di koyak dari buku dan terus diserahkan kepada ketua.

"Nah... 50 ribu..."

Pantas kertas cek itu diambil oleh si ketua.

"Ini cek betulkan..." Soal si ketua dengan nada yang curiga. Kertas cek itu dibelek. Mana tahu yang lelaki di depannya ini menipu dia pula.

"Cek betullah... Kau ingat muka aku ni muka penipu ke?" Amboi! Orang dah bagi cek masih lagi nak berlagak. Dasar samseng jalanan!

"Ok... Kau dah dapat apa yang kau nak kan... Sekarang... Aku nak korang blah dari sini..." Selamba badak Tuan Mirul Rozai menghalau.

"Amboi... Garang betul orang tua ni... Ok... Kitorang blah... Tapi ingat... Kalau aku dapat tau yang cek ni palsu... Nahas aku kerjakan kau..." Ugut Si ketua sebelum pergi dari situ bersama rakan - rakannya.

Pegidah!!!

Dah ambik duit orang, lepas tu main ugut - ugut pulak. Tak malu sungguh!

Maura memerhatikan urusan antara kedua - duanya hanya mendiamkan diri sahaja. Terasa dirinya tidak berguna bila digunakan dengan kuasa duit. Dia menangis dalam diam.

Tapi lain pula bagi Tuan Mirul Rozai. Dia berbuat begitu adalah untuk menyelamatkan Maura semata - mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience