BAB 41 - MAAFKAN PAPA MAURA -

Drama Completed 30112

HAMPIR REBAH tubuh kecil molek Maura bila diberitahu keadaan Mr. Allan berada dalam keadaan tenat.

Mulutnya terkunci rapat saat diberitahu lagi yang Mr. Allan bila - bila masa boleh pergi.

Lemah segala anggota badannya. Tubuhnya yang hampir rebah pantas di paut oleh Raymie yang setia menemani dirinya dari tadi.

Dia bawa ke arah kerusi yang berada di luar wad.

Tubuhnya di duduk perlahan oleh Raymie di situ.

Sepantas itu juga Raymie duduk bersebelahan isterinya.

Wajah Maura yang tidak beriak di tekup dengan kedua - dua belah tangan lalu di hadap ke arah dirinya.

"Maura... Hei... Sayang... Look at me..." Seru Raymie lembut.

Wajah comel yang sudah berlinangan air mata itu di tatap dengan pandangan lembut.

"Sayang... Look at me... Jangan macam ni..." Pujuk Raymie.

Tidak lama kemudian, tangisan Maura mula bergema.

Raymie menjatuhkan kedua - dua belah tapak tangannya dari wajah Maura lalu tubuh kecil molek itu di sauk dalam dakapannya.

Mengongoi Maura dalam dakapan Raymie.

Raymie hanya membiarkan sahaja Maura menangis di dadanya.

Biarlah...

Kalau dengan cara ini dapat menenangkan kesayangan nya ini... Dia rela...

Tapi keadaan itu tidak lama bila kelibat seorang jururawat menghampiri mereka yang sedang berdakapan.

"Cik Maura... Ada baiknya Cik masuk kedalam sekarang... Keadaan papa Cik berada dalam keadaan tenat sekarang..." Beritahu jururawat itu kepada Maura dalam keadaan nada yang sedih.

Maura yang mendengar ayat jururawat itu pantas meleraikan dakapannya pada Raymie sebelum bangun dan melangkah laju mengikuti langkah jururawat yang sudah berada di hadapan pintu wad.

Raymie juga pantas mengatur langkah mengekori langkah isterinya.

AIR MATA Maura tidak henti mengalir bila melihat keadaan papanya tercungap - cungap itu.

Dia melutut di tepi katil lelaki akhir usia 40 - an itu dan tapak tangan lelaki itu digenggam erat.

"Pa..." Panggil Maura bersama tangisan yang belum reda.

Kelihatan mata Mr. Allan terbuka sedikit. Mata lelaki itu seperti menoleh ke arah Maura.

Tiba - tiba bergenangan air mata membasahi pipi lelaki itu.

Esakan nya juga kedengaran.

"Pa..." Panggil Maura lagi.

Dia bangun dari melututnya dan terus membongkok ditepi katil papanya. Tangan papanya yang di genggam di bawa ke muka nya.

Raymie yang melihat situasi sedih itu tidak dapat menahan kesedihan. Mukanya pantas di paling ke arah lain.

" M... Mau... Ra..." Susah payah Mr. Allan mahu menyebut nama anaknya. Apatah lagi, separuh mukanya di tekup dengan topeng oksigen.

Suaranya amat perlahan tetapi sempat di dengar oleh Maura.

Maura menadah telinganya menghampiri wajah papanya.

"Ma... Ma... Maafkan... Pa... Pa... Pa... Pa... D.. Dah... Ba... Ban... Nyak... Bu... Buat... Sa... Lah... De.. Ngan... Ma... Mau... Ra... Pa... Pa... Min... Tak... Ma... Maaf..." Satu persatu Mr. Allan mengeluarkan ayatnya dalam keadaan kepayahan. Matanya masih tunak memandang wajah anak perempuannya bersama linangan air mata.

Maura yang mendengar ayat yang di ucapkan oleh papanya itu walaupun dalam keadaan kepayahan terus menggeleng laju.

"Tak... Papa tak buat salah pun dengan Maura... Maura yang banyak buat salah dengan papa... Maafkan Maura pa..." Tangis Maura ditepi muka papanya.

Air mata sudah tidak mahu di bendung lagi.

Begitu juga dengan Mr. Allan.

Air mata masih lagi berlinang di wajahnya.

Tiba - tiba pernafasan lelaki itu mula tidak stabil. Mr. Allan mula tercungap - cungap.

Maura yang melihat keadaan papanya itu mula menjerit memanggil nama papanya.

"Pa... Kenapa ni pa... Kenapa..." Panggil Maura.

Doktor dan Jururawat yang berada di sisi Mr. Allan mula melakukan tugasnya masing - masing.

Suasana di katil Mr. Allan mula kelam kabut.

"Cik... Tolong ke tepi dulu ya..." Arah jururawat bertugas kepada Maura.

"Tak nurse... Tak... Saya tak nak... Saya nak duduk sini..." Tangis Maura.

Genggaman di tangan papanya makin dieratkan.

"Cik... Tolong ya..." Arah jururawat itu lagi.

Raymie yang berada di belakang Maura pantas memegang bahu wanita itu.

"Sayang... Please... Dengar cakap nurse..." Pujuk Raymie lembut.

"Tak abang... Maura nak dekat dengan papa... Maura tak nak papa pergi... Maura banyak dosa dengan papa... Maura nak papa..." Balas Maura.

Pernafasan Mr. Allan mula tidak terkawal.

Dan akhirnya...

Bip... Bip... Bip...

Bunyi Bip yang panjang mula kedengaran.

Genggaman Mr. Allan di tangan Maura mula terkulai.

Terpana Maura melihat keadaan papanya yang sudah tidak berkutik.

Matanya di tarah pada mesin pernafasan yang memaparkan garis lurus.

"Papa..." Seru Maura perlahan.

Matanya langsung tidak berkalih dari memandang wajah papanya.

"Maafkan kami cik... Kami sudah sedaya upaya untuk cuba menyelamatkan Mr. Allan... Tapi... Tuhan berkehendak begitu... Sekali lagi maafkan kami..." Ujar doktor yang merawat Mr. Allan dengan nada sedih.

Lidah Maura sudah mula terasa kelu.

Wajah papanya yang sudah tidak berkutik itu di ditekup dengan kedua - dua belah tangannya.

"Pa... Jangan bergurau dengan Ara Pa... Mesti papa tidur ni... Sebab papa letih kan... Pa... Bangunlah... Jangan buat Ara takut Pa..." Maura sudah mula melalut.

Di gerak - gerak tubuh tidak berkutik milik Mr. Allan.

Raymie yang tidak tahan melihat keadaan Maura pantas memaut bahu Maura dari belakang.

" Sudah sayang... Papa dah takde... Papa dah pergi tinggalkan kita... " Ujar Raymie dengan nada getar menahan tangis.

"Tak.... Papa mesti nak bergurau dengan Ara kan... Sebab dah lama papa tak bergurau... Tu yang saja papa buat macam ni..." Maura masih lagi dengan ayat melalutnya.

"Maura... Listen to me... Papa dah takde sayang... Papa dah takde!" Tidak dapat tidak, Raymie terpaksa meninggi kan suara nya demi untuk menyedarkan isterinya.

Demi sahaja mendengar ayat Raymie itu, tangan nya yang sedang menggerakkan tubuh kaku Mr. Allan terhenti sebelum tubuhnya perlahan - lahan melorot di tepi katil yang menampung tubuh kaku Mr. Allan.

"Papa..." Seru Maura perlahan.

Raymie yang turut melutut di sisi Maura terus memaut tubuh kecil itu dekat ke arahnya bila tangisan Maura membingit sekali lagi.

Kepala wanita kesayangan nya yang berada di dadanya di usap lembut.

Akhirnya, segala penderitaan yang Mr. Allan tanggung selama sebulan ini berakhir juga...

Benarlah kata orang...

Seburuk mana pun orang tua kita...

Mereka tetap yang melahir dan menjaga kita....

Mereka... Tiada galang ganti di dunia ini...

Moga roh mendiang tenang di alam sana...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience