BUNYI KENDERAAN di luar rumah membuatkan fokus Maura yang sedang menonton televisyen terganggu.
Seketika kemudian, muncul kelibat Raymie memasuki ruang tamu. Maura hanya buat tidak tahu sahaja kehadiran suaminya di ruang tamu itu. Matanya masih lagi fokus pada televisyen di hadapan.
"Hai sayang... Tak tidur lagi ke? Dah lewat ni..." Sapa Raymie sebelum perlahan - lahan menghampiri belakang tubuh isterinya. Tubuh si isteri di peluk dari belakang. Dan tidak semena - mena pelukannya itu pantas di leraikan laju oleh Maura.
Tersentak Raymie dengan tingkah isterinya itu.
" Sayang... Kenapa ni... Sayang tak sihat ke?" Soal Raymie dengan prihatin. Tapi, keprihatinan yang di tunjukkan langsung tidak di peduli oleh Maura.
Remote control televisyen di capai lalu televisyen di tutup. Serta merta televisyen menjadi gelap dan kelam. Tanpa mempedulikan riak suaminya yang keliru dengan tingkahnya, Maura pantas bangun dan terus menapak laju menaiki anak tangga menuju ke tingkat atas. Berdentum bunyi pintu bilik di tutup oleh Maura.
Raymie masih tercengang lagi dengan reaksi yang di beri oleh Maura itu.
Pada masa itulah, Mak Som keluar dari dapur dan melintas di hadapannya.
Pandangan Raymie terus melekat pada wajah Mak Som yang turut memandang wajahnya.
"Apa kena dengan Ara Mak Som? Dari tadi... Mie tengok moody semacam aje..." Soal Raymie pada pembantu rumah nya itu.
"Entahlah, Mie... Mak Som pun tak tahu... Dari siang tadi... Pe'el dia macam tu..." Jawab Mak Som sebelum dia meminta izin untuk ke laman luar.
Raymie memberi keizinan. Kepala nya yang tidak gatal digaru perlahan sebaik sahaja kelibat Mak Som menghilang di balik pintu utama.
Aduhai! Merajuk pulak dah! Macam mana aku nak pujuk ni nanti?
SEKELILING RUMAH PAPAN milik mendiang nenek Maura di pandang lagi.
Ini sudah kali kedua dia menjejak kaki ke rumah pusaka milik mendiang nenek Maura ini...
Kali pertama dulu, sewaktu dia mula - mula sampai di penempatan mereka dan terus mencari Maura di sini...
Dia datang sini pun atas arahan abangnya... Kalau di ikutkan... Rumah agam tu boleh aje dia duduk... Tapi bila Raymie dah melarang keras dan menyuruh dia untuk menginap di sini... Terpaksa lah juga dia mengikut arahan si singa itu! Karang tak memasal kena tengking pulak nanti!
Nak ikut balik Raymie ke banglo milik mendiang papa Maura, dia pula yang tidak mahu... Karang, tetiba dia muncul depan wanita itu, tak ke terkejut beruk jadinya si Maura tu nanti!
Jalan selamatnya adalah dengan menginap di sini...
Tubuhnya pantas di hempas pada tilam di salah satu bilik dalam rumah pusaka itu... Dia tahu... Mana satu bilik tamu... Mana satu bilik tuan rumah... Raymie dah terang kan kepada nya tadi sebelum meninggalkan rumah pusaka ini tadi...
Kedua - dua belah tangannya di letakkan di belakang kepala...
Matanya tunak memandang siling rumah...
Sekilas kejadian 10 tahun lalu hinggap di mindanya...
Ya... Dia pergi dua bulan yang lepas bukan semata - mata mahu menyambung pelajaran nya... Memang dia dapat surat untuk sambung belajar... Tapi... Kejadian yang menimpa mama Maura 10 tahun lepas masih lekat di kepalanya... Dalam diam dan tanpa pengetahuan ahli keluarganya, dia mula menyiasat kes itu sedikit demi sedikit... Hal sambung belajar di lupakan dulu... Dia pergi dari penempatan mereka itu hanyalah untuk mengaburi ahli keluarganya sahaja... Yang sebenarnya... Dia hanya menyewa di luar dan terus mengikuti kes ini... Dan dalam mengikuti kes ini... Tak sangka pula yang abangnya turut mengikuti kes ini juga...
Keluhan di lepaskan bila teringat akan kejadian 10 tahun lepas...
Setelah merehat kan diri sejenak, beg pakaian yang berada di tepi katil di capai. Beg dibuka dan tuala yang berada di dalam beg tersebut di ambil. Tubuh nya mula melekit sejak dari pagi sehingga malam menjelma membuatkan dia kurang selesa. Kemudian, sehelai t - shirt dan sehelai track suit turut di bawa keluar dari beg pakaiannya. Beg yang berisi barang mandian turut di bawa. Dia bingkas bangun dan terus melangkah keluar dari bilik yang di huni nya dan terus menuju ke bilik mandi.
SELESAI MANDI, Raymen mula membuat secawan kopi.
DUM!!!
Bunyi guruh berserta angin kencang mula kedengaran di luar rumah mengejutkan Raymen yang sedang membancuh secawan kopi.
"Haih... Bunyi guruh ni... Buat aku terkejut ajelah!" Rungut Raymen sebelum membawa muk berisi air kopi menuju ke ruang tamu.
Bunyi hujan mula kedengaran di luar rumah.
Belum sempat dia mahu membawa muk itu ke ruang tamu, susuk tubuh seseorang yang tidak di kenali tiba - tiba muncul di hadapannya.
Satu hirisan di perutnya membuatkan dia tergamam. Muk yang berada di tangan terus jatuh berderai di atas lantai.
Dia membongkok sambil tangannya memegang perutnya yang mula terasa perit.
"Kau... Kau siapa?" Soal Raymen dengan nada bergetar menahan kesakitan. Matanya tunak memanah ke wajah orang menghiris perutnya nya tadi. Tapi hampa bila wajah orang itu tidak mampu di lihat dengan jelas gara - gara pelitup muka dan topi yang di pakai oleh lelaki misteri itu!
Soalan Raymen di biar sepi dan hanya di balas dengan sepakan aje!
Terlentang Raymen kebelakang akibat sepakan yang mengenai dadanya.
Terketar - ketar tubuhnya bila terlentang sebegitu. Dia tidak mampu untuk melawan bila rasa sakit mula menyengat perut.
"Kau..." Raymen masih lagi mahu mengecam siapa gerangan yang membuat onar pada dirinya ini. Tetapi sepakan kali kedua lelaki misteri itu membuatkan dia pengsan serta merta di situ!
Share this novel