"BERAPA HARI ABANG DENGAN ANAK - ANAK PERGI KALI NI?"
Tanya Puan Ida bila melihat suami serta dua anaknya membawa beg pakaian masing - masing keluar rumah.
"Tak lama pun... Dalam seminggu macam tulah..." Jawab Tuan Mirul Rozai. Raymie dan Raymen sibuk menyimpan beg pakaian ke tempat duduk belakang. Kali ini mereka bertiga menaiki 4 × 4 milik Raymie.
"Lamanya..." Rungut Puan Ida bersama bibir terjuih.
Tergelak kecil Tuan Mirul Rozai dengan tingkah isterinya itu. Bahu wanita kesayangannya dipaut mesra.
"Awak tak tinggal seorang pun... Kan ada Su dengan Maura..." Mencebik Puan Ida bila nama Maura meniti di bibir suaminya.
"Kalau tak sebut nama budak tu satu hari... Tak boleh ke?" Rungut Puan Ida perlahan tetapi telinga Tuan Mirul Rozai dapat menangkap rungutan isterinya.
"Dah... Tak payah nak bermusuh bagai... Sementara abang dengan anak - anak takde ni... Biar diorang berdua jaga awak... Awak tu bukan sihat sangat pun..." Tuan Mirul membuat keputusan. Nak tak nak, Puan Ida terpaksa akur dengan keputusan suaminya.
"Dah... Abang pergi dulu..." Tangan dihulur ke arah Puan Ida. Puan Ida menyambut lalu di salam tangan suaminya. Selepas itu, diambil alih oleh Raymen dan Raymie untuk menyalami tangan mama mereka.
"Aymen dan abang pergi dulu..." Raymen meminta izin kepada mamanya. Puan Ida hanya mengangguk sahaja. Mereka dua beradik terus menuju ke arah kenderaan milik Raymie. Tuan Mirul Rozai sudah awal - awal lagi masuk ke dalam bahagian penumpang. Sebelum naik ke bahagian penumpang belakang, mata Raymen sempat menangkap kelibat Maura yang sedang berdiri agak jauh dari mereka. Satu kenyitan di hadiahkan buat gadis itu. Tanpa sedar, tingkahnya itu menarik perhatian abangnya. Telatah Raymen menerbitkan rasa cemburu di hati.
"Ehemm... Cepat masuk... Kita dah lambat ni..." Tegur Raymie dengan agak kasar. Selebihnya, dia sengaja mahu menghentikan tingkah nakal adiknya itu.
Pintu bahagian pemandu dibuka. Dia meloloskan diri masuk ke dalam bahagian pemandu. Gear di masuk. 4 × 4 miliknya bergerak keluar dari perkarangan rumah agam itu. Matanya masih lagi mengintai wajah ceria adiknya melalui cermin pandang belakang.
Tersengih - sengih... Macam kerang busuk! Hempuk satu kali karang baru tau!
Wah!! Nampaknya si Raymie ni dah pandai cemburu!
HARI INI, masuk hari kedua Puan Ida ditinggalkan oleh suami dan anak - anak. Dan masuk hari kedua juga dia duduk termenung.
Kak Su tak berani mahu menegur majikannya itu.
Maura?
Gadis itu sudah awal - awal lagi mengelak dari menegur ibu mentuanya itu. Nanti tak pasal - pasal dapat maki hamun percuma dari wanita itu.
"Maura..." Panggil Puan Ida bila melihat gadis itu kebetulan lalu di hadapannya.
"Ya Puan..." Jawab Maura dengan rasa gugup dan gementar. Perlahan - lahan dia mendekati ibu mentuanya itu.
"Kau tolong buatkan aku air kopi o... Aku nak minum..." Pinta Puan Ida dengan suara longlai.
"Baik Puan..."
Maura bergegas menuju ke dapur. Kak Su yang baru sahaja keluar dari bilik memandang pelik ke arah Maura bila melihat gelagat si gadis seperti lipas kudung.
"Kamu buat air kopi untuk siapa tu Maura?" Tanya Kak Su. Matanya ralit memandang tangan Maura yang laju membancuh air kopi.
"Puan minta saya buatkan kopi o untuk dia..."
"Hah? Puan suruh Maura buatkan air kopi?" Matanya yang layu tadi terus jadi segar bugar mendengar jawapan Maura itu.
"Oklah... Maura nak hantar air ni dekat Puan dulu..."
"Haa... Yelah..." Kak Su memberi laluan kepada Maura. Kepalanya yang tidak gatal digaru perlahan.
Tak pernah - pernah di suruhnya Maura buat air kopi. Alih - alih, sekarang di suruhnya pula.
Dah berubah hati ke?
JERITAN DARI rumah agam membuatkan Maura laju berlari menuju ke rumah itu semula. Niatnya mahu melihat barang lamanya di rumah pekerja di tangguhkan dahulu.
"Tolong jangan bunuh kami... Kalau korang nak apa... Ambik lah... Ambik lah seberapa banyak yang korang nak..." Suara serak Puan Ida kedengaran. Dia mengintai dari dapur. Kelihatan 2 orang lelaki memakai pakaian hitam serta mengenakan topeng di muka. Dia mengintai lagi dengan lebih dekat. Kelihatan Kak Su terikat dengan Puan Ida di satu penjuru di ruang tamu. Dia mahu mengintai lagi tetapi terhenti bila satu benda tajam terselit di pinggangnya.
"Kau ikut cakap aku kalau kau nak selamat..." Ujar seseorang dari arah belakang. Mata pisau dicucuk lagi ke arah pinggang Maura. Dia tiada pilihan. Langkah si perompak di ikut juga.
Terbeliak mata Puan Ida dengan Kak Su bila melihat Maura sudah berada dalam genggaman salah seorang perompak.
" Kau nak buat apa dekat dia... Lepaskan dia..." Kak Su bersuara. Dia bimbang akan keselamatan Maura.
"Kau diam perempuan..."Marah salah seorang dari mereka.
Puan Ida masih lagi dengan esak tangisnya.
"Hei... Orang tua ni... Bising betullah..."
Dia sudah meluru ke arah Puan Ida dengan pisau ditangan. Maura yang melihat situasi itu menendang bahagian sulit si perompak lalu berlari laju ke arah Puan Ida. Belum sempat pisau itu menerjah ke arah wanita itu, mata pisau itu telah menikam perut Maura.
Terjerit kuat kedua - dua wanita itu bila darah membuak keluar dari bekas tikaman di perut Maura. Pisau yang menikam perut Maura pantas dicabut oleh perompak yang lagi satu.
Puan Ida yang melihat darah itu terus pengsan tidak sedarkan diri. Maura pula masih mendesis kesakitan.
"Weh... Jom blah... Sebelum orang lain tahu..." Terus ketiga - tiganya bergegas keluarga dari rumah agam itu.
"Maura..." Panggil Kak Su bila melihat Maura sedaya upaya cuba untuk bangun dari pembaringannya tadi.
"Kita angkat Puan dulu..." Celah Maura walaupun dia sendiri terluka. Tetapi keselamatan Puan Ida di utamakan.
"Tapi Maura kan cedera tu..." Halang Kak Su bila Maura untuk memapah tubuh Puan Ida.
"Takpe... Sikit aje... Nanti Maura letak minyak gamat... Oklah..." Maura bersuara lagi.
"Nanti suruh abang Amat bawak Puan ke hospital ya Kak Su... Bimbang jadi apa - apa dekat Puan..." Dalam saat - saat macam ni pun dia masih lagi mementingkan orang lain. Luka di perutnya makin mencucuk.
"Maura tak nak ikut sekali ke?" Soal Kak Su bila melihat Maura masih lagi. terkaku di situ.
"Takpe... Maura ok... Kak Su pergi dulu... Maura nak ke belakang kejap..." Tanpa menunggu jawapan dari Kak Su, Maura bergegas menuju ke belakang sebelum rasa sakit ini kembali menyengat.
Share this novel