HASIL DARI RISIKAN Mawi, akhirnya Raymie menemui sesuatu yang amat mengejutkan... Dan sesuatu ini juga berkait rapat dengan dirinya juga...
Dan sekarang, dia betul - betul berada di hadapan seorang banduan yang didakwa atas mencederakan seorang lelaki 6 bulan lalu...
Raymie masih lagi tunak memandang ke arah wajah banduan yang sedikit cengkung itu...
"Kau tau tak sebab apa aku datang balik ke sini lagi..." Soal Raymie setelah agak lama memerhati tingkah lelaki ini sejak tadi...
Lelaki itu hanya mempamerkan wajah selamba sahaja tanpa berminat mahu menjawab soalan yang di utarakan oleh Raymie itu.
Mengeluh keras Raymie bila melihat wajah selamba lelaki itu... Tangan yang berada di bawah meja di kepal kuat tanda dia menahan sabar dengan sikap acuh tak acuh banduan lelaki ini...
"Kau ingat... Dengan mendiamkan diri macam ni... Kau akan terlepas dari di dakwa... Dah 6 bulan tau tak... Dalam masa 6 bulan ni... Kau langsung tak nak bekerjasama dengan kitorang sebab kau nak simpan rahsia tu sampai kau tak bernyawakan..." Raymie mula membuka mulut.
Tapi sayang... Segala apa yang dikatakan oelh Raymie langsung tak dihiraukan oleh lelaki banduan itu...
" Sekarang aku nak kau bukak mulut... Apa penyebabnya sampai kau nak tamatkan riwayat hidup Maura waktu tu?" Berubah sedikit wajah si banduan bila nama Maura meniti di bibir lelaki di hadapannya ini. Tetapi riak itu pantas di kawal.
Tapi tidak pada Raymie!
Riak wajah banduan ini yang berubah sedikit tadi dapat ditangkap oleh dia!
" See... Bila nama Maura aku sebut... Wajah kau automatik berubah... Kau nak sembunyikan apa sebenarnya Kalil?" Nama sebenar banduan itu di sebut dengan pandangan mata yang langsung tak berganjak dari memandang wajah Kalil.
Ya... Nama banduan itu adalah Kalil, lelaki yang bertanggungjawab dalam kes menembak Raymen di dusun durian 6 bulan lalu ketika adiknya itu cuba menyelamatkan Maura dari menjadi mangsa nya...
Dalam kes 6 bulan lalu... Dua dari mereka di bebaskan tanpa bersyarat kerana tiada bukti yang mereka terlihat dengan jenayah sebelumnya... Mereka melakukan itu pun atas arahan Kalil... Dan Kalil pula tetap di tahan sehingga kes di bawa ke perbicaraan selanjutnya.
"Kenapa pulak riak aku nak berubah kalau kau sebut nama perempuan tu... Aku takde kena mengena pun dengan dia..." Dalih Kalil laju sebelum dia berdehem untuk menghilangkan rasa gugupnya akibat tidak sengaja terkantoi dengan Raymie itu.
"Kau tak payah nak berdalih lagi lah, Kalil... Sekarang aku nak kau bagitau aku... Siapa dia yang mengarahkan kau untuk hapuskan Maura... Siapa dia?" Riak tegang mula kelihatan di wajah Raymie. Semakin lama, semakin sakit hati nay melihat riak bersahaja Kalil ini!
Kalil hanya tersenyum sinis sahaja melihat riak tegang Raymie itu.
" Kau tak payahlah nak buang masa jumpa aku dekat sini, Raymie... Buat penat kau aje..." Sindir Kalil.
Raymie mengeluh keras lagi. Nafasnya di hembus perlahan - lahan bagi meredakan amarah yang berkampung di dalam hati.
"Josan Andris..."
Mati terus senyuman sinis Kalil bila nama seseorang terpacul keluar dari mulut Raymie. Pandangan nya pantas di tala ke arah Raymie yang sedang memandang tajam ke arahnya.
"Dari mana kau tahu nama tu?" Soal Kalil agak gugup. Peluh dingin mula terbit di dahinya.
"Dari mana aku dapat tahu... Kau tak perlu tahu... Yang penting sekarang... Yang aku nak tahu... Dia kan lelaki yang upah kau untuk hapuskan Maura..."
Zapp!! Bagai sebilah pedang memancung lehernya saat ini...
"Aku tak tahu..." Terburu - buru Kalil menafikan. Wajahnya juga sudah tidak keruan saat itu.
"Kau tak payah nak nafikan lagi, Kalil... Dia kan... Dia kan yang upah kau untuk cuba hapuskan Maura..."Tekan Raymie lagi.
" Aku cakap aku tak tahu tu... Tak tahu lah... Yang kau paksa aku lagi dah kenapa... "Jerkah Kalil tiba - tiba.
Jerkahannya itu membuatkan pegawai penjara yang berada di luar terus meluru masuk ke dalam.
" Ada apa ni? " Soal pegawai penjara itu dengan agak keras.
" Tuan... Tolong bawak saya keluar dari sini... Saya tak nak jumpa orang gila ini lagi..." Rayu Kalil pada pegawai penjara itu supaya membawa pergi dirinya dari situ.
Wajah cemas nya sengaja di pamer ke arah pegawai penjara itu.
Tapi bagi Raymie, itu adalah taktik Kalil mengaburi mata pengawai penjara untuk lari dari mengungkap kebenaran tentang siapa Josan Andris sebenarnya...
"Maaf Encik... Atas faktor keselamatan, kami akan bawa kembali banduan ni ke sel penjara... Harap maklum..." Ujar pegawai penjara itu pada Raymie.
Usai berkata, kedua - dua pengawai itu membawa tubuh Kalil keluar dari situ. Tersungging senyuman di bibir Kalil dia terlepas dari di asak oleh Raymie itu.
Tapi senyuman perlahan - lahan mati bila suara Raymie bergema semula.
"Walaupun kau tak nak ungkapkan apa yang dah jadi dan siapa dia di sebalik semua ni... Tapi kau perlu tahu sesuatu Kalil... Siapa pun dia tu... Dia bukan manusia... Tapi pemangsa Kalil... Pemangsa... Salah langkah... Kita akan terperangkap situ selamanya... " Ujar Raymie sebelum tubuh Kalil sudah menghilang di balik pintu.
Hilang sahaja kelibat Kalil, dia terpunduk termenung dan mengeluh untuk sekian kalinya...
Nampaknya, usahanya hampir menemui kegagalan!
Share this novel