BAB 26 - CARI MAURA -

Drama Completed 30112

MAURA melepaskan lelah bila buah durian yang di kutip tadi sudah hampir memenuhi semua bakul yang dibekalkan.

Dia mendongak memandang ke atas langit bila melihat persekitaran sudah mulai gelap.

"Hari dah mula gelap ni... Baik aku gerak balik... Bakul ni pun dah penuh..." Bisik Maura sendirian.
Dia memandang ke arah beberapa buah bakul yang dipenuhi buah durian. Dalam hati timbul juga rasa pelik bila melihat rupa buah durian itu.

Rupa buah durian yang dikutip tadi lain dari buah durian yang selalu dikutip oleh pekerja yang lain. Rupa buah durian ini lebih kepada untuk makan sendiri sahaja bukan untuk dijual. Malah ada sesetengah yang dikutip tadi tidak menepati syarat untuk dipasarkan.

Matanya kembali meliar melihat persekitaran kawasan yang dipenuhi pokok durian ini. Baru dia perasan yang disekeliling kawasan pokok durian ini dipenuhi lalang dan rumput yang agak tebal. Seperti kawasan yang terbiar. Jarak kawasan ini juga agak jauh dari kawasan kebun durian yang selalu dikutip oleh pekerja - pekerja Raymie.

Dia sudah rasa tidak sedap hati. Dia bangun dari tempat duduknya lalu terus menapak ke arah jalan yang dilalui masa mula - mula sampai tadi.

"Arghh!"

Terjerit kecil Maura bila melihat satu kelibat berpakaian serba hitam tiba - tiba muncul disebalik pokok.

Pantas dia mengundur kebelakang bila melihat susuk tubuh itu mara ke hadapannya. Hatinya sudah berdegup kencang bila melihat susuk itu semakin mara ke arahnya.

Dia ingin melarikan diri tapi tidak berjaya bila dua lagi susuk tubuh berpakaian sama muncul dibelakangnya.

"Kau nak lari mana hah?" Gumam salah seorang dari mereka.

"Tolong jangan apa -apakan aku..." Maura sudah menangis ketakutan. Wajah ketiga - tiganya yang ditutupi pelitup muka dipandang silih berganti.

Ketiga - tiganya ketawa lepas bila melihat wajah ketakutan Maura.

"KAK SU... Maura mana?" Tanya Raymen sebaik sahaja sampai di ruang dapur. Pintu kabinet dibuka. Gelas di ambil dan diletakkan di atas meja. Kemudian dia beralih ke arah peti sejuk. Pintu peti sejuk dibuka. Jag berisi air oren dicapai. Pintu peti sejuk ditutup. Air oren di tuang ke dalam gelas.

Kak Su yang sedang sibuk mengacau lauk di dalam periuk menjawab.

"Entahlah... Kak Su pun tak tahu... Dari petang tadi Kak Su langsung tak nampak batang hidung dia..."

Raymen yang mahu menenguk air oren tak jadi bila mendengar jawapan yang keluar dari mulut pembantu rumahnya itu.

"Dia tak balik ke petang tadi?" Tanya Raymen lagi. Gelas berisi air oren diletakkan semula diatas meja. Hilang terus seleranya mahu meneguk.

Kak Su hanya menggeleng kepala sahaja.

Telefon pintar di dalam poket diseluk. Kunci skrin dibuka. Carian kenalan dibuka. Nama Maura dicari. Pantas dia menekan punat call bila nama Maura dapat di cari.

Mendengus dia bila panggilan yang dibuat masuk ke peti simpanan suara. Cubaan kali kedua dibuat. Masih sama juga. Dia mencuba lagi. Pun sama juga.

"Hish... Mana pulak dia ni pergi..." Rungut Raymen. Hatinya sudah berkecamuk bila memikirkan Maura yang tidak menjawab panggilannya.

"Eh... Kamu nak kemana Aymen?" Tanya Kak Su bila melihat Raymen tergesa - gesa keluar dari ruang dapur. Memang sejak dari dulu lagi anak majikan nya ini tidak mahu di panggil dengan panggilan encik.

"Cari Maura..." Jawab Raymen sebelum menghilang dari ruang dapur.

Ketika sampai di ruang tamu, dia bertembung dengan mama dan abahnya yang baru pulang dari bandar.

"Kamu nak ke mana ni Aymen?" Tadi Kak Su, sekarang Tuan Mirul Rozai pula mengambil alih menyoal. Wajah kalut anaknya dipandang hairan. Dah kenapa si Aymen ni kelam kabut sangat?

"Cari Maura..."

Jawapan yang sama yang diberi kepada pembantu rumahnya tadi diberi kepada abahnya.

Menonong sahaja dia menuju ke arah pintu rumah tanpa mempedulikan susuk tubuh kedua orang tuanya yang berdiri tegak di ruang tamu. Malah Raymie yang baru sampai di muka pintu di rempuh sesuka hati. Dalam fikirannya sekarang adalah Maura. Dia bimbang akan kesalamatan gadis itu.

"Woi... Mata letak kat mana? Sesuka dia aje langgar orang..." Marah Raymie bila bahunya menjadi mangsa rempuhan adiknya. Nasib baik dia pegang pada alang pintu, kalau tak mahu dia tergolek dekat lantai.

Raymen buat tak peduli sahaja. Panggilan abahnya dari dalam rumah juga tidak dihiraukan. Topi keledar pantas disarung ke kepala. Enjin motor di start. Tidak lama kemudian, Y15 nya menderum laju meninggalkan pekarangan rumah agam itu.

"Dah kenapa budak tu kalut semacam aje..." Tanya Raymie bila kelibat kedua - dua orang tuanya sudah berada di hadapan pintu masuk.
Pelik juga bila melihat sikap kalut adiknya tadi.

"Cari Maura katanya..."

"Alah... Cari budak tu buat apa... Buang tenaga aje... Biarlah dia nak hilang ke apa... Kalau hilang terus pun takpe... Kalau ada sini pun buat sakit hati aje..." Ujar Puan Ida dengan rasa meluat.

"Mulut kamu ni Ida... Langsung tak berlapik bila bercakap..." Keras Tuan Mirul Rozai menegur. Matanya tajam melirik ke arah isterinya. Puan Ida hanya mencebik sahaja. Meluat dia dengan perangai suaminya yang selalu mahu menangkan Maura. Biarlah budak tak guna tu nak hilang ke mana pun. Yang dia sibuk sangat dah kenapa.

Ingin saja dia mahu menyuarakan sebegitu tetapi di diamkan bila melihat kerlingan tajam mata suaminya.

" Tuan Mirul... Puan Ida... Encik Raymie... Makan malam dah siap di hidang... " Suara pembantu rumah memecah suasana tegang di antara mereka berdua.

"Hmm... Yelah..." Jawab Tuan Mirul Rozai. Pantas Puan Ida berlalu dengan wajah cemberutnya diikuti oleh suaminya. Hanya Raymie sahaja yang masih berada di muka pintu kerana tiba - tiba telefon pintarnya bergetar menandakan ada panggilan masuk. Pantas di seluk poket jeansnya.

Tersenyum sinis dia bila melihat nama pemanggil tertera di skrin telefon. Mesti orang suruhan sudah membuat apa yang sudah di suruhnya. Pantas panggilan itu dijawab.

"Helo..."

"Helo bos... Kami tak dapat nak buat apa yang bos suruh tu... Kami sekarang ada dekat klinik... Kami excident bos..." Suara panik orang di talian sebelah menerpa ke cuping telinganya.

"Hah? Apa?"

Naik seoktaf suara Raymie bila mendengar perkhabaran itu sehingga dia tidak sedar yang suara kuatnya itu telah menarik perhatian kedua - dua orang tuanya yang baru sahaja mahu menapak ke ruang makan.

"Macam mana jadi macam tu?" Tanya Raymie dengan nada geram. Mana tak geramnya bila plan yang dirancang tidak berjalan lancar.

"Ada orang kepung kenderaan kami bos... Diorang langgar kereta kami dari belakang..." Orang di talian sebelah bersuara lagi.

"Kami takut orang yang langgar kami tadi pergi cari Maura..." Beritahunya lagi.

Tersentak Raymie mendengar ayat yang diberitahu oleh orang ditalian sebelah.

"Apa maksud kau?"

Hatinya sudah mula rasa tidak enak.

"Diorang nak lenyapkan hidup Maura bos..."

"What???"

Dia salah dengar ke apa ni? Ada orang lain mahu lenyapkan riwayat gadis itu? Tapi siapa?

"Ok... Nanti aku call balik korang..." Pantas talian dimatikan bila melihat kelibat mama dan abahnya kembali semula ke muka pintu. Dia tidak mahu perbualannya tadi didengar oleh mama dan abahnya.

"Ma, bah... Raymie keluar dulu..." Belum sempat kedua - duanya sampai di muka pintu, Raymie sudah meloloskan diri masuk ke dalam kenderaan 4×4 nya. Menderum kenderaan nya keluar dari perkarangan rumah agam itu.

"Eh, Mie... Nak pergi mana?" Terburu - buru Puan Ida bertanya sambil langkahnya mahu mengejar kenderaan anaknya tetapi tidak berjaya bila kenderaan itu sudah berdesup keluar dari perkarangan rumah agam ini.

"Hesh... Budak berdua ni... Buat saya pening kepala lah... Semua keluar... Langsung tak bagitau apa masalahnya. .. Dia ingat kita ni tunggul kayu agaknya..." Rungut Puan Ida.

Tadi adik tergesa - gesa keluar... Sekarang abang pulak...

"Abang keluar kejap..." Nah! Sekarang giliran Tuan Mirul Rozai pula mahu keluar. Hati Tuan Mirul Rozai sudah tak enak bila mendengar jawapan dari mulut anak bongsunya tadi.

Dia tahu sesuatu telah berlaku pada Maura bila melihat kekalutan Raymen tadi. Kalau Raymie dia tak pasti kalut sebab apa. Tapi dia yakin Raymie risaukan sebab yang sama juga.

" Hah? Nak keluar jugak? Habis saya tinggal dengan siapa dekat rumah ni?" Bidas Puan Ida.

"Su ada... Dia ada temankan awak..." Tukas Tuan Mirul Rozai. Dia sudah menapak ke arah kereta mewahnya.

"Hish... Yang abang risau sangat pasal budak tak tahu malu tu dah kenapa? Biarlah dia nak hidup ke, nak mati ke... Bukan urusan abang pun..."

Terhenti langkah Tuan Mirul Rozai saat mendengar bicara lancang keluar dari mulut isterinya.

"Bisa sungguh awak bercakap ya Ida... Awak jangan nak angkuh sangat ya Ida... Jangan menyesal bila Tuhan akan membalas balik apa yang awak cakap dekat Maura berbalik kepada awak semula... Cakap macam takde otak..." Terus dia masuk ke dalam perut kereta mewahnya sebelum amarahnya semakin melarat.

Malas mahu melayan karenah isterinya. Yang penting sekarang, keberadaan Maura harus di cari. Berdesup kereta mewahnya meninggalkan Puan Ida yang sudah berubah kelat akibat di sindir oleh suaminya tadi.

Padan muka! Siapa suruh mulut tu lancang sangat! Kan dah kena sebijik!

LAJU MAURA BERLARI setelah berjaya melepaskan diri tadi. Dia berlari selaju mungkin kerana dia tidak mahu tertangkap oleh ketiga - tiga lelaki yang mengepung dirinya tadi.

"Woi perempuan... Jangan lari..." Kedengaran jeritan salah sorang dari lelaki yang berpakaian serba hitam. Mereka bertiga juga turut mengejar Maura dari arah belakang.

Maura tidak peduli dengan jeritan itu. Dia sudah tidak tahu hutan mana yang dia masuk sekarang. Yang penting dirinya selamat dari cengkaman ketiga - tiga lelaki itu.

Dia tidak menyangka yang Raymie sanggup mengupah orang untuk membinasakan dirinya. Patutlah dia berasa lain macam bila lelaki itu membawa dirinya jauh masuk ke dalam. Rupanya ini niat sebenar lelaki itu.

Sampai hati awak Raymie...

Pang!! Pang!!

"Arghh!!"

Terus Maura jatuh tergolek saat mendengar bunyi tembakan dari arah belakang.

Wajah Maura sudah bertukar pucat. Tubuhnya sudah menggigil. Nafasnya sudah tercungap - cungap. Sepintas bayangan silam lapan tahun lepas menerjah kotak fikirannya. Bayangan di mana ibunya mati secara tragis di hadapan matanya. Mati ditembak!

"Mummy..." Gumam Maura perlahan. Dia merengkot ketakutan. Sekilas bayangan dirinya yang turut menjadi mangsa ketika itu.

Dia tidak menyedari yang ketiga - tiga lelaki berpakaian hitam itu sudah sampai di tempatnya jatuh tergolek tadi.

"Jumpa pun kau..." Ujar salah seorang dari mereka dengan nafas tercungap - cungap. Maura hanya diam membatu di situ. Kehadiran ketiga - tiga lelaki itu langsung tak di endah kan. Dia hanya memeluk lutut dengan mulutnya terkuat kamit menyebut perkataan yang kurang jelas.

"Tarik dia..." Arah lelaki no 1 kepada lelaki no 2 dan no 3. Kedua - duanya pantas mendekati Maura lalu tubuh gadis itu ditarik kasar. Maura hanya menurut sahaja tanpa melawan. Dia menurut sahaja walaupun diheret kasar. Tubuhnya masih lagi dalam keadaan menggigil.

"Woi..." Panggil satu suara dari arah belakang mereka. Pantas kesemuanya memaling tubuh ke belakang. Tersembul wajah garang Raymen di hadapan mata mereka. Terkejut mereka bila melihat lelaki asing berdiri dihadapan mereka. Kecuali Maura. Gadis itu memandang wajah Raymen dengan pandangan kosong. Memandang dengan pandangan tiada perasaan.

"Kau lepaskan dia..." Suruh Raymen. Jarinya telunjuknya melurus ke arah Maura.

"Kau siapa nak masuk campur..." Soal lelaki no 1.

"Kau tak payah banyak cakaplah... Aku suruh lepaskan... Lepaskan ajelah..." Raymen bersuara lagi.

"Eh budak hingusan ni... Suka - suka dia aje nak arahkan orang..." Lelaki no 1 dah mula naik angin.

"Aku cakap lepaskan dia lah bangang!" Cakap elok - elok tak dengar. Kan! Dah kena bangang dengan Si Ramen!

"Hei budak ni! Kena jugak dengan kau ni karang!" No 2 dah mula bersuara. Sesuka dia nak bangangkan orang!

"Kau memang nak kena budak!" Terus lelaki no 3 meluru ke arah Raymen. Satu tumbukan mahu dilayang ke arah muka Raymen tetapi lelaki itu pantas mengelak. Akibatnya, tumbukan itu tersasar dan menyebabkan lelaki no 3 tersungkur. Lelaki no 2 tidak puas hati bila melihat rakannya tersungkur. Pisau lipat dikeluarkan. Dia menerpa ke arah Raymen. Pisau lipat di hunus ke arah leher Raymen dan sekali lagi Raymen berjaya mengelak. Hunusan pisau lipat tersasar dan sepantas itu juga Raymen menghentak lengan lelaki no 2 ke lututnya.

"Arghh!!!" Jerit lelaki no 2. Serta merta pisau lipat terlepas dari tangannya. Tapi itu hanya sementara.

Pangg!

Satu tembakan mengenai bahu Raymen. Raymen mengerang kesakitan. Dia rebah di sisi lelaki no 2 sambil memegang bahunya yang terasa perit.

"Sial kau!!" Maki Raymen kepada lelaki no 1, orang yang menembaknya tadi. Dia terleka dan terlupa yang lelaki no 1 ini memiliki senjata api.

Bunyi tembakan kali kedua membuatkan Maura nafas Maura semakin sempit. Dia kembali tercungap - cungap dan akhirnya rebah tidak sedarkan diri.

"Maura..." Panggil Raymen bila melihat gadis itu sudah tidak sedarkan diri. Dia tahu apa yang membuatkan gadis itu pengsan. Dia tahu sebabnya. Dia ingin mara ke arah gadis itu tetapi tidak berjaya bila bahunya terasa amat perit sekarang.

"Aku ingatkan kau kuat sangat... Rupanya lemah... Kena tembak sikit... Dah jatuh tersungkur..." Ejek lelaki no 1. Pistol di tangan di bawa mengelilingi tubuh Raymen yang terbaring di atas tanah.

"Sebab kau mengada campur tangan tadi... Izinkan aku menamatkan riwayat kau dekat sini..." Pistol dihala ke arah kepala Raymen. Belum sempat dia menarik picu, satu tendangan padu mengenai tangannya. Giliran lelaki no 1 pula tersungkur. Pistol di tangan sudah tercampak jauh.

"Sebelum kau tamatkan riwayat adik aku, kau dulu yang aku tamatkan..." Muncul Raymie berdiri di sisi adiknya.

"Budak mana pulak lagi ni..." Dengus lelaki no 1. Ada saja gangguan bila dia mahu melangsaikan kerjanya. Tangannya yang terasa sakit di urut perlahan. Matanya sudah terarah pada pistol yang tercampak agak jauh dari nya. Tetapi mata Raymie lagi cekap. Dia menyepak jauh senjata itu dari jangkauan si lelaki no 1.

Mengeluh kecewa lelaki no 1 bila Raymie dapat membaca fikirannya.

"Korang tak payah cakap banyak... Polis dah on the way ke sini... Jadi... Korang patut serah diri sekarang..." Ujar Raymie. Matanya memandang satu persatu kesemua yang merengkot kesakitan. Dua lagi merengkot akibat dari penangan Raymen dan yang seorang lagi merengkot akibat dari penangan Raymie.

Pergh!! Memang jaguh seni bela diri kedua beradik ini!

Lelaki no 1 masih tidak puas hati. Dia ingin melarikan diri tetapi pantas disedari oleh Raymie. Apalagi, memang kena penerajang kali kedua lah dengan Raymie. Tersungkur dia kembali ke atas tanah. Mahu patah rahangnya akibat dari penangan kali kedua si Raymie ni. Siapa suruh nak lari. Kan dah mendapat!

"Amboi kau... Dah tembak adik aku... Terus kau nak blah macam tu aje... Banyak cantik muka kau..." Kesemuanya menikus bila melihat wajah menyinga si Raymie.

Raymen pula sudah berada di sisi Maura. Kepala gadis itu di pangku ke pahanya. Tersentap hati Raymie melihat adegan itu. Seolah - olah ada aura cemburu mengusik tangkai hatinya kini.

"Raymie..." Panggil satu suara membuat Raymie pantas berpaling. Abahnya muncul bersama beberapa orang anggota polis.

"Abah..."

"Mie takde apa - apa ke?" Tanya Tuan Mirul Rozai dengan nada risau. Dia sangat risau bila mendengar bunyi tembakan tadi.

"Mie takde apa - apa... Abah bawak Raymen pergi hospital sekarang... Dia kena tembak tadi..." Beritahu Raymie.

"Hah? Raymen kena tembak? Mana dia?" Bulat mata Tuan Mirul Rozai bila diberitahu sebegitu. Dia panik mencari kelibat anak bongsunya dan akhirnya menemui anak bongsunya itu berada di sisi Maura yang masih tidak sedarkan diri.

"Aymen..." Tubuh anak bongsunya pantas dipaut. Dia memerhati baju anak bongsunya yang terlekat dek darah yang mengalir dari luka dibahunya.

"Abah hantar kamu berdua ke hospital sekarang..." Putus Tuan Mirul Rozai.

Dia berpaling ke arah anak sulungnya.

"Mie... Tolong angkat Maura masuk dalam ambulans nanti... Ambulans tak dapat masuk dalam ni..." Arah Tuan Mirul Rozai bila telinganya menangkap bunyi siren ambulans. Ambulans tidak dapat masuk ke dalam kerana kawasan tersebut adalah kawasan di tepi sungai yang berdekatan dengan hutan. Ketiga - tiga penjenayah itu sudah pun di keluar oleh beberapa orang anggota polis tadi.

Melihat wajah mengharap abahnya, nak tak nak dia menuruti jua. Perlahan - lahan tubuh gadis yang berada dalam pangkuan Raymen di bawa dalam gendongannya. Berbuku hati Raymen bila melihat Maura berada dalam kendongan abangnya. Kalau tak kerana bahunya yang sakit ini, sudah lama tubuh Maura di kendong nya.

Terasa lain macam hati Raymie bila mengendong Maura begitu. Terasa dirinya berada dekat dengan Maura.

Raymen dulu keluar dari kawasan itu dengan dipimpin oleh abahnya diikuti pula oleh Raymie yang mengendong Maura.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience