TERKEJUT MAURA BILA MELIHAT KELIBAT PAPANYA YANG SEDANG MENANTI DIRINYA DI HADAPAN PINTU RUMAH.
Turut kelihatan kelibat ibu tirinya di situ.
"Kau merayap ke mana hah Maura sampai petang baru ingat balik rumah?" Belum pun sempat kakinya melangkah masuk ke dalam pintu pagar rumah, suara memetir papanya bergema.
Terhinggut bahu Maura saat mendengar suara petir papanya. Tidak terkecuali juga Raymen.
Perlahan - lahan Maura mendekati papanya, Encik Allan sambil diikuti oleh Raymen.
" Maura ada kelas tambahan tadi..." Ujar Maura dengan nada tersekat.
"Bohong!" Potong Encik Allan.
"Kau ingat papa tak tahu ke yang kau ponteng sekolah? Cikgu kelas kau telefon papa bagitau yang kau tak masuk kelas... Kau pergi mana hah? Pergi tidur dengan jantan ni ke? " Tuduh Encik Allan melulu tanpa usul periksa. Jarinya telunjuknya melurus ke arah Raymen.
Menyirap darah Maura bila papanya menuduh dia begitu. Babitkan Raymen sekali pulak tu.
" Maura tak pernah buat benda keji itu lah papa... Ya... Memang Maura ponteng sekolah... Maura selalu balik rumah lambat... Papa nak tahu sebab apa... Sebab Maura benci kan perempuan ni... Maura benci sebabkan dia ambik tempat arwah mama..." Jari telunjuk Maura lurus ke arah Madam Rosy, ibu tiri nya.
Pangg!!
Satu tamparan hinggap pada wajah Maura. Dia hampir tersungkur akibat dari penangan papanya tetapi pantas di sambut oleh Raymen.
Mujur ada Raymen disebelah. Kalau tidak, pasti tubuhnya sudah tersungkur jatuh di atas lantai simen. Dan sudah tentu ibu tirinya akan bersorak riang melihat dia tersungkur.
"Uncle... Stop!!" Halang Raymen bila melihat tangan Encik Allan sudah naik untuk menampar Maura untuk kali kedua.
Maura disebelah hanya diam membisu. Pipi gadis itu sudah berubah merah.
"Yang kau cuba halang aku ni dah kenapa? Ke tepi.. Ini urusan aku dengan dia... Kau jangan masuk campur..."
Tubuh Raymen yang menghalang tindakannya tadi cuba ditolak tepi. Raymen tetap mengeraskan tubuhnya.
Bila Raymen sengaja mengeraskan tubuhnya, tidak semena - mena satu tumbukan hinggap pada wajah tampannya.
Raymen yang tidak bersedia dengan semua itu jatuh tersungkur di tepi garaj kereta. Mengalir darah dari celah bibirnya.
Padu jugak tumbukan orang tua ni! Desis hati Raymen.
"Raymen!!!" Jerit Maura bila melihat Raymen menjadi mangsa penangan papanya. Dia ingin menerpa ke arah Raymen tetapi pantas di halang oleh Encik Allan.
"Kau nak pergi mana? Mari sini... Mari sini..." Pergelangan tangan anaknya di tarik ke dalam rumah.
Raymen tidak dapat menyelamatkan Maura kerana pintu rumah banglo itu sudah siap dikunci oleh ibu tiri Maura bagi menghalangnya untuk masuk membantu Maura.
Satu libasan rotan mengenai belakang tubuhnya membuatkan dia jatuh tersungkur di ruang tamu.
"Kau memang anak tak guna Maura... Sia - sia aje aku bela kau lepas mak kau mati... Kalau aku dari awal lagi... Awal - awal aku dah campak kau dekat rumah anak - anak yatim..." Maki Mr. Allan tanpa memikirkan perasaan anaknya.
Libasan demi libasan rotan mengenai belakang badan anaknya. Jiwanya langsung tiada belas kasihan pada gadis kecil molek itu.
Dia sudah dirasuk dengan api kemarahan yang kuat.
Maura hanya mengetap bibir menahan rasa kesakitan yang menjalar di belakang tubuhnya. Air matanya bagaikan sudah kering ketika ini.
Bukan hari ini sahaja dia menjadi mangsa libasan rotan papanya.
Tubuhnya sudah lali menerima libasan rotan sejak dari dia kehilangan mamanya dua tahun lepas.
"You... Sudahlah... Anak you tu..." Madam Rosy berpura - pura bersuara cemas. Tangan Mr. Allan yang cuba untuk melibas tubuh Maura pantas dicapai. Padahal di dalam hati, dia bersorak gembira kerana Maura menjadi amukan Mr. Allan lagi.
Padan muka! Siapa suruh melawan. Kan dah mendapat! Cemuhnya di dalam hati.
"Sebab dia anak I lah, I kena ajar supaya jadi orang berguna nanti..." Mr. Allan bersuara keras. Tubuh longlai Maura yang menjadi libasannya tadi di pandang sepi.
Langsung tiada rasa kasihan terbit di hati tuanya.
"Mak Som..." Panggil Mr. Allan kepada pembantu rumahnya.
"Ya Tuan..." Terkocoh - kocoh Mak Som keluar dari dapur.
"Bawak budak ni masuk bilik... Saya dah muak tengok muka dia... Dan pastikan dia berada dalam bilik sepanjang saya dan Madam keluar nanti... Faham?"
"Baik Tuan..." Jawab Mak Som dengan agak gugup. Air matanya cuba di tahan bila melihat tubuh longlai Amaya di tengah - tengah ruang tamu. Jelas kelihatan kesan merah melekat di baju pinafore gadis itu.
Selesai memberi arahan, lelaki pertengahan umur itu terus berlalu dari situ diikuti oleh Madam Rosy. Wanita itu tersenyum sinis ke arah Maura.
Maura hanya memandang dengan pandangan penuh dendam.
"Mari Maura... Mak Som tolong..." Sebak sungguh suara Mak Som. Hatinya menangis saat melihat kesakitan yang di alami oleh Maura.
Tubuh gadis itu dibangunkan dan dipapah menuju ke bilik.
Ya Tuhan... Orang tua jenis apakah Mr. Allan ini sehingga sanggup memperlakukan anak kandungnya sebegini rupa?
Share this novel