HARI KELAHIRAN Raymen sudah pun tiba.
Menjuling mata Raymie melihat penampilan segak adiknya yang sedang menuruni anak tangga.
Semua orang bertepuk tangan dengan gembira melihat 'birthday boy' hari ini. Segak dan tampan!
Itu yang terpacul dari mulut semua orang. Lebih - lebih lagi orang di sebelahnya. Naik meluat dia melihat wajah gembira Maura itu.
Kalau dengan si Ramen ni bukan main dok menyengih sampai ke telinga. Kalau dengan aku, nak menyengih pun payah. Apatah lagi nak tayang senyum! Meluat sungguh!
Rasanya nak aje ditutup mata Maura sekarang. Biar pandang muka dia aje! Tak payah pandang muka si Raymen poyo tu!
Ceh! Sesedap rasa dia aje kutuk adik dia poyo! Dia pun 2 x 5 jugak! Poyo!
Raymie membongkok kan tubuh tingginya ke arah Maura agar setara dengan ketinggian gadis itu yang hanya paras dadanya sahaja.
"Sudah - sudah lah tu dok menyengih nya..." Bisik Raymie agak keras di telinga isterinya. Terus Maura menjarakkan sedikit tubuhnya dari Raymie.
"Apa awak ni... Sakit tau tak telinga saya..." Rungut Maura sambil menggosok cuping telinganya.
Bulat mata Raymie mendengar cara panggilan Maura pada dirinya.
"Eh, kau dah lupa ke dengan peraturan aku semalam? " Soal Raymie.
"Peraturan apa?"
Soalan di balas soalan.
Eh dia ni! Buat tak tahu pula!
"Kenapa kau tak panggil aku abang?"
Tubuh nya yang membongkok tadi kembali ditegak. Kini, dia bercekak pinggang menghadap wajah selamba Maura.
Hei! Kalau tak diingatkan ada majlis hari jadi si Ramen tu, dah lama si Maura ni dia tarik naik atas.
Biar duduk berkurung dalam bilik tu! Tak payah keluar!
Dan nasib baik jugalah kedudukan mereka berdua sekarang berada agak jauh dari orang ramai. Selamat sikit!
"Perlu ke?" Kerek Maura menyoal.
Bertambah besar biji mata Raymie mendengar jawapan kerek si Maura ni!
"Nantilah saya fikir macam mana nak gunakan perkataan tu..." Mudah Maura mencipta alasan dan mudah untuk di hadam.
Belum sempat Raymie menjawab, Maura sudah berlalu dari situ. Dari kejauhan, dia melihat adiknya melambai - lambai ke arah Maura bersama senyuman.
Terkocoh - kocoh dia menyaingi langkah Maura yang hanya beberapa langkah sahaja di hadapan.
Tapak tangan Maura pantas di capai dna digenggam kuat.
"Kau pergi dengan aku..." Ujar Raymie serius sebelum menarik Maura mengikuti langkahnya.
Hendak tak hendak, Maura terpaksa juga mengikuti langkah Raymie itu.
SELEPAS MERAIKAN majlis hari jadi Raymen, Tuan Mirul Rozai ingin membuat satu pengumuman penting.
Orang - orang yang berada di dalam majlis itu khususnya rakan niaga Tuan Mirul Rozai sendiri turut tertanya apakah pengumuman yang bakal di umumkan oleh pengusaha ladang kelapa sawit ini.
Dia menggamit ke arah Raymie dan Maura supaya menghampiri dirinya yang berada di atas pentas kecil. Raymie dan Maura yang kebingungan itu hanya menurut sahaja. Mereka berdua berjalan beriringan mendekati Tuan Mirul Rozai dan Puan Ida.
"Para hadirin sekalian, perkenalkan... Maura Allan... Menantu sulung saya... Dia merupakan isteri kepada anak sulung saya, Raymie..."
Terus suasana menjadi riuh rendah bila mendengar pengumuman yang di buat oleh Tuan Mirul Rozai itu. Lebih - lebih Maura. Dia turut melopong bila diperkenalkan sebagai menantu lelaki itu di khalayak ramai. Kecuali Raymie!
Lelaki itu tersenyum gembira bila abahnya memperkenalkan Maura sebagai isterinya.
Tetapi tidak pada Raymen!
Hatinya bagai di hiris dengan belati bila abahnya membuat pengumuman sebegitu.
"Tuan... Abah..." Tersasul Maura menyebut. Muka sudah merah menahan malu. Malunya bertambah bila sebilangan rakan niaga bapa mentuanya mengucap tahniah pada dia dan Raymie.
Ada sesetengah nya berseloroh dan membahan Tuan Mirul Rozai dengam mengatakan lelaki itu pandai menyorok menantu yang cantik dan comel. Tuan Mirul Rozai hanya tergelak besar sahaja.
"Maura..." Panggil Puan Ida kepada Maura sebaik sahaja orang yang mengelilingi menantunya sudah beransur pergi.
"Ya Ma..." Jawab Maura.
"Mulai saat ini hingga selamanya... Maura adalah menantu mama dan abah... Maura satu - satu nya menantu sulung mama... Menantu sulung abah... Tiada yang lain lagi..." Ujar Puan Ida tulus. Jari jemari Maura di capai lalu di genggam erat.
Maura hanya membisu sahaja. Hanya raut wajah wanita itu dipandang dengan pandangan yang sukar untuk di tafsirkan.
Bumm!!!
Bunyi mercun bola dan bunga api mengejutkan Maura. Dia tergamam dan terus kaku di tempatnya.
Bumm!!
Sekali lagi bunyi mercun dan bunga api bergema di langit.
Serta merta Imbasan silam terlayar di ruang mata. Nafas Maura sudah tidak menentu. Peluh dingin sudah mula terbit di dahinya. Wajahnya sudah berubah pucat. Badannya sudah menggigil seperti mengalami kesejukan yang melampau.
"Eh... Maura... Kenapa ni..." Soal Raymie cemas. Tubuh Maura di hampiri. Tubuh yang seakan mahu rebah itu di paut kejap.
"Ya Tuhan... Kenapa dengan Maura ni..." Giliran Puan Ida pula panik melihat wajah pucat Maura.
Dumm!!
Sekali lagi bunyi mercun dan bunga api kedengaran. Dan serentak itu juga tubuhnya rebah dalam dakapan Raymie.
"Stop!!! Jangan main mercun dan bunga api lagi!!!"
Kedengaran suara keras Raymen menyuruh menyuruh orang yang mengendalikan mercun dan bunga api untuk berhenti.
Sayup - sayup kedengaran suara cemas mama, abah dan Raymie sebelum matanya terkatup rapat.
Akhirnya dia terkulai tidak sedarkan diri di situ.
Maura pengsan...
Share this novel