-KEMATIAN DI RANCANG II-

Drama Completed 30112

MEREKA BERDUA kembali berjumpa di tempat yang sama setelah Mawi selesai menyiasat...

Lama juga lelaki itu menyiasat...

Hampir seminggu lamanya...

Logik lah...

Kes ni dah berlaku 10 tahun lepas... Tak semudah itu nak dapat fakta tentang kes ini... Walaupun ada kemudahan akses mengenai fakta tentang kes ini... Mawi langsung tidak menggunakan nya... Naya kalau dapat ditangkap oleh pihak atasan... Mahu dia ke dalam nanti... Cara yang paling selamat adalah dengan cara manual... Itu pun dia mengalami kesukaran juga... Kes dah lama... Nak bukak semula tu... Memang makan masa juga...

"Nah.. Ini sahaja yang aku dapat cari dan siasat dalam masa seminggu ni..." Mawi menghulurkan sampul surat berwarna putih pada Raymie.

Raymie pantas menyambut huluran tersebut lalu sampul sampul surat itu di buka dan isi di dalamnya di tarik keluar... Isi kandungan surat itu di teliti satu persatu.

"Apa yang aku dapat siasat... Perempuan bernama Mida ni di bunuh bukan atas sebab rompakan... Tapi kematian dia di rancang..."

Tingkah Raymie yang meneliti isi kandungan surat itu terhenti dan pantas pandangannya di tala ke arah wajah Mawi pula.

"Maksud kau?"

"Kematian Mida ni ada berkait rapat dengan kecurangan suami dia waktu tu... Dan aku syak... Orang yang merancang pembunuhan itu adalah isteri kedua Mr. Allan..." Ujar Mawi lagi.

"Maksud kau, Madam Rosy?"

Mawi mengangguk perlahan.

"Dan satu lagi... Kedua - dua saksi dalam kes ni... Meninggal dunia..."

"Meninggal dunia? Siapa mereka?" Soal Raymie tidak sabar.

Yelah... Isi fail yang dia dapat siasat dan diberi kepada Mawi tempoh hari pun tidak mencukupi untuk mengetahui kebenaran ini... Itu yang dia tanya pada sahabatnya ini.

"Mr. Allan dengan ibunya, Puan Maylam..." Tutur Mawi lagi.

Hampir tercengang Raymie saat mendengar nama kedua - dua saksi yang keluar dari mulut sahabatnya ini.

"Kau cakap tadi... Kes ni berkait rapat dengan kecurangan Mr. Allan... Habis yang dia boleh jadi saksi utama tu macam mana pulak..." Soal Raymie lagi.

Wah... Makin rumit nampaknya!

Kenapa orang yang berkait rapat dengan kes ni boleh jadi saksi utama?

"Aku pu musykil jugak pada mulanya... Tapi... Bila aku siasat lagi... Memang sah... Mr. Allan adalah saksi utama..."

"Cop... Cop... Boleh tak kau cakap jangan berbelit sangat... Aku langsung tak faham... Boleh kau bagitau apa yang terjadi sebenarnya..." Pinta Raymie.

Mendengus keras Mawi mendengar permintaan sahabatnya itu...

Kertas yang berada di tangan Raymie di rampas kasar. Helaian demi helaian dibuka sebelum tangan nya terhenti pada satu helaian yang memaparkan berkenaan saksi...

" Nah! Baca ni!" Kertas itu kembali di hulur semula ke arah Raymie.

Buat apa dia beria menghulur sampul surat ini kepada Raymie kalau tak di manfaat kan untuk dibaca?

Buat habis tenaga dia sahaja menaip satu persatu perkataan dalam helaian kertas itu...

Mata Raymie tertumpu pada helaian yang di buka oleh Mawi tadi sebelum dia bebola matanya meliar meneliti ayat yang terkandung dalam helaian itu...

"Maknanya dia tahulah siapa pembunuh tu dan menyembunyikan kebenaran itu demi keselamatan anak dia?"

Mawi hanya jongket bahunya tanda dia turut berpendapat sama dengan sahabatnya itu...

"Dan Puan Maylam juga turut bersubahat dalam hal ini demi melindungi keselamatan Maura?" Bisik Raymie perlahan tepi masih sempat singgah di telinga Mawi.

"Sorry to say, Mie... Ada yang perlu aku tahu sesuatu ke?"

"Perlu tahu sesuatu? Sesuatu apa?"

"Kau cakap kau suruh aku bukak balik kes ni sebab ada seseorang yang perlu kau lindungi... Orang yang nak kau lindungi tu Maura kan... Anak perempuan wanita yang jadi mangsa pembunuhan ni... Aku syak... Bukan saja - saja aje kau nak bukak kes kalau bukan sebab dia... Dan sekarang... Bagitau aku... Siapa perempuan ni pada kau Mie... "

Terkatup mulut Raymie bila rahsia nya sudah terungkap. Ya... Masih dia meminta pertolongan Mawi tempoh hari, dia hanya menyatakan yang dia tidak mahu kehilangan orang yang dia sayangi dan langsung tidak menyentuh perihal tentang Maura...

Dan sekarang, bila Mawi mula menyoal pada dia... Dia terpaksa juga memberitahu sahabatnya itu siapa Maura sebenarnya...

"Maura... Dia isteri aku, Mawi..." Akhirnya, Raymie membuka rahsianya... Dia terpaksa juga untuk memberitahu Mawi tentang statusnya dengan Maura... Kalau dia tak bagitahu pun, lambat laun Mawi akan tahu juga... Jadi sekarang, lebih baik perkara ini keluar dari mulutnya sendiri daripada Mawi mendapat tahu dari orang lain kelak...

"What's? Your wife? Sejak bila kau kahwin ni, Mie?" Terkejut beruk Mawi saat mendengar kebenaran yang keluar dari sahabatnya ini...

Bertahun - tahun dia berkawan dengan Raymie ini... Tak pernah sekali pun lelaki menyembunyikan sesuatu dari dirinya... Tapi... Kali ini... Lelaki ini... Lelaki ini tega menyembunyikan sesuatu yang begitu besar darinya...

"Dah lama dah, Wi... Sejak 8 tahun yang lepas..."

"Apa? 8 tahun yang lepas?" Membulat mata Mawi mendengar pengakuan Raymie.

Raymie mengangguk perlahan...

Mengeluh perlahan Mawi tatkala mendengar pengakuan sahabatnya ini...

"Mie... Kenapa kau tak bagitau awal - awal pasal benda ni..." Keluh Mawi lagi.

"Aku minta maaf Wi sebab tak bagitau kau... Tapi... Ini soal keselamatan dia, Wi... Keselamatan Maura... Sebab tu... Sedaya upaya aku nak lindung dia..." Luah Raymie lagi...

Dia melakukan semua ini adalah semata - mata untuk keselamatan Maura...

Dia takut sesuatu yang akan terjadi pada wanita kesayangan itu...

" Kita kena cari cepat siapa pembunuh tu sebelum... " Ayat Raymie tiba - tiba tersekat di situ. Dan ayat tersekat nya itu membuatkan Mawi tertanya - tanya.

"Sebelum apa, Mie..."

"Sebelum Maura mencari dengan lebih mendalam lagi..."

"Hah? Maura pun cari tahu jugak pasal kes ni?" Tak habis lagi dengan rasa terkejutnya dengan perkahwinan rahsia Raymie, kali ini dia dikejutkan pula dengan ulah si Maura... Lama - lama macam ni, boleh sakit jantung dia dibuatnya!

"Ya, Wi... Aku harap kan kau sorang aje sekarang... Aku tak nak babitkan family aku dalam hal ni... Aku tak nak diorang dalam bahaya... Sekarang ni pun diorang mana ada dekat sini..." Ujar Raymie lagi.

Mujur juga otak Raymie pantas berfikir!

Dengan mereka cerita alasan yang munasabah, akhirnya kesemua yang berada di rumah agam itu di hantar ke bandar besar. Lega sedikit hatinya walaupun tidak sepenuhnya...

Hanya Maura sahaja yang masih lagi berada di sisinya!

Dia tahu, Tuan Mirul Rozai tidak semudah itu akan percaya dengan alasan yang di cipta olehnya... Sekali aje, bolehlah di terima akal... Kalau dah lama - lama tu, mesti perasaan wak sangka tu akan terbit juga nanti... Dan dia tidak tahu berapa lama lagi masa yang boleh di ambil oleh mereka dalam membongkar kes ini!

"Baiklah... Aku akan sama - sama tolong kau... Tapi sebelum tu... Kau tengok gambar orang ni dulu..." Helaian kertas yang berada di tangan Raymie diambil. Dia menyelak lagi helaian kertas itu sehingga selakannya terhenti pada helaian terakhir sebelum di serahkan semula pada Raymie.

Profil seseorang terpapar pada helaian kertas itu.

" Ni profil yang aku dapat cari dalam masa seminggu ni... Aku syak... Dia ni ada kaitan dengan Madam Rosy..." Jari telunjuk Mawi lurus menunjuk ke arah profil tersebut.

Raymie tidak menjawab.

Matanya fokus pada profil yang terpapar itu.

JOSAN ANDRIS...

"Dia ni juga di syaki terlibat dalam kes pembunuhan seorang pelajar lelaki di luar negara 12 tahun lalu... Dan dalam tahun yang sama, dia juga sekali lagi disyaki sebagai suspek dalam kes kematian kedua - dua ibu bapa dia pula... Tapi... Takde bukti yang menunjuk kan yang dia melakukan itu semuanya... " Mawi menghentikan penerangannya sebelum menyambung kembali.

"Aku syak yang dia juga ada terlibat dalam semua ni... Termasuk dengan serangan ke atas bekas tenaga pengajar aku..." Perlahan sahaja suara Mawi bila menyebut berkaitan dengan Azman Ali.

Pedih hatinya bila teringat akan kesengsaraan yang dialami oleh Azman Ali dalam tempoh 10 tahun itu...

"Thanks Mawi... Sebab kau sudi tolong aku... Aku harap.. Kau cari dengan lebih giat lagi pasal lelaki ni... Kalau betul dia bersalah... Kita tahan dia ikut undang - undang... Tapi... Satu aje yang aku nak pesan dekat kau... Hati - hati bila kau cuba cari maklumat pasal benda ni... Kita tak boleh jangka apa yang akan terjadi nanti... "Pesan Raymie pada sahabatnya.

Sedikit sebanyak hatinya mula di landa kegusaran bila melibatkan Mawi dalam hal ini... Tapi... Kalau bukan Mawi... Pada siapa lagi dia mahu minta pertolongan...

Mawi hanya membuat tanda okay pada pesanan sahabatnya itu...

Raymie hanya tersenyum segarit sebelum kembali menatap profil itu...

JOSAN ANDRIS...

Aku harap dapat jumpa kau nanti...

Bisik Raymie di dalam hati...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience