BAB 18 - PULIH -

Drama Completed 30238

ENAM TAHUN KEMUDIAN...

TERASA NYAMAN hati Raymie bila dapat kembali semula ke tempat kelahirannya setelah agak lama bermastautin di bandar besar. Kereta yang di pandu oleh Amat, pemandu abahnya menyelusuri deretan pokok kelapa sawit milik keluarganya membuatkan dirinya tidak sabar untuk pulang ke rumah agam itu.

Mata Raymie bersinar bila rumah agam milik keluarganya tersergam indah di hadapannya kini.

Terus Raymie keluar dari kereta setelah kenderaan yang dipandu Amat berhenti di hadapan Puan Ida dan Tuan Mirul Rozai.

"Mama..."

Jerit Raymie riang sambil berlari ke arah mamanya dan tubuh wanita kesayangannya itu pantas dipeluk. Terjongket sedikit kaki Puan Ida bila memeluk tubuh anak sulungnya ini. Maklumlah, genetik dari suaminya. Tuan Mirul Rozai kan memang bertubuh tinggi orangnya.

"Abah..." Sapa Raymie setelah pelukannya pada Puan Ida di leraikan. Giliran tubuh abahnya pula dipeluk.

"Dah... Apa yang kita tercegat lagi dekat sini... Jom masuk dalam... Amat, kereta tu nanti masuk dalam garaj semula..." Ajak Tuan Mirul Rozai. Sebelum itu, sempat lagi dia berpesan kepada pemandunya sebelum mereka tiga beranak masuk ke dalam rumah.

SETELAH AGAK LAMA BERBUAL DI RUANG TAMU, Raymie meminta diri untuk naik ke bilik dengan alasan dia mahu berehat. Kedua - dua orang tuanya hanya mengangguk faham sahaja. Mereka faham yang Raymie mesti kepenatan setelah menempuhi perjalanan agak panjang.

Nyaman terasa bila tubuh bertemu tilam. Terasa hilang segala kepenatan yang di tempuhi tadi. Dia bangun dari pembaringan bila menyedari baju yang menyaluti tubuhnya sudah dibasahi peluh. Alat kawalan jauh pendingin hawa di capai lalu dihidupkan pendingin hawa.

Pakaian yang di pakai satu persatu dilucut dari tubuhnya. Pantas dia melangkah menuju kebilik mandi untuk membersihkan dirinya melekit dek peluh tadi.

Dia keluar dari bilik mandi setelah selesai membersihkan diri dengan hanya mengenakan tuala dipinggang.

Lebihan tuala yang ada di penyidai di ambil lalu digosok dikepala untuk mengeringkan rambutnya. Dia berdiri di hadapan cermin yang memantulkan tubuh nya yang sasa. Mata nya tidak sengaja terarah pada parut yang memudar di sebelah kiri perut nya. Ingatannya kembali berputar bilamana nyawanya hampir melayang akibat kemalangan enam tahun lalu.

Imbas kembali...

Enam tahun lepas...

Raymie sudah tidak sedarkan diri bila dirinya di tolak masuk ke dalam bilik pembedahan. Semasa dibawa keluar dari kenderaannya remuk tadi, lelaki itu masih lagi dalam keadaan separuh sedar.

Mengikut kata saksi yang berada di tempat kejadian, kenderaan yang dipandu oleh Raymie dilihat di pandu laju sebelum terbabas melanggar pokok kerana ingin mengelak berlanggar dengan kenderaan dari arah bertentangan. Mujur juga tidak terbabas ke dalam gaung. Kalau tidak, sudah tentu nyawanya sudah melayang saat itu. Melihat lukanya di perut sebelah kiri terkuak lebar pun sudah ngeri. Apatah lagi terjunam ke dalam gaung yang dalam itu.

Setelah sedar dari koma, dia telah dihantar ke hospital di bandar besar untuk merawat serta memulih keadaannya.

Masa kini...

Bertahun - tahun dia cuba untuk memulihkan semangat dirinya akibat kemalangan yang dihadapinya.

Dia tidak lupa siapa yang telah membuat dirinya hampir kehilangan nyawa. Sekilas wajah seseorang yang amat dibenci nya terlayar di minda. Seseorang yang telah mengubah dirinya dari seorang periang menjadi seorang yang keras serta dingin.

"Aku tak lupa apa yang kau dekat aku dulu... Aku akan ingat sampai bila - bila..." Gumam Raymie bersama dendam yang sarat di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience