BAB 13 - TERLALU RINDU -

Drama Completed 30112

DUA BULAN KEMUDIAN...

Sudah dua bulan berlalu, tetapi panggilan telefon mahu pun surat dari Raymen langsung Maura tidak terima.

Pernah sekali dia cuba mencari alamat tempat tinggal Raymen dari rakan lama Raymen tetapi jawapannya sangat mengecewakan. Hinggakan dia mendapat ugutan dari Puan Ida, mamanya Raymen supaya tidak menganggu anaknya lagi.
Sejak dari itu, dia mula memperlahankan pencariannya tentang Raymen kerana dia tidak mahu mendapat ugutan dari Puan Ida lagi.

Sekarang dia bekerja di sebuah restoran di bandar untuk mencari duit belanja sejak habis exam SPM dua bulan lepas. Papanya sudah lama tidak memberinya duit belanja sejak Madam Rosy mengambil alih kewangan keluarga. Habis semua duit belanjanya dipotong. Sebab itulah dia bekerja di restoran ini.

Oh ya! Lupa pulak pasal si abang Raymen sorang tu!

Raymie sudah menamatkan kontraknya sebagai guru sandaran dan sekarang masih mahu menunggu keputusan untuk menyambung pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi pula. Dan sekarang dia sedang membantu abahnya mengurus ladang kelapa sawit. Akhirnya, nak juga tolong Tuan Mirul Rozai.

MENGALIR AIR MATA MAURA bila melihat gambar Raymen yang sedang tersenyum disebelah dirinya. Gambar itu diambil ketika mereka berdua bersama - sama menyertai aktiviti anjuran sekolah dua tahun lepas.

"Awak dekat mana sekarang Raymen? Saya rindukan awak sangat..." Ujar Maura sayu. Gambar itu diusap perlahan.

Mujur juga abah Raymen ada selalu dengannya. Lelaki pertengahan 40 - an itu sentiasa ada bila dia dalam dalam kesusahan. Sentiasa memberi kata - kata semangat pada dirinya. Dan dia menganggap Tuan Mirul Rozai seperti bapanya sendiri.

Bila ditanya tentang keberadaan Raymen sekarang, lelaki itu hanya tersenyum sambil berkata,

"Maura akan jumpa juga dia suatu hari nanti... Percayalah cakap Uncle..."

Ya... Maura berpegang pada ayat Tuan Mirul Rozai itu. Dia akan berjumpa juga dengan Raymen walaupun apa pun tak akan terjadi pada dirinya ketika itu.

Raymen... Saya tetap tunggu kemunculan awak semula...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience