"AKU RASA nak pecah kepala aku ni!" Rungut Madam Rosy sambil menggaru kepala nya yang tidak gatal.
Sekali imbas, dah gaya macam perempuan gila dah tengok si Madam seorang ni!
"Mummy... Boleh tak duduk diam sikit... Rimaslah Dan tengok!" Tegur Dante bila melihat kelibat ibunya mundar mandir di hadapannya.
Naik bosan dia melihat tingkah kerisauan ibunya ini.
Menjeling tajam mata Madam Rosy memanah wajah tampan anaknya itu.
Ceh! Tampan konon! Kalau tampan, takde lah perangai tu serupa anak jin!
"Senang lah kau cakap suruh mummy ni duduk diam... Tu... Harta tu... Kalau dah lepas ke tangan budak tak guna tu... Kita ni macam mana... Kita nak makan apa nanti?" Lenting Madam Rosy.
Mendidih hatinya bila diberitahu peguam yang dia dan anaknya langsung tiada bahagian dalam pembahagian harta mendiang Mr. Allan itu.
Cis! Pandai betul orang tua tu putar belit kan semuanya!
" Alah... Mummy ni! Chill sudah lah! " Ujar Dante selamba.
Matanya langsung tak berkalih pada skrin televisyen sedangkan hati Madam Rosy sekarang ini sepertinya sudah mahu terbakar dengan ayat selamba anaknya ini.
"Eii... Payah betul kalau bercakap dengan kamu ni... Tak memahami langsung!" Bentak Madam Rosy sebelum punggungnya di henyak pada sofa di sebelah anaknya yang masih ralit menonton televisyen.
Melihat wajah kelat ibunya, pantas Dante mengalihkan pandangan dari skrin televisyen ke arah wajah ibunya.
"Mummy... Dengar cakap Dante ni... Buat apa nak susah... Uncle Josan kan ada untuk bereskan semua ni... Takkan itu pun mummy tak tahu lagi..." Dante mula mengampu ibunya dengan menggunakan nama seseorang.
Madam Rosy seperti memikirkan sesuatu.
"A'ahlah... Kenapa mummy tak terfikir dekat uncle Josan ya..." Tersungging senyuman di bibir Madam Rosy mendengar usulan anaknya.
Terjongket - jongket kening Dante bila ibunya mula menerima usulannya.
"Cerdik jugak anak mummy ni!" Puji Madam Rosy sambil mencubit perlahan pipi Dante.
Dante hanya tersengih berlagak sambil menjungkit bahunya.
"Takpe... Nanti mummy pergi jumpa Uncle Josan... Mummy nak tahu apa jawapan dia nanti..." Madam Rosy mula kulum senyum.
Tak sabar dia nak lihat kejatuhan Maura, bekas anak tirinya itu!
"ADA APA kau nak jumpa aku ni?" Soal Josan sambil meneliti dokumen yang perlu di tanda tangan.
"Aku ada sesuatu nak suruh kau buat, Jas..."
Matanya yang tertumpu pada dokumen tadi pantas di panggung menghadap wajah Madam Rosy yang sedang enak bersandar pada sisi meja kerjanya.
"Kau nak suruh aku buat apa?" Mendatar sahaja suara Josan menyoal.
"Aku nak kau hapuskan Maura!"
Makin mendalam renungan Josan pada Madam Rosy.
Dokumen yang berada di tangan di ditutup dan diletakkan dia atas meja. Punggungnya di angkat sebelum tubuh tingginya di bawah melangkah menuju ke arah Madam Rosy.
"Kau nak apa sebenarnya... Apa yang kau cuba rancangkan ni?" Suara garau nya mula bergema di sisi wanita.
"Kau tau tak... Sebab budak perempuan tak guna tu... Satu sen haram pun Allan langsung tidak bahagikan dekat aku... Tak ke sakit hati aku sekarang ni..." Beritahu Madam Rosy dengan wajah yang merah menahan marah.
Ketawa sinis Josan mendengar ayat Madam Rosy itu.
Pantas jelingan di hadiahkan buat lelaki itu.
" Kau gelakkan aku dah kenapa... Aku tak buat lawak pun... "Detus Madam Rosy.
" Relaks sis... Jangan marah macam ni... Kalau kau marah... Apa benda pun kau tak kan dapat... "Josan menenangkan Madam Rosy.
Sis?
Makna kata lelaki ini adalah adik lelaki kepada Madam Rosy.
Yeah... Baru teringat!
Madam Rosy ada mengatakan dulu yang dia mempunyai seorang adik lelaki yang tinggal di luar negara.
Hanya beberapa kali sahaja adiknya ini pulang ke Malaysia sebelum kembali semula ke luar negara.
"Kau nak suruh aku relaks..." Tersengih sinis Madam Rosy dengan ayat adiknya.
"Kau relaks dulu... Jangan gelabah... Semua akan aku settlekan... Tapi dengan syarat..."
"Syarat? Syarat apa nya?"
"Kau tak boleh ganggu atau masuk campur apa yang aku buat... Kau just tinggal diam aje dengan Dante... Aku tahu apa yang aku buat... That's clear?" Josan mula mengenakan syarat pada kakaknya ini.
Wajah kakaknya yang bermekap tebal itu di kerling lagi.
"Okay... Aku ikut aje..." Balas Madam Rosy setuju dengan syarat adiknya.
Dia bersetuju tanpa mengetahui apa yang di rancang oleh adiknya ini. Dia tahu, adiknya ini kalau melakukan sesuatu akan selesai secepatnya. Tapi dalam cerdik - cerdik dia tu pun, dia tidak tahu personaliti adiknya ini bagaimana.
Dan dia tidak tahu siapa Josan sebenarnya...
"Okay... Done... Dan sekarang... Kau boleh berambus dari bilik aku ni..." Usai berkata, dengan selamba Josan menghalau Madam Rosy keluar dari bilik kerjanya.
Madam Rosy hanya memberi jelingan tajam sebelum dia berlalu keluar dari bilik kerja Josan ini.
Hilang sahaja kelibat kakaknya, dia kembali semula ke arah laci meja kerjanya. Laci itu dibuka. Gambar seseorang di ambil dan laci itu ditutup kembali.
Tubuh sasanya di bawa ke arah sofa sebelum merebahkan tubuh tingginya di sofa empuk itu.
Gambar orang itu di tenung tajam.
Ya... Itu adalah gambar Maura sewaktu gadis itu berada di tingkatan 5...
"Haih... Kenapa lah kau cari masalah lagi Maura..." Bisik nya perlahan.
"Selama ni... Kau boleh aje duduk diam - diam... Terpinggir dari masyarakat... Tapi kenapa kali ni kau tidak diamkan diri... Why Maura... Why?" Bisik nya lagi.
Gambar yang terselit di belakang gambar Maura di perhati pula.
"Mida..." Sebaris nama itu disebut.
Ya... Mida adalah wanita idamannya...
Sejak dari zaman muda lagi, Mida sudah menjadi wanita pujaannya... Sehinggalah wanita itu menamatkan zaman muda nya bersama orang yang berpengaruh di penempatan mereka ini.
Dia mula patah hati melihat wanita yang di puja selama ini menjadi hak milik orang lain.
Sehingga dia bertekad untuk meninggalkan Malaysia dan menetap di luar negara.
Semasa di luar negara, dia mengalami tekanan mental yang amat serius... Dan hampir - hampir dia jadi gila kerana asyik teringat kan Mida...
Di sebabkan kelakuan dia itulah, satu nyawa terkorban.
Ibu dan bapanya tidak mahu memanjangkan kes ini dan terus membawa nya pulang kembali ke Malaysia.
Sampai di Malaysia, ibu bapa nya pula menjadi mangsa kedua nya...
Tapi dia pandai memutar belikan fakta dan memalsukan bukti...
Dan akhirnya, dia terlepas tanpa sebarang kesalahan.
Dan selepas itu, barulah giliran Mida pula.
Dia tega membunuh wanita itu walaupun dia tahu keadaan wanita itu waktu itu macam mana...
Dan... Maura... Anak wanita yang di pujanya ini hampir menjadi mangsanya...
Dia hampir merosakkan Maura waktu itu tetapi niat tidak kesampaian bila ekor matanya menangkap silauan lampu kereta memasuki perkarangan banglo.
Waktu itu dia hanya mampu mengetap bibir menahan geram dengan orang yang memasuki rumah itu sehingga menggagalkan niatnya.
Dia tergelak sinis bila kenangan silam mula menjengah mindanya.
Dua kali dia gagal dalam cuba untuk merosakkan Maura.
Dia bukan sebarangan mahu merosakkan wanita itu... Dia mahu memastikan Maura agar menutup mulut tentang kejadian menimpa ibu wanita itu.
Rancangan nya gagal!
Maka, dengan itu...
Dia mula melancarkan strategik nya dalam menghapuskan orang - orang yang di sayangi oleh wanita itu... Puan Maylam dan Mr. Allan!
Kedua - kedua amat penting buat Maura dan sebab itulah dia mematikan kedua - duanya...
Dan sekarang...
Hanya tinggal dua orang lagi menjadi kesayangan Maura...
Raymie dan Raymen!
Tersengih sinis lagi lelaki itu bila kedua - dua nama itu melekat di kepalanya...
Yeah! Dia harus hapuskan kedua - dua lelaki ini sebelum Maura menggali lebih dalam lagi tentang dia!
Bukan dia tidak tahu yang Maura sekarang tengah mencari bukti tentang dirinya...
"Maura... Kau takkan dapat gali pasal aku lebih dalam lagi... Sebab dua - dua orang yang kau sayang ini... Akan aku hapuskan!" Deram Josan selayaknya seorang psikopat.
Maura...
Selamatkan dirimu dari lelaki gila ini!
Dah tahu kan siapa dia pembunuh ibu Maura
Share this novel