BAB 38 - PERISTIWA SILAM -

Drama Completed 30112

10 TAHUN LEPAS...

PRANGG!!!

Terhinggut bahu Maura mendengar bunyi kaca pecah dari bilik orang tuanya.

Hilang fokusnya yang ketika itu sedang menelaah pelajaran.

Tidak lama kemudian, kedengaran mama dan papanya bertengkar. Suara jeritan mama serta suara jerkahan papanya silih berganti dari dalam bilik.

Pen yang digunakan untuk menulis diletakkan di atas meja. Buku pelajaran di tutup dan disusun rapi di atas meja.

Dia mengeluh kasar.

Tak habis - habis nak bertengkar!

Naik bosan dia dengar pertelingkahan antara mamanya, Puan Mida dan papanya, Encik Allan hampir setiap waktu.

Kadang - kadang dia yang tiada kena mengena dengan pertelingkahan itu turut terkena tempiasnya.

Dia tahu, pertelingkahan itu bermula dari ulah papanya dulu.

Dia perasan sejak dua menjak ini, papanya sering pulang lewat malam. Kadang - kadang tak balik rumah langsung!

Bila disoal, hanya tengkingan lelaki itu yang menjawab soalan tersebut.

"Ni apa ni Allan? Apa ni?" Jeritan mama nya dari bilik sebelah memaksa juga dirinya untuk melihat apa yang telah terjadi.

Hatinya berasa tidak enak mendengar pertelingkahan orang tuanya kali ini. Pertelingkahan orang tuanya kali ini bukan seperti pertelingkahan hari sebelumnya.

Langkah di atur cermat menuju ke bilik orang tuanya.

"Itu semua fitnah lah Mida... Jangan percaya semua benda ni..." Kedengaran suara Encik Allan pula menyangkal.

"Fitnah? Awak cakap fitnah? Ni apa benda ni... Hah... Apa benda ni..." Beberapa keping gambar di campak kasar ke muka suaminya.

Maura sudah pun berada di hadapan pintu bilik orang tuanya yang sedikit renggang. Kakinya terpaku di situ.

Matanya menangkap tubuh papanya yang mencangkung mengutip salah satu gambar yang bertaburan di atas karpet.

Lelaki itu bangun dengan gambar berada di tangan.

"Dari mana awak dapat gambar ni semua?" Soal Encik Allan dengan suara bergetar menahan marah.

Mata lelaki pertengahan usia 40 - an itu tunak memandang wajah isterinya yang sudah merah padam.

"Saya dapat dari mana benda tu tak penting Allan... Yang saya nak tahu... Betul ke awak ada affair dengan Rosy... Betul ke Allan..." Puan Mida menanya lagi.

Encik Allan membisu. Pertanyaan isterinya langsung tak di jawab. Matanya meliar memandang ke kiri dan kanan.

" Allan... Saya tanya ni... Betul ke awak ada affair dengan Rosy... Betul ke Allan... " Suara Puan Mida sudah mula naik seoktaf.

"Allan..."

"Ya... Aku ada affair dengan dia.. Puas hati??"

Bagai mahu terhenti jantung Puan Mida saat mendengar pengakuan keluar dari mulut suaminya.

Begitu juga dengan Maura yang berada di balik pintu. Raut wajah remaja itu turut berubah.

"Memandangkan kau dah tahu hubungan aku dengan Rosy... Jadi mudah untuk aku lepaskan kau nanti..."

Tersentak Maura dengan ayat papanya.

Terus dia meluru masuk ke dalam bilik.

"Papa!! Apa yang papa cakapkan ni? Papa dah tak sayangkan mama ke?" Hampir melantun suara Maura bertanya kepada papanya.

"Eh! Maura! Kenapa kurang ajar sangat masuk bilik orang tua macam tu hah? Siap yang mengajar? Mak kau yang mengajar?" Tengking Encik Allan. Matanya mencerlung tajam memandang wajah anak perempuannya yang berdiri di sisi isterinya.

"Papa tak payah nak tengking Maura lah... Papa tahu kan siapa Untie Rosy tu..."

Pangg!!

Satu tamparan hinggap di wajah comel Maura.

"Kau jangan kurang ajar dengan aku ya Maura... Aku ni papa engkau..."

"Papa apa sampaikan sanggup nak ceraikan isteri sendiri demi perempuan pisau cukur tu..." Lawan Maura lagi.

"Kau..."

Tangan Encik Allan sudah naik tinggi untuk melempang anaknya lagi.

"Sudah... Cukup Allan... Cukup... Jangan sakitkan anak saya lagi..." Pekik Puan Mida. Tubuh Maura pantas di paut dalam dakapan nya.

"Nasib mama kau yang tak guna ada dekat sini... Kalau tak... Pecah mulut kau kena penampar aku..." Rengus Encik Allan sebelum berlalu dari situ.

Panas hatinya bila lama - lama di situ.

"Maura..." Panggil Puan Mida perlahan.

Tubuh Maura pantas di bawa ke dalam dakapannya.

RUMAH BANGLO itu sekali bergema dengan jeritan Encik Allan.

Pangg!!

Sekali lagi penampar Encik Allan hinggap ke wajah anaknya. Hinggakan remaja itu terduduk di atas karpet akibat penangannya.

" Kau memang cari nahas dengan aku lah Maura..." Pekik Encik Allan. Bertalu - lalu tubuh anak perempuannya itu di balun.

"Allan!!"

Jerit Puan Mida.

Pantas tubuh suaminya yang sedang membalun tubuh anak mereka di tolak kasar. Hampir tersungkur tubuh Encik Allan akibat tolakan Puan Mida.

"Awak dah gila ke hah Allan?" Marah Puan Mida. Tubuh anaknya yang sudah menyembah karpet pantas di paut.

Jelas rintihan kesakitan Maura di telinganya akibat di balun oleh Encik Allan menggunakan tali pinggang.

"Kau ke tepi lah... Biar aku ajar budak ni cukup - cukup!!"

Keras suara Encik Allan.

Dia sudah mara ke arah isteri dan anaknya. Puan Mida pantas melindungi tubuh anaknya dalam dakapannya.

"Cukup Allan! Jangan pukul dia lagi!" Pekik Puan Mida.

"Kau ke tepi Mida sebelum kau pulak aku balun nanti..." Encik Allan menghantar amaran.

"Pukullah... Pukul lah kami sepuas hati awak... Smpai hati ya awak Allan... Sebabkan perempuan tu... Awak sanggup pukul anak awak sendiri... Bapa jenis apa awak ni hah Allan?" Luah Puan Mida.

Ya... Gara - gara perempuan bernama Rosy, anaknya menjadi mangsa kekejaman suaminya lagi.

Biarlah dia meluahkan segalanya hari ini. Biarlah... Dia sudah penat dengan semua ini... Hatinya tidak tega melihat anak perempuan nya akan menjadi mangsa setiap kali dia dan suami bertengkar.

Kasihan anak itu...

" Eh! Mida... Dia ada nama... Nama dia Rosy... Tak payah kau nak hina dia lagi... Mulai esok... Kau dengan anak kau yang tak guna ni berambus keluar dari aku... Aku tak hadap dengan muka buruk korang berdua ni..." Begitu sekali lelaki ini menghina isteri dan anaknya. Hatinya telah benar - benar mati buat isteri dan anaknya gara - gara perasaan yang terlalu sayang pada perempuan bernama Rosy.

" Aku nak tengok esok... Bayang kau dengan budak ni takde dah dalam rumah ni... Kau ingat pesan aku..." Rengus Encik Allan sebelum berlalu dari situ. Tali pinggang di campak kasar ke tepi sofa.

Puan Mida teresak menangis sambil memeriksa keadaan anaknya yang sudah berbirat akibat libasan tali pinggang suaminya.

MENDESIS Maura kesakitan bila luka nya di sapu ubat oleh mamanya.

"Tahan sikit ya Aura... Sikit lagi ni..." Ujar Puan Mida. Ubat di sapu perlahan pada kesan luka dan merah di lengan dan kaki anaknya.

"Aura duduk dulu... Mama nak ambik barang dekat bawah dulu... Ada yang tak cukup lagi ni..." Ujar Puan Mida. Dia bingkas bangun lalu bergegas menuju ke tingkat bawah.

Maura hanya mengangguk sahaja. Pedih sesekali menyengat pada kesan lukanya.

Matanya di kalih ke arah jendela bila telinganya menangkap bunyi hujan turun dengan lebat. Di selang seli pula dengan bunyi guruh.

Dia mengeluh kasar.

Esok dia dan mamanya bakal keluar dari rumah banglo ini. Hatinya merintih memikirkan di mana dia dna mamanya akan tinggal nanti. Papanya langsung tiada hati perut. Gara - gara perempuan itu, sanggup di halau nya anak dan isteri.

Tiba - tiba...

Bangg!!

Bunyi tembakan jelas di telinganya.

Tersentak Maura mendengarnya. Berderup hatinya.

Dia pantas melangkah keluar dari bilik dan terus berlari laju menuruni anak tangga menuju ke tingkat bawah.

Sampai di tingkat bawah, dia tergamam melihat tubuh kaku mamanya yang sudah tidak bernyawa di tengah - tengah ruang tamu. Dia terjelepok di situ.

Jelas kesan tembakan di dahi mamanya. Darah keluar membuak - buak dari bekas tembakan tersebut.

"Mama..." Panggil Maura perlahan.

Seluruh tubuhnya menggigil melihat keadaan mamanya. Matanya langsung tak lepas dari melihat jasad kaku mamanya.

Perlahan - lahan di bawa merangkak ke arah mamanya.

Tetapi satu tangan sasa telah menyauk tubuhnya dari belakang.

"Hello dear..." Bisik seseorang dari belakang.

Maura jadi kelu dan terkedu.

Tubuh nya dibawa menjauhi jasad mamanya.

Bila dia sedar yang dia berada dalam pautan seorang lelaki, barulah dia meronta - ronta mahu melepaskan diri.

"Kau siapa hah? Apa yang kau dah buat dekat mama aku?" Tempik Maura. Dia berusaha mahu melepaskan diri tetapi pautan lelaki ini sungguh kejap hinggakan dia hampir kehilangan nafas.

"Hei... Calm down dear..." Bisik suara itu lagi. Maura yang hanya separas dadanya itu dipaut erat sekali.

Nafsu nya mencanak naik melihat tubuh mengguir Maura walaupun gadis itu mengenakan track suit bersama T-shirt yang sedikit longgar.

Tangannya mula merayap ke arah tempat yang bukan sepatutnya.

Mengigil tubuh Maura saat menyedari tangan lelaki yang tidak dikenali itu mula merayap ke tempat tidak sepatutnya.

Dengan kudrat tidak seberapa, rusuk lelaki itu pantas di siku kuat.

Lelaki misteri itu mengaduh kesakitan.

Pautan di leher Maura terlepas.

Kesempatan itu di ambil oleh Maura untuk melarikan diri.

Bila menyedari yang mangsanya mahu melarikan diri, rambut panjang remaja itu berjaya dicapai sebelum kepala Maura di hantuk kuat ke meja kopi di ruang tamu.

Pang!!

Bunyi kaca pecah kedengaran.

Berlumuran darah kepala Maura akibat dari kesan hantukkan tadi.

Kepala Maura mula terasa pening. Bola matanya juga mula terasa berpinar.

"Berani kau nak lari macam tu aje dari aku..." Pekik si lelaki misteri sebelum wajah remaja di lempang kasar.

Terpelanting tubuh kecil Maura di tepi sofa akibat penangan lelaki misteri ini.

Lelaki misteri itu kelihatan masih lagi mendesis kesakitan di siku oleh Maura tadi.

Hanya terpunduk kesakitan di tepi sofa. Tubuhnya langsung tidak berdaya untuk melangkah pergi dari situ.

Lehernya tiba - tiba di cekau kuat.

Meronta - ronta dia bila di cekau kuat sebegitu.

"Kau patut mati ajelah macam mak kau... Tak guna bila simpan perempuan ganas macam kau ni nanti!!"

Leher remaja itu di cekik kuat lagi.

Tangan Maura menggagau mencengkam tangan lelaki itu. Nafasnya sudah seperti mahu terputus saat ini.

Cekikan di leher nya tiba - tiba dilepaskan bila lelaki misteri itu menoleh ke arah tingkap.

Tercungap - cungap Maura mencari nafas.

Kilauan lampu kereta menyinggah di bingkai jendela.

"Kau akan aku cari nanti bila sampai masanya..." Ugut si lelaki misteri sebelum dia tergesa - gesa meninggalkan banglo itu.

Maura yang masih tercungap - cungap mencari nafas hanya memandang sahaja kelibat lelaki itu menghilang walaupun dalam keadaan yang agak samar - samar.

Tidak kemudian, kedengaran jeritan neneknya sebelum dia rebah tidak sedarkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience