TERHENTI LANGKAH MAURA bila sebuah kereta mewah berwarna putih berhenti di hadapannya. Pintu sebelah pemandu dibuka lalu keluar susuk tubuh seorang lelaki pertengahan 40 - an. Lelaki itu mendekati Maura yang masih terpaku di tempatnya.
"Awak Maura kan?" Lelaki itu bersuara. Wajah gadis kecil molek ini dipandang dengan senyuman.
"Encik ni siapa?" Soalan lelaki itu dibalas dengan soalan.
"Nama uncle Mirul Rozai..." Lelaki itu memperkenalkan diri. Tangan dihulur ke arah Maura. Tetapi huluran tangan Tuan Mirul Rozai di pandang sepi. Wajah yang mempamerkan senyuman itu di pandang dengan pandangan curiga.
Perlahan - lahan dia menjatuhkan tangannya bila tidak disambut oleh gadis ini.
"Maaf saya tak kenal siapa encik... Saya pergi dulu..."
Belum sempat Maura melangkah, tubuh tinggi Tuan Mirul Rozai menghalang langkahnya. Mendengus Maura bila langkahnya dihalang. Belum sempat dia bersuara, pantas lelaki pertengahan 40 - an itu bersuara.
"Uncle ada sesuatu nak cakap dengan Maura..."
SUASANA RESTORAN yang sedikit sunyi itu mendamaikan sedikit hati Maura yang terasa gundah tadi. Matanya melilau melihat sekitar restoran yang agak mewah itu tanpa menyedari kelakuannya itu menjadi tatapan orang dihadapannya.
" Terima kasih sebab sudi terima ajakan uncle tadi..." Ucap Tuan Mirul Rozai bersama senyuman yang tak lekang dari bibirnya. Jenuh juga dia mahu meyakinkan gadis ini tadi dan akhirnya gadis ini akur juga walaupun dia tahu kecurigaan gadis ini pada dirinya masih menebal.
Maura hanya mendiamkan diri tanpa minat mahu menyampuk.
"Maura orderlah nak makan apa... Jangan risau... Uncle belanja..." Pelawa Tuan Mirul Rozai.
"Takpe... Saya masih kenyang lagi..." Pantas Maura menolak. Dia tidak mahu makan dengan orang sembarangan walaupun lelaki di hadapannya kini adalah bapa pada sahabat karib ya, Raymen.
"Betul ni?" Soal Tuan Mirul Rozai lagi.
Pantas gadis itu mengiakan soalan lelaki pertengahan 40 - an ini.
Tidak dapat tidak, akhirnya Tuan Mirul Rozai memesan dua gelas air tembikai.
"Ada apa Tuan Mirul Rozai mahu berjumpa saya ni?" Setelah pesanan sampai di meja mereka, Maura memberanikan diri bertanya. Panggilan encik tadi sudah berubah ke panggilan tuan.
Tersenyum tipis Tuan Mirul Rozai bila mendengar panggilan meniti bibir gadis itu.
"Berapa kali Uncle cakap... Jangan bahasakan diri Uncle Tuan... Panggil aje Uncle Mirul..." Tegur Tuan Mirul Rozai.
Maura hanya tersengih kelat sahaja dengan teguran lelaki ini.
"Uncle datang jumpa kamu ni sebab Uncle nak minta maaf dari pihak isteri Uncle sebab dia berlaku kasar dengan Maura tempoh hari..." Ujar Tuan Mirul Rozai lagi. Hatinya merasa kesal dengan tindakan Puan Ida kepada Maura tempoh hari. Walaupun gadis ini salah sekalipun, jangan ditampar anak orang. Bincanglah secara baik. Itu ynag dipesannya pada Puan Ida tempoh hari. Tetapi wanita itu hanya mempamerkan riak tidak bersalah sahaja.
"Oh.. Yang itu... Takde hallah... Saya ok je... Lagipun... Orang tua mana yang mahu anaknya terjebak dengan gadis yang rosak akhlak macam saya ni..." Nah! Sempat lagi sedas dia melancarkan peluru berpandunya kepada Tuan Mirul Rozai. Tak dapat mak si Raymen, bapak si Raymen yang di sindirnya.
Terkedu Tuan Mirul Rozai seketika dengan ayat pedas Maura itu. Dia berdehem bagi menghilangkan rasa tidak selesa di tekak sebelum bersuara.
"Ada satu lagi Maura perlu tahu..."
"Apa dia?" Tanya Maura dengan dahi berkerut.
"Raymen akan pindah sekolah ke bandar besar hujung minggu ni..."
"Hah?"
Membulat mata Maura bila mendengar perkhabaran itu.
Raymen akan pindah sekolah? Hujung minggu ni? Kegilaan apakah ini?
Share this novel