"BETUL KE KAMU NAK JADI GURU SANDARAN DEKAT SEKOLAH TU?" TANYA PUAN IDA, MAMA KEPADA RAYMIE ROZAI.
Raymie Rozai atau mesra di panggil Raymie hanya mengangguk sahaja. Mulutnya tak dapat menjawab kerana penuh dengan makanan.
"Hish dia ni... Makan elok - eloklah..." Tegur Puan Ida bila melihat gelagat anaknya yang gelojoh ketika menyuap makanan ke dalam mulut.
Raymie hanya tersengih sahaja dengan teguran mamanya.
Abahnya, Tuan Mirul Rozai, tiada di rumah kerana menghadiri satu mesyuarat penting di luar daerah. Maklumlah, abahnya kan pemilik ladang kelapa sawit yang terbesar di daerah penempatan mereka ini. Berpuluh - puluh ekar tanaman kelapa sawit yang diusahakan oleh abahnya.
Bukan kelapa sawit aje, abahnya juga pemilik tanaman sayuran, buah - buahan dan juga musang King. Bukan calang - calang juga rupanya keluarga si Raymie ni.
Boleh dikatakan keluarga si Raymie keluarga berada juga. Orang cakap, makan sehingga 7 keturunan pun takkan habis.
"Mama macam tak yakin dengan kamu nak jadi guru sandaran ni..." Luah Puan Ida dengan gusar.
Yelah... Mana tak gusarnya. Jadi guru ni bukan senang walaupun hanya guru sandaran sahaja. Tugas mencabar tu. Dia takut anak sulungnya mudah putus asa pula nanti walaupun dia tahu anak sulungnya itu bukan jenis yang mudah berputus asa.
Pernah juga dia mengutarakan ideanya pada anak sulungnya itu supaya menolong Tuan Mirul Rozai di ladang tetapi dibantah keras oleh anak lelakinya itu. Alasannya, dia belum bersedia untuk bekerja di ladang.
Raymie dilihat seperti penurut tetapi kadang kala dia agak keras kepala juga. Berbeza benar dengan anak lelakinya yang bongsu.
Raymen Rozai, anak kedua Puan Ida dan Tuan Mirul Rozai agak berbeza sedikit dari abangnya. Dia agak nakal dan sukar untuk mendengar kata. Ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
"Alah mama ni... Jangan risaulah... Mie akan jadi guru sandaran dekat sekolah tu 3 bulan aje... Lepas 3 bulan... Mie janji akan tolong abah ok..." Ujar Raymie dengan tapak tangannya lurus menegak seperti membaca ikrar lagaknya.
"Hmm... Yelah... Mama izinkan..." Akhirnya Puan Ida memberi green light.
"Yeah... Thank you mama..." Jerit Raymie kegirangan.
Menggeleng kepala Puan Ida dengan gelagat anak sulungnya itu.
Umur dah tinggi tapi perangai macam budak - budak!
"BANGUN!!"
Arah ketua kelas kepada anak buahnya setelah melihat kelibat pengetua masuk ke dalam kelas mereka diiringi seorang lelaki di belakang pengetua tersebut.
"Selamat pagi Puan Wardah..." Ucap ketua kelas dengan bersemangat.
"Selamat pagi Puan Wardah..." Satu kelas turut memberi ucapan selamat pagi.
"Selamat pagi semua... Kamu semua boleh duduk..."
Semua pelajar duduk di tempat duduk masing - masing.
"Saya perkenalkan... Ini Cikgu Raymie Rozai... Guru sandaran yang menggantikan Puan Ten yang cuti bersalin..." Puan Wardah memperkenalkan Raymie kepada para pelajar.
"Selamat pagi cikgu..." Ujar seisi kelas serentak.
"Selamat pagi..." Jawab Raymie bersama senyuman.
"Maura tak datang sekolah lagi ke?" Tiba - tiba Puan Wardah bertanya. Matanya terarah pada satu meja dan bangku yang kosong tidak berpenghuni.
Automatik satu kelas senyap bila Puan Pengetua bertanya. Masing - masing menyibukkan diri.
"Takpe lah yang kalau macam tu... Saya keluar dulu... Selamat bertugas Cikgu Raymie..."
"Terima kasih Puan..." Puan Wardah hanya mengangguk lalu terus berlalu keluar dari kelas 5 KEM 1 itu.
"Ok baik kelas... Saya cikgu Raymie Rozai... Kamu semua boleh panggil cikgu Raymie atau Cikgu Mie... Ckgu adalah guru sandaran yang menggantikan cikgu kamu... Puan Ten yang cuti bersalin... Saya akan ajar kamu mata pelajaran Sejarah... Hari ni cikgu tak nak bukak skop pelajaran dulu... Hari ni kita bersantai sambil memperkenalkan diri..." Raymie memulakan perbualan.
Hatinya masih tertanya - tanya siapakah Maura, pelajar yang dimaksudkan oleh Puan Waedah sebentar tadi.
"Ok... Kita mula dari belakang sekali..."
Dan sesi perkenalkan diri pun bermula.
Share this novel