PATUTLAH SELAMA NI DIA MACAM FAMILIAR SANGAT DENGAN NAMA MAURA TU.
Rupanya gadis itu pelajar dalam kelas yang dia ambil alih sekarang.
Memanglah tempoh hari dia ada tolong gadis bernama Maura yang diganggu oleh sekumpulan lelaki.
Tak tahu pulak yang gadis itu adalah Maura yang selalu menjadi sebutan pengetua. Bukan pengetua sahaja. Nama gadis itu menjadi buah mulut di setiap pelajar di sekolah ini gara - gara masalah yang selalu di timbul oleh gadis itu.
"Maura... Waktu rehat nanti... Saya nak awak jumpa saya dekat bilik guru... Ada perkara saya nak cakap dengan awak..." Ujar Raymie bersahaja setelah menghabiskan sesi pembelajarannya.
Maura hanya mengangguk perlahan. Mukanya masih menunduk ke bawah.
Pelajar yang lain macam biasa bila ada guru memanggil nama Maura, kepala mereka statik ke arah meja gadis itu.
"Baik... Saya akan tunggu awak..." Putus Raymie sebelum melangkah keluar dari kelas tersebut.
Berdegup jantung Maura dengan ayat terakhir yang diucapkan oleh Raymie tadi.
Apa maksudnya dia?
LAJU SAHAJA LANGKAH MAURA MENGIKUTI LANGKAH PANJANG CIKGUNYA ITU.
Maklumlah fizikal tubuhnya kan dikategori sebagai perempuan pendek. Jadi memang agak payahlah sikit dia nak mengikut langkah Raymie yang sememangnya bertubuh lampai itu.
Ketara sangat perbezaan ketinggian mereka bila berjalan bersama.
Mereka berdua berhenti di astaka yang berada di tepi padang bola.
"Ada cikgu bawak saya datang sini?" Tanya Maura bila mereka sudah berada di situ.
"Duduk situ..." Raymie tiba - tiba mengarah.
Maura mengerut dahi tanda tidak mengerti dengan arahan Raymie tadi.
"Cikgu suruh awak duduk dekat bangku tu... Faham?" Nah! Satu persatu dah Raymie menjelaskan pada Maura.
Kalau si Maura ni tak faham lagi, tak tahu lah. Nak kena cakap bahasa asing agaknya baru faham!
"Okay... Okay..." Pantas Maura melabuhkan punggungnya di bangku yang berada di astaka itu.
"Kenapa cikgu bawa saya ke sini?" Tanya Maura setelah melabuhkan punggungnya di bangku berhadapan Raymie.
Raymie masih macam biasa. Masih mendiamkan diri lagi. Matanya masih merenung ke hadapan. Apa yang di tenung pun tak tahu.
"Cikgu... Saya tanya ni kan..."
Eeii... Bosan betullah macam ni. Tadi dia jugak yang beria ajak datang ke sini. Alih - alih dia pulak yang diam. Aku pulak yang dok tercongok macam batu dekat sini.
"Tahun ni awak umur berapa Maura?" Setelah agak lama, barulah si Raymie ni bersuara. Kepalanya dipusing menghadap Maura.
"Hah?"
Terkebil - kebil Maura dengan pertanyaan itu.
Dia tanya umur aku berapa? Takkan dia tak tahu yang umur aku sekarang berapa?
"Cikgu tanya umur awak berapa sekarang?" Ulang Raymie lagi.
"Err... Tingkatan 5..."
Apa kena dengan Maura ni? Lain yang ditanya, lain pulak yang dijawab.
"Ya.. Saya tahu awak berada dalam form 5... Tapi yang cikgu tanya tadi bukan tingkatan awak... Cikgu tanya umur awak..." Balas Raymie dengan nada lembut.
Dengan Maura dia perlu ada pendekatan sebegini. Desas desus berkenaan gadis ini sudah menjadi buah mulut warga disekolah ini sejak dia mula masuk bertugas dua minggu lalu. Malah, keakraban antara adiknya dengan gadis ini juga sudah lama diketahui.
"Err... 17 tahun cikgu..." Maura menjawab juga walaupun hatinya sudah mengelegak dengan soalan yang dirasakan tidak masuk akal.
"Esok jangan lupa datang kelas tambahan... Pukul 3... Cikgu tunggu... Dah pergi masuk kelas... Loceng dah bunyi tu..." Usai berkata, dia bangun dari tempat duduknya lalu terus berlalu dari situ tanpa menghiraukan wajah Maura yang sudah serupa udang kena bakar.
What the....???
Terasa mahu dibaling saja belakang Raymie dengan kasut sekolah bila melihat lelaki itu berlalu begitu sahaja.
Suruh dia datang sini tadi semata - mata nak tanya umur dia berapa? Kejadahan apakah ini?
Yang paling menyakitkan hati, boleh pulak blah macam tu aje!
"Grrr... Sakit hati betullah aku dengan mamat ni... Habis ayam goreng aku dah habis..." Bebel Maura geram.
Dia terus berlalu dari astaka itu setelah loceng kedua di bunyikan.
Jangan harap dia akan datang kelas tambahan esok!
Share this novel