BAB 32 - DIA GADIS BAIK -

Drama Completed 30112

TERPANA Maura bila tubuhnya dipeluk secara tiba - tiba oleh Puan Ida sebaik keluar dari perut kereta.

"Maura..." Seru Puan Ida. Tangannya laju mengusap wajah comel gadis kecil molek ini. Maura hanya diam membatu sahaja. Tak tahu hendak buat apa. Terkedu, terkelu dan terpana semua bergayut di dalam hati.

"Kamu dah okay..." Soal Puan Ida. Wajah gadis yang masih diam itu dipandang lagi. Tapi kali ini dipandang dengan pandangan yang lembut. Pandangan seorang ibu. Bukan lagi dengan pandangan yang sinis dan penuh dengan kebencian.

"Sa... Saya okay aje Puan..." Tergagap - gagap Maura menjawab. Terpaksa juga dia menjawab. Kalau tak menjawab nanti, dicop kurang ajar pula.

"Jangan panggil Puan... Mulai hari ini, kamu panggil mama... Jangan panggil Puan lagi..." Sanggah Puan Ida beria - ria. Tuan Mirul Rozai dan Raymie hanya tersenyum sahaja

Akhirnya, mama terima semula Maura sebahagian salam keluarga ini.

"NAH... Mama ada masak special untuk Maura... Biar luka dekat perut tu cepat sembuh..." Ujar Puan Ida menghidangkan makanan yang berkhasiat kepada Maura.

Bila Maura ingin menolong, pantas saja di halang.

"Tak payah... Biar mama buat... Kamu tu baru keluar hospital... Dah makan..." Bubur di tolak ke arah Maura.

Serba salah Maura mahu menerima.

Tapi bila mendapat jelingan tajam dari Raymie, akhirnya bubur itu di ambil juga.

"MULAI SEKARANG, kau duduk bilik aku..."

Terpaku Maura di hadapan bilik Raymie.

"Tapi saya boleh aje duduk dekat bilik saya..." Maura membantah.

Dia melangkah keluar tetapi pantas di halang oleh Raymie.

"Kau jangan salah faham... Aku nak kau duduk bilik aku sementara kau tengah sakit ni..." Dalih Raymie.

Padahal dalam hati dia mahu Maura dekat dengan dia.

"Tapi... Saya tak sakit sangat pun..." Maura mencipta alasan.

"Kau jangan banyak cekadak boleh tak... Ikut aje apa yang aku suruh... Dah... Pergi mandi... Lepas tu... Makan ubat... Dan jangan kau berani turun bawah... Duduk dalam bilik ni diam - diam... Faham?" Arah Raymie.

"Faham tak?" Sengaja suara dikuatkan agar kepala si gadis yang menunduk itu mendongak memandangnya.

Maura mengangguk perlahan. Kepalanya masih di tunduk ke bawah.

"Kau tak nak tengok gelengan kau... Aku nak dengar suara kau... Lagi satu... Boleh tak bila time aku cakap... Kau tegakkan kepala kau tu... Ni tak... Tunduk aje memanjang... Patah tengkuk tu nanti baru tahu..."

Aduhai! Apa lagi lah kesalahannya dekat mamat singa ni lagi?

" Faham tak apa yang aku cakapkan tadi..." Sengaja dia mengulang soalan yang sama.

" Faham... " Jawab Maura. Kepala pantas di tegak. Malas mahu mendengar bebelan dari si singa garang ni nanti!

"Ok... Aku keluar dulu... Ingat... Jangan nak mengada keluar dari bilik ni kalau rasa tak perlu apa - apa..." Sempat lagi dia memberi amaran sebelum menghilang di balik pintu.

Maura sudah mendecit kegeraman. Tak habis - habis dengan warning dia!

Ada juga kena hempuk ni karang! Sakit betul hati!

" WHAT? MAURA ADA DEKAT BILIK ABANG? DIA BUAT APA DEKAT SITU? " Berderau darahnya bila diberitahu oleh Puan Ida saat dia bertanya tentang keadaan dan keberadaan gadis itu.

Tengahari tadi dia tidak sempat mahu menyambut kepulangan Maura dari hospital kerana ada urusan mendadak di luar.

" Abang kamu ajak Maura tidur bilik dia..."

"Hah? Maura tidur bilik abang?" Suara Raymen sudah berubah tinggi.

"Yelah... Biarlah Mie tu ajak Maura tidur bilik dia... Senang nak pantau keadaan Maura tu... Lagipun... Tak salahkan... Diorang kan suami isteri..." Ujar Puan Ida lagi.

Berapi hatinya saat mendengar ayat mamanya ini.

Eh, mama ni! Sengaja nak bakar hati aku ke apa?

" Yang kamu ni pulak... Malam baru muncul... Tiba - tiba aje terus tanya pasal Maura dah kenapa... Pergi naik atas... Mandi... Lepas mandi... Turun makan... Mama dah siap kan makanan malam tu..." Ujar Puan Ida.

Raymen hanya tayang sengih sahaja. Niatnya mahu menyoal lagi tetapi pantas dimatikan. Takut pula mamanya syak sesuatu bila dia banyak soal nanti.

Langkahnya pantas menuju ke arah anak tangga. Satu persatu anak tangga di naiki lalu kaki di bawa menuju ke biliknya. Pintu bilik dibuka lalu dia pantas masuk ke dalam.

Tak sedar bila tingkahnya menjadi perhatian abangnya. Bukan di situ tapi sejak Raymen berbual dengan mama mereka di bawah tadi. Malah soalan yang bertubi - tubi dari adiknya untuk mamanya berkenaan Maura juga turut di dengar.

Pintu bilik adiknya di tenung tajam.

Hatinya tidak boleh menerima keakraban antara Maura dengan si Ramen ni! Tak boleh!

Tak sedar yang cemburu sudah mula menguasai diri!

Yeah... Raymie dah mula cemburu nampak cemburu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience