MAURA YANG MASIH tidak sedarkan diri itu di gendong keluar dari kenderaan yang mereka naiki lalu di bawa menuju ke arah rumah agam yang terletak jauh di dalam hutan.
Ya... Rumah agam yang terletak jauh dari pandangan orang ini adalah milik Josan! Si psikopath!
Tubuh kecil Maura yang di gendong di atas bahu melepasi tubuh Madam Rosy yang berada di muka pintu!
Kelihatan bibir wanita itu mencebik benci bila melihat adiknya mengendong bekas anak tirinya yang paling di benci itu!
"Kau tak payah nak letak budak tu dekat dengan bilik aku!" Ujar Madam Rosy dengan secara tiba - tiba.
Josan yang mendengar ayat kakaknya itu terus menghentikan langkahnya dan pantas berpaling menghadap wanita angkuh itu!
"Suka hati aku lah nak letak perempuan ni dekat mana sekali pun... Kau tak payah nak campur urusan aku dengan dia... Sedar sikit rumah ni siapa dia pemiliknya..." Deram Josan perlahan sebelum berlalu menuju ke tingkat atas.
Berdecit kegeraman Madam Rosy bila di sindir sedemikian oleh Josan!
Dante yang berada di sebelah hanya membuat isyarat senyap sahaja pada ibunya sebelum dia juga berlalu menuju ke tingkat atas!
Makin mendidih lah hati madam seorang ni dengan tingkah anak nya yang langsung tidak mahu bekerjasama!
Hish! Geram betul lah dengan diorang ni!
Takpe... Korang tunggu lah macam mana aku buat dekat budak tu nanti! Rungut Madam Rosy sebelum berlalu dari situ dengan hati yang berdongkol geram.
TUBUH KECIL MOLEK MILIK Maura di letakkan di dalam biliknya.
Tubuh Maura yang baru di letakkan di atas katil itu di pandang dengan pandangan yang penuh dengan rasa cinta!
Yelah tu!
Cintalah sangat! Ini cinta psikopath namanya!
"Kau terlalu cantik Maura... Terlalu cantik... Sampaikan aku tak mampu untuk melupakan kau..." Bisik Josan sambil tangan nya mengelus lembut wajah comel Maura. Rambut ikal wanita itu juga di elus perlahan.
Maura masih lagi dalam keadaan tadi... Masih tidak sedarkan diri!
"Kau tak sepatutnya kahwin dengan lelaki tu... Kau sepatutnya berkahwin dengan aku... Hanya aku yang patut jadi teman hidup kau..." Bisik nya lagi sebelum dia tersenyum sinis.
Ya... Dia tersenyum sinis bila mengenangkan kebodohannya 8 tahun lepas...
Kalau lah dia tidak menyerang Maura malam itu, sudah tentu wanita ini sudah menjadi milik nya... Dan bukan milik Raymie!
Haih... Bodohnya nya aku!
Tapi takpe... Maura ni pun dah sign dokumen cerai yang dia bagi semalam!
Jadi... Tak lama lagi... Maura akan jadi miliknya pula! ARGHH!! Tak sabar nya nak tunggu waktu tu!
"Kau rehat ya sayang... I always love you, my dear..." Dahi dan tangan milik Maura di cium perlahan. Wajah wanita yang masih terlena itu di pandang dengan penuh rasa kasih sebelum berlalu pergi dari bilik itu!
Pergh!!
Memang betul psikopath mamat ni!
MAURA HANYA MEMANDANG sahaja keadaan kamar mewah itu... Kedua -dua belah kakinya sudah mula rapat ke dada...
Ya... Kamar mewah itu lah yang menyapa pandangan matanya sebaik sahaja dia sedar pagi tadi.
Klak! Bunyi pintu kamar di buka dari luar!
Pantas Maura menalakan pandangan nya ke arah pintu kamar sebelum wajah ceria milik Josan terpacul di balik pintu kamar.
"Hi,sayang! Dah bangun pun dia..." Ujar Josan dengan suara yang ceria.
"Ni.. I ada buatkan bubur ayam untuk you sayang..." Ujar Josan lagi sambil menantang dulang berisi bubur menuju ke arah Maura yang masih memeluk lutut di kepala katil. Kerusi yang berada di sebelah katil di tarik dan dulang berisi makanan tadi diletakkan di atas kerusi tersebut. Kemudian, punggungnya di labuhkan bersebelahan dengan Maura. Semakin laju Maura mengundurkan dirinya ke belakang sehinggakan belakang Tubuhnya tersandar pada kepala katil.
Josan yang melihat tingkah Maura itu hanya tersenyum sinis saja. Mangkuk yang berisi bubur ayam di letakkan semula ke dalam dulang sebelum dia berpaling menghadap ke arah Maura.
"Kenapa ni, dear? Dear sakit ke?" Soal Josan dengan nada prihatin.
Tangan yang mahu mendarat di kepala Maura terhenti bila Maura dengan pantas menepis tangannya. Dia kembali menarik tangannya yang di tepis oleh Maura tadi. Hanya senyuman psiko nya sahaja yang masih tersungging di bibir.
"It's okay kalau dear tak nak makan lagi... I letak dekat meja ni ya... Kalau dia nak makan nanti... Dear makan lah..." Ujar Josan dengan nada lembut.
Hampir termuntah Maura mendengar ayat lemak manis lelaki tak guna ini!
"Kau ambik balik makanan kau tu... Aku takde selera nak makan makanan ni... Lebih - lebih lagi dari kau... Aku muak tau tak!" Tanpa tertangguh, Maura meledakkan amarah nya. Matanya tajam menikam ke arah wajah tampan milik Josan.
Seperti tadi, Josan hanya mempamerkan senyuman lemak manis nya pada Maura!
"It's okay kalau you tak nak makan... Letak aje dekat situ... So, sekarang... You mandi... And berehat okay... Mesti you dah penatkan..." Lembut Josan mengarah pada Maura.
Makin mendidih hati Maura bila melihat lakonan lelaki ini.
"Okay... I keluar dulu... You rest okay..." Usai berkata, dia terus berlalu keluar dari kamar yang menempatkan Maura.
Sebaik sahaja kelibat lelaki itu menghilang, Maura pantas berjalan laju menuju ke arah pintu kamar. Tombol pintu di putar berapa kali. Berkunci!
Mendengus geram dia bila pintu kamar ini telah di kunci oleh Josan dari luar. Matanya kembali mengitari setiap sudut kamar ini. Dia mula mencari sesuatu untuk dia dapat melepaskan diri.
Cadar dan selimut yang terletak elok di atas katil dipandang.
Satu idea mula tereka di kepala nya!
"HAI... SANTAI AJE kau tengok ni... Tak bercengkerama dengan 'buah hati' kesayangan kau dekat atas ke?" Soal Madam Rosy bila melihat kelibat adik nya di ruang dapur.
Josan hanya buat tak endah sahaja dengan ayat kakaknya.
Air oren yang berada di dalam gelas di teguk perlahan.
Melihat kebisuan adiknya, Madam Rosy mula mengeluarkan ayat yang membakar.
"Kau ni, Jas... Memang tak boleh setia pada yang satu aje ya... Mak dia dah mati... Sekarang... Anak dia pulak kau nak pikat... Hebat betul kau ya..." Terhenti tingkah Josan saat telinganya mendengar ayat yang sungguh celupar dari mulut kakak tak guna dia ni!
Matanya mencerlang tajam ke arah kakak nya sebelum langkah nya laju diatur menuju ke arah Madam Rosy.
"Kau kalau keluar kan ayat yang menyakitkan hati lagi... Kau jangan salahkan aku kalau kau jadi mayat nanti!" Bisik Josan keras kepada Madam Rosy. Matanya merah menikam ke dalam anak mata Madam Rosy.
Madam Rosy sudah menelan liur mendengar ugutan adiknya ini! Nampaknya, dia sudah menyasarkan pada sasaran yang salah!
Ambik kau! Siapa suruh celupar sangat!
" Jadi... Behave sikit apa yang mulut longkang kau tu keluar kan ayat kalau kau tak nak jadi mayat awal!" Ugut Josan lagi sebelum terus berlalu pergi dari situ.
Madam Rosy hanya mampu melihat sahaja kelibat adiknya yang sudah menghilang di tingkat sebelum liurnya di telan untuk kali kedua!
" ARGHH!!! "
Mengamuk sakan Josan bila melihat kelibat Maura langsung tidak kelihatan di dalam kamar mewah ini!
Matanya melilau melihat sekeliling sebelum matanya terpaku pada gulungan cadar dan kain yang di ikat memanjang pada bingkai tingkap. Dia pantas mendekati gulungan kain dan cadar itu.
"Sial punya Maura!" Tempiknya!
Dia bergegas keluar dari ruang kamar mewah itu sebelum menuju ke tingkat bawah...
Dan ternyata...
Amukan nya di tingkat atas telah menyebabkan Madam Rosy dan Dante turut gelisah!
"Jas... Apa dah jadi ni?" Soal Madam Rosy dengan nada yang kelam kabut!
Apa lagi melihat sepucuk pistol yang tidak lekang dari tangan adiknya! Mesti susah jadi sesuatu di tingkat atas!
"Korang ada nampak Maura tak!" Soal Josan dengan riak garang.
"Kitorang tak nampak pun budak tu... Bukan ke uncle kurung dia dekat atas... Macam mana pula dia boleh ada dekat bawah ni pulak..." Balas Dante dengan riak setenang mungkin.
Matanya tidak lepas dari memandang pistol yang berada di tangan bapa saudara nya itu!
" Habis? Korang buat apa dekat bawah ni sampaikan perempuan tu lari korang tak sedar! " Marah Josan dengan riak yang sudah tidak keruan!
Dia sudah mundar mandir di hadapan Madam Rosy dan Dante.
"Calm down, Jas... Jangan gelabah sangat... Nanti kita akan jumpa dia ba..."
Bangg!!
Belum sempat Madam Rosy menghabiskan ayatnya, satu tembakan tepat mengenai dahinya sebelum dia jatuh terlentang ke belakang.
Darah mula menyembur di atas lantai dan ada sebahagiannya mengenai Dante dan Josan sendiri!
Terbuntang luas mata wanita itu bila nyawa nya di ambil secara rakus oleh adiknya sendiri!
Dante sudah tergamam tidak terkata bila melihat ibunya sudah merubah menjadi mayat di atas lantai dengan mata terbeliak.
Dia kembali memandang ke arah Josan sebelum,
Bangg!!
Satu tembakan mengenai dadanya...
Terus tumbuhnya terlentang ke belakang...
Darah mula membuak keluar dari bekas tembakan tadi. Mulutnya juga turut mengeluar kan darah pekat!
Josan pantas mendekati Dante yang sudah mula tercungap - cungap mencari nafas itu!
"Why... Uncle... Kena... Pa... Tem...bak Dan?" Soal Dante walaupun dalam keadaan kepayahan menahan kesakitan yang mula menjalar di dada.
Josan hanya tersengih sahaja mendengar ayat anak saudara itu! Muncung pistol di garu ke kepalanya.
"Aku tembak kau dengan mak kau sebab korang memang tak berguna... Mak kau tak habis - habis dengan perangai pisau cukur dia tu... Naik muak aku tau tak... Dari aku bela biawak macam mak kau ni... Baik aku tamat riwayat dia... Aman sikit hidup aku..."
Dante sudah mengalirkan air mata saat mendengar ayat Josan itu!
" Dan kau pulak, Dante... Kalau kau buat kerja clean... Tka lah kita boleh hilang perempuan tu... Disebabkan otak kau tak berapa cerdik ni lah... Aku nak hapuskan riwayat kau jugak... Aku tak susah nanti... So, good bye my boy... Aku akan jasa kau pada aku... " Sengih Josan pada Dante sebelum,
Bangg!! Bang!!
Dua das tembakan tepat mengenai dada Dante. Dan dua das tembakan itu cukup membuatkan Dante diam tidak berkutik!
Dan akhirnya... Dante juga turut mengikuti jejak langkah ibunya!
Melihat kedua - duanya sudah tidak bernyawa lagi, dia terus keluar dari kediaman nya ini untuk mencari Maura!
"Maura!!!!"
Nama wanita itu di laung sekuat hati sebaik sahaja sampai di muka pintu.
MAURA YANG sedang menyelusuri semak samun tersentak bila nama nya di laung sekuat hati di arah villa itu.
Tubuhnya masih lagi menggigil. Lebih - lebih telinganya menangkap bunyi tembakan datang dari arah vila milik lelaki psiko itu!
Demi ingin melepaskan dirinya, Maura gagahi juga menyelusuri semak samun dan denai ini.
Celah kangkang nya mula terasa di basahi sesuatu!
Dan sesuatu telah melekat di seluar jeans yang di pakai.
Tangan nya di bawa ke bawah...
Jari jemari nya di bawa semula ke arah mukanya...
Dalam kesamaran cahaya bulan, mata Maura menangkap sesuatu cecair merah seperti darah terlekat di tangannya!
Darah??
Terbeliak biji mata Maura saat menyedari cecair merah yang terlekat di tangan nya itu adalah darah!
Apa semua ni??
Adakah dia sedang...
Mengandung???
Hampir rebah Tubuhnya saat ini bila mengetahui dirinya sedang berbadan dua...
Bawah perut nya sudah mula terasa seperti di cucuk!
Ya Tuhan... Tolong selamatkan aku dan anak ku!!
Rintih Maura...
Maura mengandung... Aduhai... Kesian nya pada Maura...
Share this novel